Pengalaman Temuduga UKKM di MRSM Ulul Albab Sungai Besar, Selangor

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Pengalaman Hadiri UKKM MRSM Ulul Albab Sungai Besar-Alhamdulillah, kami baru sahaja selesai menguruskan menghantar puteri sulung kami menghadiri Ujian Kemasukkan Kecenderungan MRSM (UKKM) di MRSM Ulul Albab di Sungai Besar.Ujian yang dijalankan pada 5 Disember 2016 itu bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 5 petang.

Pada sebelah pagi, sempat jugak Encik Ayah pi cuci kereta dahulu di Pusat Wash Car di Selayang Mall.Jadinya, sekitar jam 11 pagi barulah kami bertolak ke MRSM Sungai Besar.Encik Ayah beritahu, kami akan sampai ke sekolah tersebut sekitar jam 1 petang.Oklah tu, taklah nanti askar-askar yang kami bawa dalam rombongan interview ni kepenatan dan kebosanan menunggu.haha.

Supporters dari adik-adik untuk Kak Iman yang akan menghadapi
UKKM petang ini di MRSM Sungai Besar

Sesi Pendaftaran UKKM
Peringkat awal, kami sampai di MRSM Sungai Besar ni, kenderaan ibu bapa calon UKKM memang dah bersusun kat tempat parking kereta.Rupanya, ada tiga sesi ujian yang sudah berlangsung sejak jam 8.00 pagi tadi.Kami terus tunaikan solat Zuhur dahulu, kemudian barulah proses daftar calon ujian dimulakan.

 Kak Iman sedang beratur untuk semakan nama dan juga serahan dokumen dan sijil yang diperlukan

Guru Bertugas sedang membuat semakan nama calon UKKM

Kak Iman sedang beratur untuk urusan pendaftaran.Pic yang ini special sikit sebab dikongsikan oleh seorang readers blog ini yang turut menghantar anaknya dalam ujian yang sama. Budak lelaki yang berbaju purple itulah anak kepada pembaca blog ini:)

salah satu pic yang dikongsikan juga oleh pembaca blog ini.Nampak tu sorang mak budak tudung pink yang kemain sibuk beratur dengan anak dia.kihkih.

Selesai buat semakan nama dan serahan dokumen dan juga sijil, semua calon diminta beratur di sebelah dewan besar, sebelum dibawa oleh wakil pelajar MRSM tersebut ke Makmal Komputer bagi menjalani ujian berkomputer bagi subjek Matematik, Sains dan Jawi.

Seingat saya, dalam makluman, kami hanya tahu ada Ujian berkomputer bagi subjek Sains dan Matematik sahaja.Menurut Kak Iman yang mengikuti ujian tersebut, soalan Jawi itu hanya memerlukan murid menjawikan perkataan yang diberi dengan ejaan rumi.


Kak Iman sedang beratur untuk ke Ujian Berkomputer

Selepas Kak Iman di bawa masuk ke makmal komputer, kami pula keluar dari MRSM mencari kedai makan yang berhampiran.Pasrah jelah, masa tu dah jam 2.30 petang, entah ada lagi lauk dan nasi kat kedai makan entah tidak..huhu.

Alhamdulillah, kami singgah di sebuah kedai makan yang agak tidak jauh dari MRSM tadi.Agak lama juga ujian dan temuduga ni selesai.Dalam pada itu, kami juga telah diberi taklimat oleh Pengetua MRSM serba sedikit tentang program Ulul Albab di MRSM, jadual kelas hafazan, jadual pembelajaran dan aktiviti pelajar di asrama.

Sementara tunggu Kak Iman selesai sesi temuduga, sempat juga kami anak beranak tangkap beberapa keping gambar.Sebenarnya Cik Mama yang ajak berposing, kalau ikutkan depa ni semua tak kuasa nak layan mama.Semua dah penat pun ya!haha.

 Blok bangunan di mana ujian dan temuduga dijalankan

 MRSM Sungai Besar ni baru sangat beroperasi, pokok-pokok pun
baru nak hidup, masih banyak yang belum lengkap kat sini,maksud saya keceriaan 
sekolah ni masih boleh dipertingkatkan lagi.

 Serius jugak mak pak dua orang ni ..hahha..

 Encik Ayah pasrah jelah..kihkih..

Encik Ayah dah malas melayan si mama yang kemaruk bergambar, tu yang dia buat muka ala-ala..

Perkongsian Maklumat UKKM 2016
Orait, ini antara maklumat yang Kak Iman kongsikan dengan kami semasa mengikuti UKKM dan temuduga hari ini. Ujian berkomputer matematik dan sains itu mengandungi 15 soalan.Soalan menjawikan perkataan pula diberikan 20 soalan.

Secara keseluruhannya, soalan matematik dan sains yang diberikan tidaklah sesukar seperti yang pernah calon-calon sebelum ini jawab.Saya katakan begitu kerana menurut Kak Iman dia boleh jawab soalan matematik sedangkan kami tahu matematik adalah killer subject bagi Kak Iman.Insha Allah.

Bagi sesi temuduga pula, antara topik yang ditanyakan :
  • adab-adab semasa membaca Al Quran
  • Persekitaran di asrama
  • impian dan cita-cita pada masa hadapan
  • Perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris
Selain itu juga, bagi temuduga hafazan, surah hafazan Al Mulk yang diminta supaya para calon hafaz siap-siap di rumah, Kak Iman diminta menyambung ayat yang dibaca oleh Ustaz yang menemuduganya.Kemudian, para calon juga diberi sehelai kertas yang mengandungi 8 ayat Al Quran dan diminta menghafaznya dalam tempoh masa 25 hingga 30 minit.

Inilah sebahagian yang Kak Iman hadapi semasa ujian temuduganya.Ada beberapa rakan yang berkongsi maklumat dengan saya, yang anak mereka hadapi ujian ini juga memberitahu ada soalan yang meminta calon menyatakan kelebihan diri, minta calon berpantun dan menceritakan tentang keluarga.

Good job and Good Luck Kak Iman!..
Semoga Allah permudahkan urusan kita dan makbulkan segala hajat..aamin:)

Alhamdulillah, kami mengharapkan doa para readers blog ini supaya urusan permohonan kami ini dipermudahkan dan mendapat jawapan yang mengembirakan kelak.aamin.

Boleh klik pautan ini untuk dapat maklumat tentang :Cara Mohon MRSM Ulul Albab-

Memandangkan ada yang bertanya tentang result temuduga Kak Iman dalam UKKM ni, sebenarnya Kak Iman tidak berjaya melepasi temuduga ini.Kak Iman telah mendapat dua tawaran lain iaitu dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) di Sabak Bernam dan juga Sekolah Menengah Agama (SAM) Bestari Subang Jaya, Selangor.

Selepas kami berbincang bersama, akhirnya kami memilih untuk menghantar Kak Iman ke SAM Bestari Subang Jaya.Boleh ikuti kisahnya di sini :
Terima kasih baca post ini, boleh kongsikan di ruangan komen jika anak tuan puan juga ada mengikuti UKKM ini supaya dapat dikongsikan kepada Ibu bapa lain yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan UKKM ini.

Post a Comment

57 Comments

  1. Salam. Saya nak tanya. Mrsm sungai besar ni sepenuhnya ka ulul albab? Ka ada normal stream?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape maksud soalan tu? Setahu sy dalam MRSM program Ulul albab ni ade pembelajaran modul biasa sekolah dan hafazan Al Quran.
      Bagi yg program IGCSE ade pembelajaran modul biasa dan peperiksaan IGCSE cambridge.
      Sy ade dengar satu MRSM yg merangkumkan 3 program sekali tp kesian la budak2.

      Delete
    2. terima kasih singgah blog ini.Yang saya tahu mrsm ulul Albab Sungai Besar ini memang tawarkan program Ulul Albab, cuma saya tak pasti adakah pada masa sama ditawarkan juga normal stream..

      Delete
  2. Salam..kak iman bersekolah di mana skrang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah, ank sy mendapat tawaran ke SMA Bestari, Subang Jaya. Dia tidak mndpt panggilan ke MRSM.😊

      Delete
    2. kisahnya ke ting 1 di sini:
      https://cikmatahariku.blogspot.com/2017/01/sma-bestari-subang-jaya-sambest-pilihan.html?m=1

      Delete
  3. salam...saya nk tanya macam mana nk tahu dapat sertai ujian ukkm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm puan, saya mendapat email dari pihak MRSM berkenaan tawaran mengikuti UKKM.

      Delete
  4. salam...saya nk tanya macam mana boleh dapat tahu kalau kita dapat sertai ujian ukkm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. klu x salah saya, utk permohonan thn ni x perlu dh ujian ukkm tu. Ada ditulis di panduan mengisi borang permohonan mrsm.

      Delete
    2. tadi dpt makluman utk kemasukan mrsm tingkatan 1. utk igcse dan ululalbab kene gak sit for ukkm selain bbrp keperluan lain. tarikh temuduga 4 disember 2017

      Delete
    3. Salam, sehari slps result upsr, saya dpt sms utk anak saya hadiri ujian dan temuduga. Anak saya mohon mrsm igcse. Ada bbrapa mrsm disenaraikan utk dipilih sbg pusat temuduga. Inshaa Allah pada 4 disember ni

      Delete
    4. alhmdulillah, tahniah Tuan, semoga berjaya dan dipermudahkan urusan menduduki ukkm utk ank tuan.😊

      Delete
  5. Terima kasih cikgu di atas maklumat yang amat berguna ini... Moga dipermudahkan juga urusan cikgu sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikgu kerana perkongsian maklumat mengenai ujian ukkm....Alhamdulillah anak saya diberi peluang untuk menduduki ujian tersebut pada 5 dec nanti.Doakan kejayaannya.Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga Allah S.W.T akan mempermudahkan urusan cikgu sekeluarga nanti...Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama☺️semoga ank puan beroleh kejayaan cemerlng dlm ujian ukkm ni. aamiin.

      Delete
  7. tumpang tanya,surah yg kena dihafalkan 25 ke 30 minit tu yg 8 ayat tu surah ape nyerk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. surah Al Kahfi sis, tapi mengikut kak Iman mungkin kwn2 yg lain dpt surah lain secara randomly..

      Delete
  8. surrah apa yg perlu dihafal 25 ke 30 minit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut Kak Iman, surah Al Khafi yg perlu dihafaz dlm tempoh tersebut.. terima kasih bertanya sis☺️

      Delete
  9. Assalamualaikum cikgu, berbanyak terima kasih atas info.

    Boleh saya tahu, apa keputusan upsr iman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sis, terima kasih singgah blog ini mencari info.. alhmdulillah, result upsr Kak Iman pd tahun 2016 ialah 6A..

      Delete
  10. senang tak nak dpaat sekolah SAM Bestari Usj tu puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan semasa Kak Iman mendapat tawaran tersebut,dari lima permohonan yang diuruskan oleh guru disekolahnya, hanya kak Iman yang mendapat tawaran ke sambest,selain result UPSR 6A, sekolah ini juga meletakkan kelayakan Mumtaz dalam PSRA dengan peratus pencapaian 97 peratus.Namun demikian, pada tahun 2016,sekolah ini ada membuat pengambilan murid panggilan kedua dan ketiga kerana ada juga kalangan murid yang menolak tawaran sekolah ini dan memilih ke SBP atau MRSM.

      Delete
  11. Assalamualaikum cikgu...maaf nak tanya kak Iman mohon SBP tak masa tu? Bukankah 6A menjadi keutamaan MRSM? Dia byk fokus pada interview ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam puan, memandangkan Kak Iman belajar di sekolah Agama swasta, dia tidak layak untuk memohon ke SBP atau Sek Men Sains, walaupun resultnya 6A.Kami memang sudah maklum akan hal ini.Mengenai MRSM, saya agak Kak Iman tidak memenuhi kriteria dari aspek science atau math minded yang merupakan keperluan utama bagi ambilan pelajar mrsm.Sebenarnya mrsm turut mengambil murid yg mendapat 4A dan 3A pada 2016 krn bilangan mrd yg mendapat 6A sgt sedikit jumlahnya.

      Delete
  12. assalam sis nk tny...ujian ukkm tu mmg akan ada hafazan utk surah ke walaupun bkn untuk tawaran ulul albab.?keputusan anak saya x lah elok dan saya terkejut juga dia dapat tawaran utk ujian ukkm tu...moga Allah mudahkan anak saya...mohon doa semua yang membaca blog ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam puan, kl ikut pemahaman sy, yg apply mrsm ulul albab shja dikehendaki menghafaz surah.

      Delete
  13. Tahnian Iman dapat masuksekolah bagus. Boleh tahu masa ujian Ulul Albab tu
    tu kakak iman dapat hafal berapa baris ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan:) Kak iman bagitahu, dalam 8 baris ayat yang diberi, dia hanya dapat hafal 3-4 baris ayat dalam tempoh 25-30 minit.

      Delete
  14. Tingkatan berapa yang ambil ujian ni . F1 ke F4 ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. UKKM ini dibuat bagi pengambilan tingkatan 1 ke mrsm puan.

      Delete
  15. Kalau MRSM ulul Albab ni ,Adakah F4 dia belajar sains tulen ???

    ReplyDelete
  16. F4 boleh memohon ke mrsm ulul albab ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tp dah x ada hafazan rasanya

      Delete
    2. Boleh tp dah x ada hafazan rasanya

      Delete
  17. semoga anak puan berjaya dalam temuduga ini. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih doanya cikgu, anak saya tidak berjaya melepasi temuduga ini, alhamdulillah, Allah dah atur, dia kini bersekolah di Sambest, Subang Jaya dalam Tingkatan 2:)

      Delete
  18. salam, makluman utk ujian dan iv melalui sms ye puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm puan, pd tahun 2016, makluman tarikh ujian dan tempat diberitahu melalui email kepada ibu bapa.terima kasih bertanya.

      Delete
  19. Tq atas info yg Sgt berguna😄

    ReplyDelete
  20. Tq atas info yg Sgt berguna😄

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum... selesai tanya hal sambest aritu, duk cari maklumat psl ukkm sampai ke blog ni lagi hehehe.. ni sbb dpt panggilan jugak di ulul albab gemenchih minggu depan. terima kasih sekali lagi atas perkongsian info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Tuan, terima kasih singgah blog ini:) Tahniah anak dapat panggilan UKKM untuk ke MRSM Ulul Albab, semoga dipermudahkan semua urusan temuduga anak tuan ya.aamin:)

      Delete
  22. Assalamualaikum, adakah interview dijalankan dalam bahasa Inggeris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm puan, mengikut pengalaman anak saya yang mengikuti interview pada tahun 2016, soalan dalam Bahasa Inggeris ada ditanya berkaitan topik terpilih seperti mengenai keluarga, hobi dan sebagainya.

      Delete
  23. maaf. nak tumpang tanya, yg PERSEKITARAN DI ASRAMA tu boleh tolong detail kan skit?

    ReplyDelete
  24. Salam..saya dah mohon untuk ank saya bagi sesi kemasukan 2021..tingkatan 1,ulul albab..sekrg ni sedang menanti panggilan untuk ujian ukkm..doakan ank saya ya..mudah mudahan..

    ReplyDelete
  25. Maaf nk tnya ank puan xberjaya di mrsm sbb kenapa ye.. Boleh kongsikan

    ReplyDelete
  26. Salam kak iman. Apa jadi kalau tak lepas hafazan?

    ReplyDelete
  27. jazakallahkhair .... semuga perkongsian ini bermanfaat terima kasih puan

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!