Sunday, March 05, 2017

Pendapatan Google Adsense Semakin Lumayan

Dengan Bismillah
As Salam dan Salam Sejahtera,
Ada baca post saya sebelum ini? Tentang masalah laptop yang keyboardnya problem, kemudian lepas baiki kena pulak skrin led nya tiba-tiba kosong je, ha sekarang ni alhamdulillah, semuanya dah ok.Tapi tulah, sepatah kata aluan Encik Suamiku, nak tak nak, sediakan jelah ongkosnya.huhu.Akak pasrah dik.Dekat satu ribu jugak nak settle kan benda ni semua. Lepas ni, kena rajin update blog, supaya income Adsense lebih masyuk.kehkeh.


Cubaan Mohon Pasang Iklan Google Adsense
Income Adsense? Yup! Akak dah nampak sekarang, betapa lumayannya bila kita dapat pasang iklan Google Adsense kat dalam blog kita.Mana nak dapat iklan Adsense ni kak? Tak susah dik, ko pi Google pasal iklan Adsense ni, melambak je akk jumpa.kihkih.

Ceritanya dulu, masa mula-mula akak apply iklan ni, tak approve pun.Masa tu apply sebab nak try blog akak ni layak ke idak nak dapat iklan adsense tu.Setahun jugak akak tunggu. Sambil tu akk buat tak nampak je yang dia bagitahu sebab-sebabnya.Antaranya dia ada bagitahu pasal content blog yang sepatutnya dalam Bahasa Inggeris.

Kali kedua, akk cuba lagi apply.Masa tu katanya Google dah terima blog berbahasa Melayu untuk pasang iklan Adsense.Owh, depa dissapprove lagi.Masa tu pun masih fikir, takpe kot.Nak cuba je kann.Suatu hari, kakak akak ( my lovely sister ok..) yang juga blogger mantap, nasihatkan Akak supaya cuba apply lagi.Rugi tak apply sebab pendapatan iklan tu dibayar dalam USD, lumayan beb!( materialistiknya ko..)

Pendapatan Google Adsense Semakin Lumayan
Alhamdulillah, Google Adsense Akak mula approve sekitar bulan Ogos 2016.Sejak tempoh itu, akk dah terima dua kali bayaran dari iklan tu.Setiap satu kali bayaran tu sebanyak usd106 ( lebih kurang). Dia ikut setting kita dalam akaun Google Adsense tu.Macam Akak buat setting tu, kalau earnings dalam akaun dah capai usd100, Akak akan cashout atau minta depa bank in terus dalam akaun kita.

Kalau ikut nilai mata wang semasa negara kita, setiap usd100 yang akak dapat, akak akan dibayar sebanyak RM400 lebih kurang gitu.Amacam? Jika anda memang suka jana pendapatan pasif dari blog macam akak, kenalah usahakan untuk apply Google Adsense dalam blog.

Sebenarnya, banyak je pengiklan lain selain Google Adsense yang bayar kita dalam usd, cuma setiap pengiklan ada syarat-syarat yang kita kena ikut.Anda harus rajin mencari info dan maklumat yang berkaitan jika anda mahukan pendapatan lumayan macam akak.hehhe.

Kenapa pasang Google Adsense lumayan?
Kenapa akak kata lumayan? Yelah, kita just pasang iklan ikut panduan dan tips yang pihak Google Adsense beri dalam dashboard earnings kita, update blog macam biasa ( kalau macam akk ni, just maintain traffic sehari sekitar 20k-30k, sekarang pulak dah semakin kurang update blog) tapi kalau kita memang banyak post content yang bagus kepada readers, insha Allah, tak payah update selalu, traffic masih boleh maintain..:)

Dengan traffic yang akak dapat, akak boleh dapat sekitar rm10-rm20 sehari, bayangkan jika traffic blog anda lebih banyak dari itu, pastilah pendapatan anda lebih tinggi daripada apa yang akak kongsikan ini. Bermulalah sekarang dan jana pendapatan pasif anda melalui blog!


payment akan dibayar setiap 21hb jika sudah cukup earnings seperti yang kita tetapkan

pendapatan daripada Google Adsense yang dibayar dalam usd:)

Akak pernah kongsikan dalam blog sebelum ini, ada beberapa tips yang pihak Google Adsense tengok sebelum mereka approve permohonan kita untuk pasang iklan adsense dalam blog kita.Antaranya kita kena jaga dan pastikan content kita adalah karya kita yang asli.Bukan content yang copy paste dari sana sini.

Yang lain-lain tu, anda boleh baca kat sini : Tips Pasang Iklan Adsense Dalam Blog.

Post ini ialah sebagai memenuhi permintaan rakan blogger yang mahu akak kongsikan pendapatan adsense yang diterima.Jadi, ia lebih banyak berdasarkan pengalaman dan eksperimen akak sendiri.Jika anda mempunyai cara dan tips yang lebih bagus, bolehlah kongsikan dengan readers blog ini dan kongsikan dalam ruangan komen:)

Terima kasih sudi baca entri ini, semoga bermanfaat kepada anda semua..:)

7 comments:

  1. waaa... akaun adsense dah kena banned la..adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa..kenapa pulak akaun kena banned ya?boleh kongsi tak?

      Delete
  2. wow.. tak merasa lagi nak cashkan adsense. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah akan dipermudahkan nanti ya..:)

      Delete
  3. Kalau macam ni bulan2 dapat BR1M. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.alhamdulillah..harapnya pendapatan ini akan berterusanlah..sebab BRIM tu tak tahu lagi macam mana kann..heheh...

      Delete
  4. Alhamdulillah, saya juga cuba nk berjinak-jinak dgn blog, semoga berjaya macam blog cik matahariku.

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)