Edisi Di sebalik Tabir : Blog Cik Matahariku Capai 33 Juta Pageviews

As Salam,
Blog Cik Matahariku Capai 33 Juta Pageviews:)-Alhamdulillah.Syukur kepada Allah Taala atas segala kurniaan hidayah, petunjuk, ilham dan idea kepada saya, sehingga saya dapat menulis dalam blog kecil saya sendiri.Meski tidak setanding dengan blog popular lain, saya secara peribadinya berpuas hati dengan kejayaan kecil ini.

Blog Personal yang kini sudah mencapai 33 Juta Pageviews menjelang Oktober 2018

Pageviews last month blog ini mencapai 1.1 juta views

Pada usia blog menjangkau 7 tahun, saya dapat merasakan betapa besarnya kasih sayang dan rahmat Allah ke atas diri saya.Saya pernah kongsikan dalam entri ini -Kenapa Saya memilih Untuk berblog- Sejak usia belasan tahun, minat saya terhadap bab tulis menulis ni memang sukar untuk dilupakan.

Boleh klik pic untuk ketahui story mory sebab saya berblog tujuh tahun dulu:)

Saya Si Penulis Diari
Kecintaan saya terhadap "menulis sesuatu" atau meluahkan sesuatu dalam bentuk tulisan, sehingga menjadikan saya seorang penulis diari tegar.Bayangkan ketika usia belasan tahun, saya sudah mempunyai pelbagai koleksi diari, yang kebanyakannya saya buat sendiri dengan menggunakan buku log atau planner Book.Saya akan balut buku log itu dengan kemas dengan pembalut buku yang saya sukai, dan saya akan mula menulis, tentang apa sahaja dalam buku tersebut.

Saya juga pernah mempunyai pelbagai buku nota kecil yang didalamnya saya kumpulkan semua nota-nota luahan hati saya tentang pelbagai situasi yang pernah saya lalui.

mini album yang saya jadikan koleksi dan simpanan luahan hati saya:)

Saya tak ingat moment apa yang berlaku sehingga saya menulis kata-kata ini, tapi dari tulisan ini, saya mendapat nasihat dengan pengalaman yang dilalui.Alhamdulillah.



Masa berlalu, selepas berkahwin, saya ingin teruskan kecintaan saya terhadap dunia penulisan diari, tapi komitmen sebagai guru dan ibu juga isteri, menyebabkan saya kehilangan banyak masa untuk menulis.Sehinggalah ketika saya sedang pregnant anak ke-4, ketika kemudahan wifi ( internet) disediakan oleh Encik Suami di rumah kami, saya kembali membuka semula blogspot yang pernah saya cuba-cuba buat ketika sedang membuat KPLI di salah sebuah maktab di utara tanahair.

Berblog Secara Part Time
Saya usahakan blog tersebut hanya secara part time. Kalau ada masa lapang atau time cuti sekolah panjang, barulah saya update atau publish post.Pada masa sama, selepas berkahwin juga, minat saya terhadap dunia masakan meningkat.Saya belajar memasak dan suka mencuba pelbagai resepi.Dari situlah saya mendapat idea untuk kongsikan apa yang saya masak dan buat di kitchen saya, kepada readers dalam blog.

Terus terang saya akui, post saya yang mendapat views tinggi all time, kebanyakannya datang daripada post resepi pelbagai jenis hidangan atau masakan.Rezeki Allah itu ada di mana-mana, tinggal kita mahu usahakan atau tidak.Begitulah apa yang saya dapat selepas beberapa tahun saya berblog.Saya mula aktif menulis review produk, perkhidmatan homestay dan lain-lain,dengan mengambil bayaran antara RM50-RM100 bagi satu-satu artikel yang saya publish dalam blog.

Kat bawah ni, antara entri masakan yang saya kongsikan dalam blog dan banyak lagi.Boleh terus klik pic kalau nak tengok resepi yang saya kongsikan.:)




Jana Pendapatan Lumayan Sebagai Affiliate Marketer
Tidak cukup dengan itu, saya juga belajar sedikit demi sedikit menjadi Affiliate Marketer atau bahasa mudahnya saya membuat komisyen hasil daripada review produk yang berjaya terjual melalui link yang diberikan oleh syarikat atau company yang ada menawarkan program Affiliate.Yang menarik dan seronoknya menjadi Affiliate Marketer ni, saya menjadi ahli dan mendaftar secara percuma sahaja!

Nilai komisyen yang saya sertai sama ada melalui Klikjer, Jobdirumah, Sweetmuslimah, Bookcafe, Tudung SiComel dan ada beberapa lagi yang saya sudah lupa, menjangkau sehingga 4 angka bagi setiap Program Affiliate.Rupanya setelah kita usahakan, barulah saya tahu, mudahnya menjana dan membuat duit dengan hanya berblog!

Rezeki Berblog Semakin Berganda Dengan Iklan Adsense
Dua tahun kebelakangan ini pula, apabila blog saya berjaya mendapat kelulusan memasang Iklan Adsense, aktiviti berblog saya menjadi semakin menyeronokkan.Saya mula menjana pendapatan yang lebih lumayan melalui pemasangan Iklan Adsense dalam blog kerana earnings atau pendapatan blog saya dijana dengan bayaran mengikut matawang USD:) menarik bukan?

Dalam tempoh, belum cukup dua tahun, saya sudah menjana pendapatan lebih  $2400 ( darab dengan nilai semasa matawang USD, dan jika anda yang mendapatnya, pasti anda juga akan tersenyum:)  dengan hanya memasang iklan Adsense.



Saya tidak pasti sama ada peningkatan pageviews blog dapat menjamin peningkatan pendapatan saya dalam Iklan Adsense, tapi menurut bacaan saya, secara rasionalnya, semakin tinggi views blog, semakin banyak traffic yang masuk, InshaAllah, earnings Adsense juga akan meningkat dengan banyak, macam yang saya dapat :)-

Tambah Nilai Dalam Kehidupan Insan Lain
Apapun, saya percaya dalam penulisan blog, yang penting bukan pelawat sekadar menziarah blog kita, tapi mereka juga dapat sesuatu yang berguna dan dapat manfaatkan dalam kehidupan mereka.Lagi bagus, kalau dengan info atau perkongsian kita, pembaca dapat menjadikan kehidupan mereka lebih bernilai dan bermakna, sama ada kehidupan dunia atau akhirat:)

Amacam? Kalau anda berjaya baca story mory saya sampai part ni, anda memang blogger sejati.kiki.Bahkan anda memang readers yang tulen, yang akan terus baca dan membaca post-post saya sebelum ini sebab semua yang saya beritahu dalam Edisi Disebalik Tabir 33 juta Pageviews ni, semuanya ada saya kongsi dalam blog.

Blogger dan Manusia Materialistik
Baik.Bukan semua benda indah-indah je jadi Blogger ni.Ada juga part yang sedikit mengecewakan bila banyak pic kita dalam blog, dipergunakan oleh ramai orang secara tidak berhemah."Orang-orang" ini pula mengaut kenuntungan dalam bisnes mereka kerana menggunakan pic kita yang lawa tapi depa jual produk lain daripada pic yang dikongsikan.huhu.

Ada juga resepi kita dalam blog, digunakan sebagai resepi sendiri dan diajar dalam kelas masakan PJJ, kononnya resepi itu hanya diperolehi daripada kelas masakan online mereka.Yup!inilah realiti dunia tanpa sempadan, sentiasa ada yang suka mengambil kesempatan demi kepentingan diri sendiri.

Inspirasi Dalam Berblog
Alhamdulillah.Mula-mula saya berblog dulu, saya memang rahsiakan dari pengetahuan suami sendiri.haha.Macam rasa malu pulak kalau suami baca blog sendiri.Lama-lama, bila pageviews blog semakin meningkat, pendapatan juga semakin lumayan, rasa tak boleh simpan sendiri rahsia tu.Excited sangat.

Rupanya bila saya kongsi tentang kewujudan blog ini, suami tumpang happy juga.Kini Encik Suamilah sahabat baik yang selalu faham, yang selalu bagi motivate, idea dan ada sekali sekala mintak saya post ni, post pasal pelaburan rumah dia yang dah dua tiga biji tu (errk). ( yang ni saya tak reti nak story..bukan bidang saya.hihi).

Betullah.Kalau kita nak berjaya buat sesuatu, kita sebenarnya tak perlukan ramai orang yang sokong kita.Cukuplah kita ada someone yang always support dan faham kita, malah tolong kita cashout duit blog pun, dia boleh tolong kita.ciss.hahahha.

Akhir sekali, jangan takut untuk terus menulis hal yang baik-baik, kerana ia akan menjadi sedekah kita yang dapat jadi bekalan dalam perjalanan tatkala akan bertemu denganNya nanti.Allah lebih tahu.Kalau DIA sudah takdirkan dan lorongkan kita di jalan ini, pasti banyak kebaikannya untuk kita.InshaAllah.

Doakan saya sekeluarga sentiasa dalam Iman,juga kemajuan blog saya terus memberi manfaat kepada alam.

Jika anda readers blog saya sejak tujuh tahun lalu, cuba komen sikit kat ruangan komen, apa pendapat anda tentang blog ini:) Saya sangat menghargai kesudian anda memilih blog ini sebagai antara bacaan anda atau sumber info yang dipercayai.Terima kasih banyak-banyak, jemput singgah selalu blog ini ya.

Sampai jumpa lagi.Wassalam.



Post a Comment

2 Comments

  1. Tahniah..wow..33 juta dah memang hebat ini setanding dengan blog besar ni.(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur:) kalau ikut tempoh 7 tahun tu, mungkin blog lain dah capai lebih daripada bilangan pageviews yang blog ini dapat.Apapun, terima kasih banyak-banyak sebab drop ur comment kat sini, i luv it:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!