Pengalaman Berjaya Mohon egTukar Guru Sesi Jun 2017

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Berjaya Dalam Sekali Permohonan Pertukaran Eg Tukar Guru Tahun 2017-Alhamdulillah. Ini ungkapan terbaik saya luahkan saat saya semak keputusan Egtukar guru sesi Jun bagi tahun 2017.Saya adalah seorang daripada 2825 orang guru yang berjaya mendapat kelulusan pertukaran bagi sesi Jun 2017.Menarik dan istimewa bukan.heheh.

Alhamdulillah, Allah permudahkan hasrat kami untuk berhijrah ke Negeri Sembilan:)

Hasrat membuat permohonan pertukaran tempat perkhidmatan perguruan saya bukanlah diambil dalam jangka masa yang lama.Walaupun kami ( saya dan Encik Suami) sudah merancang untuk membeli rumah di Negeri Sembilan dan menetap di sana sehingga usia pencen ( kalau panjang umur) namun semuanya bergantung kepada keperluan semasa kami.

Insha Allah, kami bakal berhijrah ke lokasi ini pada hujung tahun ini

Desakan memohon pertukaran ini bertambah kuat apabila kami sudah mendapat kunci rumah baru kami di sana.Maksudnya rumah kami sudah siap untuk diduduki.Tambahan pula, pemotongan gaji juga sudah dibuat melalui akaun gaji bulanan saya yang pastinya akan membuatkan komitmen kewangan kami sekeluarga semakin tinggi.

Episod Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri.
Maka bermulalah episod permohonan pertukaran perkhidmatan saya dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP )ke Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).Sehingga tahun ke-7 perkhidmatan, saya tidak pernah sekali pun memohon untuk bertukar ke mana-mana.Kiranya itulah kali pertama saya buka website online eg tukar guru.huhu.

Nervous jugak sampai saya boleh lupa id dan password kat e-operasi sebelum membolehkan saya log in untuk membuat permohonan online di eg tukar guru.Yelah, sebelum ni memang tak ambik port pun bab pindah randah ni.huhu.Tahu-tahu, bila bincang dengan Encik Suami, kami sepakat untuk mempercepatkan permohonan pertukaran sebab apa yang kami dengar, bukan mudah nak dapat kelulusan pertukaran ini jika sebab tidak kuat ataupun satu lagi kalau rezeki kita memang masih kat sekolah semasa.

Bab paling sukar bila apply eg tukar guru ni ialah sebab atau alasan.walaupun saya punya alasan yang kukuh ( bagi pandangan sayalah kann) namun saya tahu kat luar sana ada beribu lagi guru yang juga mempunyai hasrat dan keinginan seperti saya.Akhirnya nanti, rezeki masing-masing juga yang menentukan permohonan kami ini lulus atau tidak.

Sempat juga saya berbincang dengan Guru Besar akan hasrat saya untuk memohon pertukaran.Asalnya saya menyatakan sebab permohonan sebagai tempoh perkhidmatan yang melebihi lima tahun.Sebab dalam pilihan tu, itu jelah sebab yang paling releven dengan saya.Yang lain tu memang tak berkaitan. Kalau ikut saya, yang sebenarnya saya mahu berpindah rumah dan menetap di lokasi yang saya mohon.

Kemudian, saya ada juga bertanya pendapat dan berbincang dengan sahabat-sahabat yang sudah berjaya dalam pertukaran mereka.Akhirnya saya memilih sebab mengikut pasangan.Betul juga.Itulah hasrat saya agar kami dapat berpindah ke rumah baru kami bersama-sama nanti.

Proses seterusnya berjalan lancar.Selain lampiran dokumen sijil nikah saya dan Suami, saya lampirkan juga surat kebenaran Suami ( cehh..kemain) yang saya edit dari contoh surat rakan saya yang sama-sama membuat permohonan pertukaran.Surat ini juga ditandatangani dengan cop rasmi Guru Besar saya. Saya tak pasti sama ada rakan guru lain ada buat seperti ini juga atau tidak.Saya harap strategi ini boleh membantu proses kelulusan permohonan saya.Insha Allah.

Ini contoh surat Kebenaran Suami ( yang sebenarnya suami saya tak baca pun apa yang saya taip dalam surat tu.) yang saya lampirkan dalam permohonan pertukaran ini.Tak tahulah depa dok baca ke tidak tapi inilah usaha saya.huhu.

Contoh Surat Kebenaran Suami -Permohonan pertukaran eg Tukar Guru Antara Negeri.
Ini bukanlah satu jaminan yang kalau rakan guru guru gunakan sebab yang sama, maka urusan permohonan anda akan terus berjaya seperti saya.

Surat Kebenaran Suami yang saya lampirkan bersama permohonan pertukaran saya ke Negeri Sembilan dalam permohonan egtukar guru tahun 2017.

Saya kongsikan ini sebagai gambaran bagaimana saya mengarang sebab musabab permohonan pertukaran saya.Secara peribadi, sebab-sebab pertukaran ini memang terlebih dahulu kami bincangkan bersama sebelum saya mengolahnya menjadi sebuah surat rasmi.

Tips Menyatakan Sebab Dalam Permohonan Pertukaran Sekolah
Banyak sebab yang kita pernah dengar tentang permohonan pertukaran sekolah rakan-rakan kita.Dalam kes saya. beberapa pencerahan dan tips yang saya dapati dan ingin kongsikan ialah :
  1. Semasa membuat permohonan, walaupun saya major dan options dalam subjek Sejarah, tetapi apabila membuat permohonan, kita hanya ditanya mengenai subjek dominan yang saya ajar, maka BM merupakan subjek dominan yang saya ajar.Kalau ikut button traffic yang saya tengok semasa membuat permohonan online, kekosongan subjek dominan itu hanya ada di SJKC.Tetapi semasa memohon, saya tetap memilih untuk ke SK walaupun saya tahu tiada kekosongan.Tawakkal sajalah!- Apabila saya lapor diri ke sekolah baru, saya diberitahu bahawa di sekolah tersebut memang tiada guru dengan option Sejarah.Jadi, kelulusan pertukaran saya secara logiknya memang memenuhi keperluan perkhidmatan seperti yang dimaklumkan oleh KPM tentang kejayaan sesuatu permohonan.
  2. Saya tidak bermain emosi dalam menyatakan sebab secara keterlaluan.Sebab yang saya berikan memang fakta yang tidak dapat disangkal iaitu kami mahu berpindah ke rumah baru yang sudah dibeli.Yelah kan, kalau kita beli rumah, buat apa kita nak duduk sewa sepanjang hayat? Duduk menyewa di bandar Kuala Lumpur? Saya fikir itu bukan tindakan bijak dalam masa yang panjang.
  3. Kekangan kewangan dalam hidup semua orang juga tidak dapat dinafikan.Besar atau kecil sahaja masalahnya,Yang pasti masalah kekangan bagi keluarga saya pula ialah, kami sedang membayar dua buah rumah pada masa yang sama.Rumah pertama yang kami duduki sekarang walaupun bukan sewa, tetap memerlukan komitmen yang tinggi.Jadi alternatif terbaik dalam mengurus kewangan keluarga, suami saya mencadangkan kami segera berpindah ke lokasi yang memang kami ingin menetap, sementara rumah pertama ini akan disewakan.
  4. Secara peribadi, memberi sebab menjaga orang tua seperti sangat biasa dan tidak special, tetapi bagi kami pula, itulah antara hasrat dan impian kami mengapa kami memilih untuk menetap di lokasi yang berhampiran dengan ibu bapa kami.Tipsnya disini, orang tua sebenarnya azimat dan sebab yang sangat mustajab untuk kita masukkan sekali dalam list permohonan pertukaran kita.Niat itu sangat penting.
  5. Jangan buat surat seperti luahan perasaan semata-mata.Kalau dalam surat rasmi kita ceritakam masalah rumahtangga, masalah urus anak dan keluarga sebab duduk berjauhan dengan pasangan atau keluarga, ia hanya menunjukkan ketidakmatangan kita sebagai seorang guru.Olah ayat secara formal supaya kita dilihat serius dalam permohonan dan perancangan hidup berkeluarga kita. 
Apapun, ini semuanya atas rezeki dan asbab sahaja.Yang nyata seperti yang sahabat guru saya sebutkan, rezekinya masih di sekolah lama, tetapi rezeki saya sudah tiada disitu,Rezeki saya kini di sekolah baru dimana saya ditempatkan.Allahuakhbar.Allah sudah aturkan yang terbaik buat saya.Just follow the flow kata Encik Suami saya:)

Antara hadiah yang saya terima daripada seorang sahabat baik di Convent

Tatkala saya mengetahui bahawa permohonan kali pertama melaui eg tukar ini berjaya, jujurnya saya memang tidak bersedia.Tak bersedia maksudnya dari aspek sudut hati dan perasaan saya yang masih sayangkan sekolah Convent, sekolah pertama saya dalam sejarah perkhidmatan perguruan saya dalam sekolah kerajaan. Jika ikut rekod sejarah saya sebagai guru, ini merupakan sekolah ketiga yang pernah saya berkhidmat, dua sebelumnya saya mengajar di sebuah sekolah rendah Islam ( sekolah Integrasi) di Johor Bahru dan juga Gombak.

Majlis terakhir saya di Convent, Iftar bersama rakan-rakan

Persahabatan yang terjalin menjadi kenangan yang sukar dilupakan

Selepas mengetahui di sekolah mana saya ditempatkan, sekali lagi saya blur.Macam mana saya nak lapor diri? Surat kelulusan pertukaran dari JPWP pun saya tidak terima, sedangkan saya diberitahu, perlu bawa surat kelulusan pertukaran sebelum lapor diri ke sekolah baharu.

Lapor Diri di Sekolah Baru
Kalau ikutkan tarikh dalam surat makluman penempatan, pertukaran sekolah saya berkuatkuasa pada 12 Jun 2017 (Isnin).Guru besar sekolah lama pula minta saya mohon penangguhan kerana perlu membuat nota serah tugas sebelum meninggalkan sekolah dan pelbagai urusan yang saya sendiri perlu selesaikan.

Mahu tidak mahu, saya berbincang dengan Encik Suami, untuk meninjau terlebih dahulu lokasi sekolah sambil mencari-cari rumah atau bilik untuk disewa memandangkan rumah yang saya beli itu belum lagi siap renovation untuk diduduki.Namun aturan Allah itu lebih baik.Semuanya menjadi lebih mudah apabila saya menelefon Guru Besar sekolah baru dan maklumkan yang saya mendapat pertukaran ke sekolah beliau, tapi belum lagi mendapat surat pertukaran.

Alhamdulillah, mudah urusannya apabila Guru Besar tersebut minta saya supaya terus sahaja lapor diri apabila saya maklumkan saya ada diluar pagar sekolahnya.hehe.Dari situ, saya terus melapor diri dan berjumpa Guru Besar dan juga Guru Penolong Kanan sekolah itu.

Alhamdulillah, saat saya menaip post ini, saya sudah pun menyerahkan nota serah tugas kepada pentadir sekolah lama dan secara rasmi saya kini bukan lagi warga pendidik di Convent Sentul tetapi menjadi ahli warga guru di SK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson.pheww.

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat guru, pentadbir dan staff di SK Convent Sentul yang saya sayangi:).Kalian antara insan terbaik yang hadir dalam hidup saya.Saya pasti rindu akan segala kegembiraan, kenangan dan pengalaman yang tercipta bersama kalian:)

Kepada warga SK Kampung Baru Si Rusa, please be kind to me:)

Post a Comment

9 Comments

  1. Tahniah CM & selamat bertugas ditempat baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih cik Laili, lama tak dengar khabar:)

      Delete
  2. Wah best tu dapat juga tukar tempat baru, new environment hehe. Tahniah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, bila kita hijrah ke tempat baru, Allah dah aturkan semuanya menjadi lebih baik dalam hidup kita, insha Allah.terima kasih singgah blog ni:)

      Delete
  3. Asalam. Blh tgk surat kelulsan dari pendidikan tak. Buat contoh utk penggambaran. Tq

    ReplyDelete
  4. Salam.. Lampiran yg diserahkan tu hardcopy atau softcopy dlm sistem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, lampiran surat tu saya sertakan bersama permohonan hardcopy

      Delete
  5. Salam.. tahniah akak, kalau saya drp smk agama boleh ke saya mntk tukar ke smk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm cikgu, yang ini saya tidak pasti.Boleh kemukakan pertanyaan terus ke bahagian penempatan guru daerah cikgu, mungkin mereka boleh membantu:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!