Kek Lapis Homemade Special Dari Kawan Sekolah

Dengan Bismillah
As Salam dan Salam Sejahtera,
Allkisahnya, ini cerita zaman raya puasa bulan tujuh hari tu.Itu pun kira beraya "tak sengaja" ke rumah seorang kawan satu sekolah.Asbabnya saya repeat order tart mawar sedap air tangannya yang pernah saya kongsikan dalam entri ini : Tart Mawar Paling Sedap-

Last-last terus datang ambik tart mawar yang saya order dari kawan ni kat rumahnya yang terletak di Cheras.Sempatlah juga kawan saya yang sangat baik ini jamu kami dengan soto ayam, ubi rebus cicah sambal tumis, bihun sup dan pelbagai jenis kuih raya yang mantap-mantap rasanya!

Sebelum balik dari rumahnya, dibekalkan kami dengan dua bungkus kek lapis homemade air tangannya sendiri yang sangat menusuk kalbu rasanya! wallah.sodap sangat sampai sayang nak makan banyak-banyak.hahha.

Inilah rupa paras kek lapis yang dibuat oleh kawan saya yang sangat baik ni.
Ekau nampak tak lapisan kek ni yang sangat rapi dan cantik pulak pilihan warnanya.
Akak polis yang buat ni tau.amacam..cun tak?

Yang sebelah kiri namanya kek lapis prune cheese dan yang colourful tu pulak namanya kek lapis hawflakes cheese. Saya kalau kuih muih yang ada cheese ni memang feveret lah!

Jeles betul dengan kepandaian kawan baik saya ni tau..kenapalah dia ni rajin sangat buat 
kek lapis ni kann..dahlah sedap tak tahan pulak tu..

Ada tak yang macam saya suka dengan kuih muih yang ada cheese atau readers yang suka kek lapis?
agak-agak kalau saya recommendded, ramai tak yang nak order?hehhehe.

Tengok tu, betapa sayangnya nak makan, saya potong kek ni pun nipis-nipis je.hahah.
berebut anak beranak makan kek lapis ni.huhu.

satu hari satu keping je boleh makan..kihkih..

kawan saya ni bagi gitu-gitu je kat saya hari tu, kalau jual ni agak-agak berapa 
satu pack kek lapis ni ya? Ada sesiapa readers saya yang boleh bagitahu kat komen nanti?

Orait, saya ni sebenarnya memandai je tayang kek lapis marvellous pemberian kawan baik saya ni kat dalam blog.Salah satu sebabnya ialah kek ni sangat sedap, lembap dan moist, lembut dan sangat berasa bahan-bahan yang digunakan.

Jadi, apa salahnya kalau ada readers blog saya yang tinggal area Cheras atau Kuala Lumpur, bolehlah try contact dia, makanan sedap ni memang kena kongsi supaya lagi ramai orang yang dapat nikmati keenakan kek lapis kawan saya ni.-Fajar Hayati- 019 6335794 ( Wassap)

Lupa nak bagi tahu juga, Kawan saya ni juga buat tart mawar yang sah-sah ekau mesti repeat order lepas dah makan sebalang.Tart mawar ni juga signature food terbaik kawan saya ni.

 Tart mawar sedap.Kesedapan dia bilo ko makan sampai pejam-pejam mata..haha.

Jangan lupa wassap Akak Fajar kita kalau nak order ya:)-

Thanks for reading this entry readers! God Bless..

Post a Comment

5 Comments

  1. Masa saya kerja dulu ada selalu buat Kek Lapis Indonesia.


    Kek lapis yang cik kongsi ini nampak sedap memandang sedap lagi mulut yang merasainya.

    Bila ada kemahiran apa saja yang dibuat pasti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh..pandai buat kek lapis rupanya En.Kamil ya..saya tak pernah makan lagi kek lapis Indonesia, mesti sedap rasanya..:)

      Delete
  2. Hi to every single one, it's really a good for me to pay a visit this
    website, it consists of precious Information.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!