Cara Buat Cup Cake Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cup cake coklat moist -yang saya baru sahaja buat hujung minggu ini adalah antara permintaan anak-anak kecik saya kat rumah ni.Kemain depa dok mintak saya buat cup cake coklat.Saya pulak bagi syarat, kalau nak mama buat cup cake coklat ni, buat ulangkaji siap-siap dulu.Al maklumlah, depa pakat kena ambik final year exam kan.muehhe.

Macam biasa, kali ini saya rajin pulak nak kongsikan gambar segala bagai time saya buat cup cake coklat moist ni.Lagipun, apa guna askar-askar ramai kat rumah ni kan.Bab buat kek-mekek ni Encik Suami saya memang malas nak layan.Dia kenalah faham hati dan perasaan orang-orang pompuan kat rumah ni..memasing bajet dah besar nanti nak jadi Chef kann..huhu.

Cara dan Gambar Buat Cup Cake Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan
Kita pakat tengok gambar dululah ya:)

cara buat cup cake coklat moist sukatan cawan
Antara bahan buat cup cake coklat moist
dengan sukatan cawan
cara buat kek coklat cawan yang sedap
Lepas dah bancuh adunan kek coklat, saya masukkan bancuhan dalam jug supaya senang nak tuang dalam cup.Tray tu sebenarnya baru beli dekat Mr.DIY.
Kira baru rasmikanlah ni.hhehe.
Tapi sedikit terkilan sebab rupanya tray tu terlebih besar dari saiz oven saya.Terpaksalah tukar tray biasa dan pindahkan cup cake yang dah siap isi tadi.huhu.
cup cake coklat moist blog cikmatahariku
Ini hasil cup cake coklat untuk tray yang pertama.Boleh masukkan 15 cup sekaligus dengan saiz cup mini yang macam ni.Tapi tak penuh sebab time tuang bancuhan kek, saya letak separuh cup je, rupanya kena letak lebih lagi.huhaii.
kek coklat cawan kukus yang mosit dan sedap
Bab moist dia, tak payah cakaplah.Resepi yang saya guna ni memang dapat hasilkan cup cake coklat yang memang moist.
cup cake coklat sukatan cawan
kalau ada toping dia memang lagi sedap kan, saya tak buat sebab kat rumah takde piping beg.lain kali ingat nak buat toppingnya sekali..:)
gambar cup cake coklat
Nampak sangat betapa amaturnya saya dalam baking cup cake ni..comot sini sana..huhu
cup cake coklat mudah dan sedap
close up sikit gambar cup cake coklat moist yang comel ni..
gambar cup cake coklat paling moist
Bolehlah kan..nak bagi anak-anak happy makan cup cake coklat moist air tangan mama depa sendiri.hehhe.Puaslah jugak depa dok makan ulang banyak kali.Seingat saya sampai 40 biji cup cake jugaklah hasil adunan dengan resepi ni.Lagipun saya tuang sikit-sikit dalam cup tu, kalau tuang lebih sikit mungkin tak dapat banyak macam tu.
Resepi dan Bahan buat Cup Cake Coklat Dengan Sukatan Cawan
Sumber resepi : Celoteh Hati Bella
Berjaya dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan :
3 biji telur ( saya guna 4 biji sebab guna telur gred C)
1 cawan gula halus ( gula pasir saya blend)
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 penutup botol esen vanilla (saya tambah, resepi asal tak letak)
Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Moist:
  1. Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang.Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
  2. Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
  3. Setelah sebati, masukkan minyak.
  4. Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
  6. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius dalam 23 minit.( kalau oven saya, saya tambah masa dalam 26 -28 minit)
Mulakan Bisnes Cup Cake Dari Rumah
Alang-alang dah tahu resepi buat cup cake ni, saya ingin kongsikan dengan anda pula sebuah e-book cara mulakan bisnes buat cup cakes.Ianya sangat mudah!Hanya perlu belajar sendiri di rumah dengan bantuan e-book dan CD yang dibekalkan.Saya dapati cara ini sangat jimat dan sesuai untuk suri rumah yang berminat pula untuk menjadikan cup cake ini sebagai perniagaan sampingan dari rumah. 

Panduan memulakan bisnes bakeri hanya dari rumah-sila klik untuk panduan segera

Jika anda betul-betul berminat dan ingin tahu mengenai cara buat bisnes cup cake yang betul dari rumah, saya galakkan anda segera klik pautan ini.Jika lambat, saya khuatir anda terlepas memiliki peluang belajar buat bisnes cup cake dengan cara yang mudah dan betul ini. 

Harap perkongsian ini membantu anda yang memiliki keinginan dan masa untuk mencuba perniagaan cup cake dari rumah.

Boleh juga dapatkan penjelasan dalam entri ini jika anda mempunyai masalah dalam pembuatan kek seperti kek menjadi bantat, keras atau merekah ditengah.Klik pautan ini untuk mendapatkan jawapannya: Punca-punca Kek Coklat Kukus Tidak Menjadi

Terima kasih sudi baca Cara Buat Cup Cake Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan dan bolehlah kongsikan jika suka..:)

Post a Comment

42 Comments

  1. Assalam, telur dan gula tu perlu pukul smpai gebu(sehingga berwarna keputihan) ke? terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslm Ridania, pukul telur dengan gula sampai kembang ya..:)

      Delete
  2. Assalam, nak tanye, telur dan gula tu perlu pukul sehingga gebu (berwarna keputihan) ke? terima kasih kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm sis, pukul sampai kembang pun boleh sis..:)

      Delete
  3. Assalam, boleh ke kalau nak letak inti kat tengah cup cakes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslm Nabilah, boleh letak inti yang kita suka..:)

      Delete
  4. Assalamualaikum, first of all...sy nk berterima kasih & minta halal kn recepi ni... Sy wat utk jualan Alhamdulillah laris... Sy nak tny kalu nak tukar perasa cth coffee... Sukatan dia mcm mana??

    ReplyDelete
  5. wkmslm Mia, alhamdulillah, terima kasih cuba resepi pinjaman ini dan tahniah sebab berjaya hasilkan cup cakee yang laris jualannya, proud i of you!.setakat ini akk tak pernah cuba cup cake perisa coffee lagi, jadi tak tahu sukatannya, cuba google resepi cup cake coffee ya..tq:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum puan ... Sy dah follow instruction puan tp cup cake tu x cukup moist le. Kat mana silap nye yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslm Dee, akk tak sure macam mana Dee sediakan kek, boleh tengok sini untuk tahu puncanya ya :https://cikmatahariku.blogspot.my/2015/04/punca-punca-kek-coklat-kukus-tidak.html

      Delete
  7. Salam, sis ..biasanya kalau kek coklat moist ni dia tahan berapa hari je ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sis letak dalam fridge, boleh tahan dalam dua minggu.:)

      Delete
  8. Slm sis.. tq 4 resepi.. mmg sedap... maklumlah br jinak2 nk bake....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sis, terima kasih cuba resepi ini ya..:)

      Delete
  9. Minta dihalalkan resepinya...terima kasih

    ReplyDelete
  10. terima kasih cuba resepi ini, semoga cup cake yang sis buat menjadi ya!

    ReplyDelete
  11. Kalau kita kukus bole tak sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah, boleh juga kukus.Cuma pastikan bila kukus,panaskan air sehingga mendidih baru masukkan cup cake.Tempoh mengukus juga sekitar 20-25 minit sahaja.

      Delete
  12. Assalamualaikum tkasih untk resepi cupcake ni bru nk mncuba buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam sis, terima kasih singgah blog ini, selamat mencuba ya!

      Delete
  13. hai admin #cikmatahariku saya berjaya buat cupcake moist... tq bagi saya resipi cupcake insyallah saya akan follow blog ni lagi untuk buat cupcake... myfuture husband pn suka. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tahniah berjaya buat cup cak ecoklat moist sis:)

      Delete
  14. Salam.nk tnya bila bakar tu guna api atas dgn bawah atau bawah sahaja?

    ReplyDelete
  15. assalam.nk tnya resepi ni blh dpt bpa bji cupcake?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam sis, resepi ini boleh dapat sekitar 50-60 cup cakes

      Delete
  16. nak tanya ni sis. dari step pertama sampai last guna mixer je ke sis? x perlu guna spatula ke? nak cuba buat ni sis. mana lah tau ada rezeki menjadi boleh juga d jual untuk projek sekolah anak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, sebenarnya buat cup cake ni banyak cara, kalau saya guna mixer time kita mix telur dan gula halus, bahan lain time nak campurkan kita boleh guna spatula.cup cake tetap menjadi, inshaALLAH:)

      Delete
  17. Kalau minyak tu, bole tukar kpd minyak jagung x? Atau butter yg dicairkan ke..? Tq sis.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis, kek tetap jadi, no worries..inshaAllah.

      Delete
  18. Salam sis ...nak tanya kalau serbuk koko tu tukar ke serbuk milo berapa ye sukatan nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, boleh guna sukatan yg sama macam serbuk koko, cuma bagi saya personally, buat cup cake choc dengan serbuk koko sebenarnya lebih sedap..hehe..

      Delete
  19. salm.. nk tanye gula tu sukat dulu then bru blend halus ke or dah blend halus baru sukat 1 cawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sukat dulu 1 cawan, then baru blend halus..

      Delete
  20. Assalam sis, kenapa cupcakes ni bila dah keluar oven dia turun eh?

    ReplyDelete
  21. Kalau saya guna tepung kek boleh tak? :))

    ReplyDelete
  22. Saya suka cari resepi daripada blog matariku sebab best. Ni bru nk buat resepi kek coklat utk ank raya stelah smlm 30 sywl n mnta² bjya menjadi keknya.. Trimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan mencuba sis, InshaAllah resepi yang saya kongsikan dalam blog ini sudah saya cuba sendiri di rumah.Semuanya resepi yang mudah-mudah sahaja sebab saya pun masih belajar memasak..hehe..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!