Cara Buat Inti Popia Sayur Yang Mudah dan Sedap

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Whoaa..mesti ada yang terbayang popia goreng yang rangup cicah sos buat sendiri yang marvellous kann.Selain saya sendiri yang suka bebenor dengan popia  goreng ni, anak beranak saya pun turut mengemarinya.Tak jadi masalah kalau setakat nak habiskan popia goreng inti sayur kat ghumah saya ni, dengan bapak dan mak budak pun memasing hantu kopiah..errr..popia.ahaha.

Saya dapat resepi buat popia inti sayur yang simple ni pun dari adik ipar yang buat bisness popia goreng ni.Dululah dia ni bisnes.Sekarang dah tak lagi.First time makan popia adik ipar ni, saya terus suka dan tiru bahan yang dia guna untuk buat inti popia.Memandangkan yang popia goreng inti sayur ni dibuat untuk jualan, sah-sah bahan-bahan yang digunakan memang bajet habis.heheh.

popia goreng inti sayur yang sedap

Cara Buat Inti Popia Sayur Yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahan
  • 1 paket kulit popia ( 50 keping )
  • 1 batang timun sederhana besar
  • 1 batang carrot sederhana besar
  • 1 biji sengkuang cina
  • satu gengam udang kering
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menumis
Cara Buat Inti Popia Sayur
  1. Keluarkan kulit popia siap-siap dari fridge supaya senang kita nak menggunakannya nanti.
  2. Sagat timun, carrot dan sengkuang dengan gunakan sagat buat kerepek.
  3. Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar tadi.Kalau ikut saya lagi sedap tumbuk sebab rasa bawang tu asli bila kita masukkan dalam minyak..ikut koranglah kann.
  5. Kalau dah naik bau bawang yang ditumis tadi, masukkan segala mak nenek sayur yang disagat tadi.Kalau nak inti yang rangup bila kita makan, tak payah goreng lama-lama.
  6. Masukkan gula, garam dan perasakan jika suka.
  7. Pecahkan telur dan gaul sebentar.Tutup api.
  8. Letak inti sayur yang dah siap goreng tadi dalam bekas bertapis supaya air lebihan dalam inti sayur tadi dapat ditoskan.Senanglah kerja kita nak gulung popia nanti,Kalau tak toskan inti sayur ni, jadi lembiklah popia korang tu dan tak jadi rangup.
  9. Mulalah gulung popia anda sehingga siap satu paket.
  10. Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya dia tak terbuka time kita goreng nanti.
Bila buat popia sendiri di rumah, kita boleh letak inti banyak ikut suka kita.hehe.

Langkah Mudah Buat Popia Sayur 

cuci bersih timun, buah sengkuang dan carrot.

3 jenis bahan sayuran tadi dah siap sagat.

Ini pulak bahan-bahan mudah buat popia sayur yang saya guna iaitu blend atau tumbuk bawang putih, merah dan ikan bilis.Kalau nak lagi sedap letak udang kering.Kali ini saya buat apa yang ada kat kitchen saya ni je.hhheee. Tak lupa jugak telur 2 biji. yeahh

Orait, yang ini saya dah masukkan sayur yang disagat tadi, Sebelum tu, panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi.

yang ni pulak saya dah gaul rata semua bahan, masa ni boleh jugak pecahkan telur dan gaul rata.

masukkan dalam tapis supaya kita dapat keringkan air yang ada dalam inti popia sayur.
Kalau tak buat macam ni, susah kita nak gulung inti dengan kulit popia nanti.

siap sedia untuk mengulung popia sayur kita. Jangan lupa gunakan telur putih untuk lekatkan
kulit popia sayur kita.Saya belasah je guna sebiji telur, malas nak asing bagai.haha.

yeahh.. kita dah mula gulung popia sayur, masa nilah ikut suka kita nak letak inti banyak mana kan..mueehee..

 Nah, comel je popia sayur akak. time beli kat Tesco, tinggal yang saiz ni je.huhu.
Mesti korang dah beli borong kan, buat popia dan segala bagai tu..haha.

Dah siap! tinggal nak ngap je.hehe.
Cara Buat Sos Cicah Popia Goreng
Bahan-bahan
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan Sos Cicah Popia Goreng
  • Tumbuk kasar bawang putih.
  • Panaskan minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan 1 sudu besar cili kisar ke dalam kuali. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
  • Siap!
Sekiranya ada kalangan pembaca blog ini yang suka buat popia frozen, saya juga ada kongsikan tips dan cara menyediakan popia frozen supaya kekal rangup walaupun sudah difrozenkan.Boleh tengok kat sini  : Tips Popia Frozen Kekal Rangup

Setakat yang saya pernah buat dan makan popia inti sayur ni, memang tahan lama walaupun kita simpan dalam fridge sebab saya tak letak tauge dalam inti tu.Lagi satu tauge biasanya akan kecut kalau kita overcook, jadi memang tak sedaplah kalau tergigit tauge yang dah kecut time makan popia sayur tu kan.

Selamat mencuba ya!Kalau buat sendiri, bolehlah kita letak inti banyak-banyak kan.Taklah macam sesetengah penjual popia yang bagi inti tauge dan carrot je.huhu.Itupun boleh di kira berapa kerat tauge yang dia masukkan.muehee.

Post a Comment

41 Comments

  1. Terima kasih! Sangat membantu saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, alhamdulillah, happy saya mendengarnya.semoga blog ini dapat terus memberi manfaat kepada readers..:)

      Delete
  2. Alhamdulillah resepi sis mnjd. Trime kaseh yer. Smoge allah s.w.t mmblas jase sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. alhamdulillah.senang je kan nak buatnya?Insha Allah, kalau kita usahakan untuk buat sendiri dengan niat untuk family makan, Allah akan permudahkan..:)

      Delete
  3. Terima kasih ..smoga ilmu jariah puan mndapat ganjaran tinggi dr Allah😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih puan atas doanya, semoga puan mendapat kebaikan dengan perkongsian ini:)

      Delete
  4. Nak tanya tak bubuh udang kering tak apa dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga ganti dgn ikan bilis, sbb nk bagi rs lemak kt inti tu..☺️

      Delete
  5. Maaf...saya nak tanya,klu kita nak buat popia frozen,sayur apa yg elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kl sy pilih sengkuang, carrot.. kl nk letak timun, kena buang bhgian yg ada biji dia, supaya kurang berair, taugeh paling kena elak sbb dia akn kecut dan buat inti jadi tk sedap..

      Delete
  6. bawang putih tu, mmg guna dua biji atau dua ulas? saya nak kepastian

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua ulas ke lima ulas ya, maaf terslh guna penjodoh bilangn.. huhu..

      Delete
  7. Terima kasih share resepi 😊 klu takde sengkuang cina, blh ganti dgn sayur apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, bagi saya sengkuang tu memang tips untuk popia sayur yang rangup dan sedap, tapi boleh je ganti kentang, parut macam biasa.Still sedap jugak:)

      Delete
  8. maaf nk tnya, penyagat sayur tu pakai yg mana mcm mana ye? ada gambar penyagat nye ke? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyagat sayur tu saya pakai yang orang biasa guna buat sagat kerepek pisang atau ubi, kalau tak tahu juga, boleh cari kat DIY atau kedai barang plastik, biasa ada jual, harganya pun murah je, dalam rm10-rm15, tengok tempat.

      Delete
  9. Sy mohon halalkn resepi ye.... Terima kasih in advance😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis, semoga memberi manfaat perkongsian ini:)

      Delete
  10. Terimakasih .saya nak Cuba resepi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis, silakan cuba resepi ini, InshaAllah sedap:)

      Delete
  11. wahh sedapnya..baru nak cuba buat harini.hehe

    ReplyDelete
  12. as salam sis..camna nk kekalkan kerangupan popia yg dah digoreng hingga tghari atau petang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, boleh search kat blog ini, tips popia kekal rangup, boleh cari kat blog ni ya. tq

      Delete
  13. Cik Matahariku,
    Ada ambil tempahan popia x

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ambik order dari anak-anak je..kiki..maaf, saya buat utk makan sendiri je..tq bertanya:)

      Delete
  14. Alhamdulillah menjadi sungguh. Memang sedap. Terimaa kasih share resepi ni 💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis, resepi ni sebenarnya sangat bajet dan sesuai untuk buat jualan dengan kos yang murah tapi sedap.

      Delete
  15. saya baru pertama kali nak buat popia.. terima kasih share resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba sis, inshaAllah berjaya membuatnya nanti:)

      Delete
  16. Salam.. time PKP teringin kuih popia tp xde org jual. Nk try buat ikut resepi sis. Moga eloklah kejadiannye.. hihi. Tq ya. Mohon halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah buat sis, bahan inti tu sebenarnya boleh ikut kita, mana yang ada kat rumah.semoga dipermudahkan ya:)

      Delete
  17. Salam sis.. mmg kena guna telur ya?

    ReplyDelete
  18. tak guna telur pon boleh, kalau dah masukkan ikan bilis atau udang kering.Telur tu nak bagi supaya inti kita rasa lebih lemak dan lebih sedap:)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Cik Matahariku.. terima kasih atas resipi yang ringkas dan mudah untuk dibuat. Setelah hampir 2 tahun duduk di Brazil ni, akhirnya jumpa sengkuang minggu lepas kat Asian Market. Apa lagi, kita google lah resipi popia yang mudah untuk dibuat. Akhirnya, malam tadi mendapat keberanian nak buat, maklumlah 1st timer. Pagi ni, goreng untuk sarapan. Alhamdulillah suami kata sedap dan lulus. Terima kasih sekali lagi dan halalkan ilmu yang dikongsi ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm sis, terima kasih cuba resepi di blog ini.Happy for u sis.Semoga Allah beri kemudahan yang banyak kepada puan untuk menyediakan menu yang sedap-sedap utk family:)aamin.

      Delete
  20. as'salam sis. nak tanya telur yang nak dimasukkan dalam sayur tu utk apa fungsi dia? hanya utk menyedapkan atau untuk bg sayur tu cepat kering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm puan, telur itu akan bagi rasa lemak2 pada inti. kalau nak sayur kering, jangan overcooked dia.pilih sayur yang kurang keluarkan air seperti carrot,timun jepun

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!