Salam Maal Hijrah 1439H :)

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Wahh.Syukur kita semua kan.Kali ini dapat cuti hujung minggu yang agak panjang sikit daripada biasa.Sambutan Awal Muharam jatuh pada Hari Jumaat dan kita-kita yang bekerja pada hari Jumaat dapat cuti sehingga hari Ahad.Sayalah antara orang yang paling happy sebab hanya hujung minggu sahaja berpeluang bersama anak-anak dan suami, sementara hari biasa kami terpaksa berjauhan kerana saya sudah bertukar tempat kerja di Port Dickson.huhu.

Semoga hari-hari mendatang dalam kehidupan kita lebih baik 
daripada hari sebelumnya.aamiin.

Walau apapun, saya redha dan tabahkan hati sebab semuanya berjalan mengikut apa yang kami rencanakan.Insha Allah, semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk berpindah rumah di Port Dickson pada penghujung bulan November ini.aamiin.

Hampir terlupa nak ucapkan selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua pembaca blog Cik Matahariku:)Kalau anda rajin singgah blog ini, pasti anda juga perasan bahawa template blog saya kini sudah berwajah baru.yeahh.Saya sendiri sudah terfikir beberapa kali untuk tukar template baru.Template yang lama sebenarnya ok lagi, tapi saya sendiri sudah bosan dan mahu cuba template baru.heheh.

Perubahan itu seperti suatu tuntutan dalam kehidupan bagi orang-orang yang mahu berjaya dan menjadi lebih baik.

Yang pastinya, saya masih tetap memilih template yang responsif supaya ia dapat beri lebih banyak faedah kepada saya yang mengutamakan kemudahan blog saya di akses secara mobile dan pada masa sama iklan Adsense dalam blog saya juga dapat berfungsi dengan lebih baik.Insha Allah.

Apa Azam Tahun Baru Anda?
Jarang sekali kita mahu buat azam baru sempena kedatangan Tahun Baru Hijrah ni kan.Atau saya sendiri yang macam tu, mungkin anda tidak.Sebenarnya saya baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran dalam minggu ini.Seorang sahabat baik bertanya sama ada saya mahu sebiji kek untuk meraikan hari lahir saya?

Saya sekadar ketawa.Agak lucu dan aneh apabila ulangtahun kelahiran saya yang sudah mencapai usia empat dekad ini mahu meniup lilin bagai.Saya sudah merasakan yang saya ini "dah jadi orang tua" sejak usia saya penghujung 30-an lagi.


Kenangan bersama sahabat-sahabat terbaik di SK Convent.

Cuma saya semakin aneh, apabila bersembang-sembang dengan rakan sekolah, mereka usik saya supaya mengandung lagi kerana saya masih muda! Ah, muda yang mana pun saya tak pasti.huhai.Begitulah agaknya, orang yang beritahu kita muda tu sudah berusia hujung 40an atau 50an.Kalau begitu, mungkin benarlah saya masih "muda".haha.

Kasih Sayang dan Rahmat Tuhan Berpanjangan
Saya menjawab pertanyaan teman tadi bahawa saya hanya mahukan kasih sayang dari keluarga dan sahabat handai.Saya mahu menyayangi dan disayangi.Itu sahaja.Pada usia begini, selain kegembiraan kerana disayangi dan menyayangi, saya pasti anda juga seperti saya mahukan ketenangan dan kesihatan dalam beribadah.aamiin.

Betullah seperti perkongsian dalam whatapps yang saya ada baca, semakin kita berusia kita hanya mahu bersendiri kerana kita mahu melepaskan dunia ini dan bertemu Ilahi dalam keadaan kita benar-benar sedia bertemuNya.

Bagi saya pula, cukuplah Allah tidak mengambil iman saya yang sedikit dan belum sempurna ini.Itulah sahaja yang paling saya takuti.Semoga Allah limpahi kita dengan rahmatNya yang berpanjangan.aamiin.

Saya doakan anda semua pembaca blog ini istiqamah dengan segala amalan dan apa sahaja kebaikan yang sedang dilaksanakan.Semoga juga anda mendapat manfaat yang besar dengan kehadiran blog yang tidak sepertinya ini.Insha Allah.

Alhamdulillah, boleh juga ikuti perjalanan hijrah kami sekeluarga di sini : Salam Hijrah 1440h:)

Sehingga bertemu lagi sahabat pembaca budiman:)

Post a Comment

0 Comments