Tips dan Cara Tanam Anak Pokok Cili Merah Yang Subur

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, tak sabar rasanya nak kongsi kegembiraan saya tentang perkembangan anak pokok cili merah yang pernah saya semai benihnya dengan kaedah ala-ala hidroponik, dan kini sudah masuk minggu ke-4, nampaknya anak pokok cili saya semakin subur.yay!!

Tumbesaran anak pokok cili merah yang saya semai kini sudah masuk minggu ke-4.
Saya telah pindahkan ke pot kecil ini pada minggu ke-2.Setakat ini dari kehijauan daunnya saya berharap anak pokok ini dapat terus hidup sehingga menghasilkan buah cili yang cantik dan pastinya pedas!aamiin.InshaAllah:)

Ketika minggu ke-2, saya pindahkan anak pokok cili ini ke pot lain dari tempat semaian supaya anak pokok ini dapat tumbuh dengan lebih subur.Alhamdulillah.Allah jua sebaik-baik pelindung dan pengatur kepada segala makhluk ciptaaanNya.

Antara peringkat awal pertumbuhan anak pokok cili merah dalam bekas semaian.
Benih cili merah ini saya ambil dari cili kering yang ada kat kitchen saya:)

Tatkala saya menyemai anak benih cili merah di rumah.

Cara Penanaman Anak Pokok Cili Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Cara Menyediakan Benih Anak Pokok Cili Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Tinggalkan hanya sepokok.

Cara Mendapatkan Pokok Cili Yang Rimbun
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

Cara Penjagaan Pokok Cili dan Siraman
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Cara Membaja
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan
Di Ladang  - Gunakan rumput-rumput  kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan 
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak.  Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya. -Sumber info : Bumi Hijau

Pengalaman pertama tanam pokok cili di rumah:)

Sebenarnya, saya hanya sempat menyiram anak pokok cili ini seminggu sekali sahaja iaitu pada waktu hujung minggu.Pada hari biasa saya bekerja di Port Dickson.Sejak dua minggu ini, begitulah rutin saya dalam menjaga anak pokok cili ini.

Minggu pertama saya tinggalkan selama seminggu, anak pokok ini memang layu semuanya.Masa tu, saya dah mula risau dan datang rasa terkilan sebab tak dapat nak tengok pokok ini terus membesar.Namun, saya siram juga anak pokok yang layu itu pada sebelah malam. Sesuatu yang mengembirakan terjadi, pada keesokan pagi, apabila saya dapati anak pokok cili ini kembali segar dan seperti tidak pernah layu!

Anak sulung saya beritahu, sebenarnya anak pokok cili tersebut bukanlah hendak mati tetapi layu disebabkan kekurangan air.Alahai.Rasa bersalah pulak saya masa tu.Insha Allah, mulai minggu ini, saya akan bawa anak-anak pokok cili ini ke Port Dickson supaya mudah saya mengawasi pertumbuhan dan perkembangan anak pokok cili ini.

Keadaan anak pokok yang masih saya biarkan dalam bekas semaian kerana masih kecil.Ketika ini anak pokok cili ini berusia sekitar 2 minggu.

Ini pula anak pokok yang sama selepas minggu ke-4.
Alhamdulillah, seronoknya rasa tengok anak-anak pokok cili ini menghijau dan sihat kann.hehe.

Insha Allah, saya akan usahakan untuk pindahkan beberapa anak pokok cili dalam pot yang baru supaya tak berebut makanan dan cahaya matahari.Ceh..bajet macam petani moden gamaknya.haha.

Orait, jangan lupa nantikan lagi update saya tentang pertumbuhan anak pokok cili merah saya ni ya.Kalau ada readers yang ada pengalaman dan hobi yang sama macam saya, bolehlah kongsi pengalaman anda tanam pokok cili atau sayuran lain dalam ruangan komen:)

Boleh klik pautan ini untuk baca tentang kali pertama saya semai benih pokok cili dan cara saya pindahkan anak pokok cili ke pot yang baru.

  1. Cara DIY Tanam pokok Cili Di rumah
  2. Cara Pindahkan Anak Pokok Cili ke Pot Baru
Terima kasih baca update entry tentang Pokok Cili Merah di Blog Cik Matahariku.Sampai bertemu lagi:)

Post a Comment

6 Comments

  1. Assalammualkm syapn bru gk dlm bidang ini
    kali prtama best nmpk lada subisemua..

    ReplyDelete
  2. Masih baru dalam bidang penanaman biji benih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....pokok cili merah saya mula mengeluarkan bunga tapi masaalah nya dah hampir 2 minggu lebih kejadian rupa cili x kelihatan lagi cuma berbunga aja....soalan saya adakah pokok cili saya itu x akan mengeluarkan cili...setengah org kata pokok cili jantan x akan mengeluarkan cili...betul ke...konpius saya🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm puan, tahniah pokok cili sudah berbunga:) ada juga yang cadangkan jika terjadi seperti masalah puan, boleh cuba tabur baja buah atau siram pokok dengan larutan ajinomoto.Bgai masa lagi dua minggu, cuba tengok hasilnya nanti.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!