Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Proses Pindahkan Anak Pokok Cili Merah Ke Pasu Baru-Alhamdulillah.Haih.Seronoknya dapat cuti sebulan dan tambah lagi best sebab saya kini dapat kembali bersama dengan suami dan anak-anak dalam satu bumbung rumah.Syukur sangat-sangat.
Selain buat kerja mak-mak time cuti sekolah, saya juga berkesempatan memantau perkembangan anak pokok cili merah yang saya baru sahaja usahakan penanamannya di rumah.Dah macam pekebun sayur pulak den ni ha.kihkih.
Anak pokok cili merah yang sudah saya pindahkan ke pot baru ( botol recycle yang berwarna putih ) supaya lebih cepat proses tumbesarannya dan keperluan mendapat nutrien dengan lebih mencukupi.
pokok cili ini semakin tinggi dan hijau subur daun-daunnya.
pucuk daun juga tumbuh semakin banyak pada setiap dahan pokok cili
Sebenarnya, sejak berpindah rumah ke Bandar Springhill ni, semua anak-anak pokok cili yang saya tanam di rumah Selayang, saya angkut sekali ke sini.Mulanya Encik Suami macam buat muka jugak, masa saya bagitahu nanti kat rumah baru saya nak buat mini garden, tapi dalam diam saya perhatikan dia sayang jugak kat pokok cili saya yang semakin meninggi dan subur tu.kihkih.
Masa proses saya nak angkut pasu-pasu pokok cili ni masuk dalam kereta, Encik Suami yang gigih siapkan tempat yang selamat supaya anak pokok saya tak bertindih dengan barang-barang lain yang kami angkut sekali.Tersenyum sendiri dan terharu saya memerhatikan kegigihannya tu.muehehhe.
Inilah keadaan pokok cili yang saya bawa dari Selayang ke Bandar Springhill, masih elok dan steady je kan daun-daunnya.hehe.
Memandangkan banyak benda yang kami nak settlekan sejak berpindah masuk ke rumah baru, saya simpan dulu hasrat nak built up mini garden saya di sini.Jadi, saya usahakan untuk pindahkan mana-mana anak pokok cili yang semakin besar ke pot baru.Pot baru tu pula sebenarnya saya ambil botol-botol recycle yang ada dan saya adjust supaya boleh jadi pasu kecil.
Saya beli tanah hitam dari Tesco dengan harga hanya RM2.90 satu beg,kemudian saya masukkan dalam pot putih yang kecil tu.Bolehlah buat masa ini untuk saya pastikan anak pokok cili merah saya tu tak berebut air dan cahaya matahari.
Alhamdulillah, semakin banyak anak pokok cili yang berjaya saya pindahkan dari bekas semaian asal.
Saya juga sedang cuba usahakan untuk tanam pokok pandan yang saya bawa dari rumah mak Muar ( mak mertua). Asalnya saya letak anak pokok pandan ni dalam botol minuman mineral yang berisi sedikit air, kemudian bila tumbuh akar-akar halus berwarna putih, saya pindahkan ke atas tanah yang saya letakkan dalam botol recycle juga. Harapnya tumbuh elok juga pokok pandan saya nanti.aamiin.
Buat masa ini saya letak semua pasu-pasu pokok cili ni kat tempat parking kete ( garaj kereta ) kat rumah ni.Tu jelah tempat yang senang saya nak siram pokok ni dan juga mudah dapat cahaya matahari. Sebenarnya saya nak buat mini garden kat area balconi rumah, tapi buat masa ini macam kurang sesuai.InshaAllah, nanti saya update kalau saya dah built up mini garden saya ya!
Inilah tempat saya menyibukkan diri pada waktu pagi dan petang time cuti-cuti sekolah ni.
Harap perkongsian kali ini dapat beri idea dan ilham kepada readers yang baru sahaja berjinak-jinak nak berkebun macam saya ni.Selain berblog, berkebun ni antara hobi baru saya yang baru sahaja bermula sejak dua ke tiga bulan lepas.
Doakan saya mendapat manfaat yang banyak dengan hobi baru ini, begitu juga kepada readers blog ini, terima kasih kerana tidak jemu membaca entri di blog ini dan singgah ke blog saya tanpa jemu:)
Sampai bertemu lagi ya!
3 Comments
Tahniah.
ReplyDeleteBerbudi pada tanaman pasti ada hasilnya.
Alhamdulillah, terima kasih.Sebenarnya ada sebab istimewa mengapa tiba-tiba saya ingin mencuba bercucuk tanam ni, kalau ada masa saya kongsikan dalam blog ya:)
DeleteBestnyer, saya baru nak bermula excited tetiba banyak benih bercambah. Tapi tanah pulak tak cukup!
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!