Cara Mohon Sekolah Berasrama Penuh Bagi Murid Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2019

As Salam,
Cara Mohon Sekolah Berasrama Penuh Bagi Murid Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2019- Mesti ramai ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menghadapi UPSR pada bulan September ini tahu mengenai permohonan kemasukan pelajar ke tingkatan 1 pada tahun 2019 sudah mula dibuka di link ini : Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019-

Klik gambar untuk membuat permohonan atas talian sekolah berasrama penuh bagi murid tingkatan 1 tahun 2019 

Permohonan atas talian ini hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 September 2018.Sementara panggilan untuk mengikuti Ujian Kelayakan SBP akan diadakan dari 18 Oktober hingga 25 Oktober 2018 bertempat mengikut pilihan yang kita buat semasa mengisi permohonan atas talian.

Gambar anak kedua ( barisan belakang, kanan sekali ) bersama guru dan rakan sekelas
semasa sambutan Hari Raya di sekolah

Anak kedua saya antara calon yang akan mengambil UPSR pada bulan September ini.Asalnya saya berbelah bagi nak mohon kemasukan anak saya ke sekolah ini memandangkan keputusan percubaannya yang kurang memuaskan, tapi bila saya teliti panduan permohonan ini, tidak pula ada syarat khas atau kelayakan tertentu seperti mesti dapat 6A dalam percubaan UPSR tersebut, maka saya usahakan untuk memohon atas talian bagi pihak anak saya. 

Mungkin ada kalangan ibu bapa yang mahu mendapat gambaran lebih jelas, bagaimana cara permohonan atas talian ini dilakukan, jadi disini saya kongsikan apa butiran dan maklumat yang perlu para ibu bapa sediakan bagi memastikan permohonan kita diterima dengan mudah.

Cara Mohon Sekolah Berasrama Penuh Bagi Murid Tingkatan 1 Tahun 2019
Pertama sekali, yang penting kita atau anak kita tahu angka giliran dalam peperiksaan UPSR mereka nanti.Biasanya pihak sekolah ada beri kepada anak kita slip peperiksaan yang mengandungi butiran angka giliran.

sebelum buat permohonan atas talian, adalah lebih baik kita baca dulu panduan permohonan yang disediakan di bahagian menu dalam website KPM ni.

Panduan Am Permohonan Atas Talian
  1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
  2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT;
  3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
  4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
  5. UKSBP - Ujian kemasukan sekolah berasrama penuh (UKSBP) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh. UKSBPakan dilaksanakan dalam tempoh 15 hingga 18 oktober 2018. TIADA UJIAN ULANGAN akan dilaksanakan.
JENIS ALIRAN (SEKOLAH BERASRAMA PENUH)  
Jenis aliran adalah mengikut SBP pilihan pemohon berkaitan, berdasarkan kod keterangan di bawah:

Aliran Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah Geografi, Reka Bentuk Teknologi/ Asas Sains Komputer, Pendidikan Islam, Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab Komunikasi/ Bahasa Jepun/ Bahasa Jerman/ Bahasa Perancis/ Bahasa Cina Komunikasi/ Bahasa Korea)

Aliran Agama
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah Geografi, Reka Bentuk Teknologi/ Asas Sains Komputer, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jepun/ Bahasa Jerman/ Bahasa Perancis/ Bahasa Cina Komunikasi/ Bahasa Korea)

Tahfiz Model Ulul Albab
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah Geografi, Reka Bentuk Teknologi/ Asas Sains Komputer, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Hifz Al-Quran, Maharat Al-Quran, Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jepun/ Bahasa Jerman/ Bahasa Perancis/ Bahasa Cina Komunikasi/ Bahasa Korea).

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA - Tahfiz Model Ulul Albab)
Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA - Tahfiz Model Ulul Albab)?
  • Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?
  • Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.
Bagi saya pula, kami berminat untuk menghantar dan menyambung persekolahan anak kedua ke Aliran Tahfiz Model Ulul Albab.Memandangkan sebelum ini, kami menghantar anak ke sekolah integrasi aliran agama dan akademik, jadi kami mahu anak kami meneruskan persekolahan dalam aliran agama.InshaAllah, semoga Allah beri kemudahan dan sampaikan hajat-hajat kami ini.

Lagipun kami melihat kecenderungan dan kecemerlangan anak kedua terutamanya dalam subjek Bahasa Arab, Pendidikan Jawi dan juga menunjukkan pencapaian cemerlang dalam UPKK.

Apapun, semuanya kami hanya berusaha untuk memastikan anak kami mendapat pendidikan yang terbaik dari aspek duniawi dan ukhrawi, selebihnya kami serahkan kepada Allah yang lebih tahu manakah yang lebih baik untuk puteri kedua kami ini.

Selain itu, sebagai ibu bapa, sangat penting sekiranya anak anda mempunyai kebolehan dan kelebihan istimewa sebagai x factor yang dapat meningkatkan lagi peluang anak anda ke SBP. Berdasarkan panduan permohonan, ada dinyatakan garis panduan kebolehan dan pencapaian murid yang diperlukan seperti di bawah.

PANDUAN PENCAPAIAN KHAS / ISTIMEWA MURID 

1. ANUGERAH KEPADA MURID
  1.1 Tokoh Murid
  1.2 Tokoh Kokurikulum
  1.3 Murid Mithali
  1.4 Pengawas Terbaik
  1.5 Olahragawan/Olahragawati
  1.6 Murid Cemerlang Mata Pelajaran
  1.7 Anugerah Khas dari lain-lain agensi kerajaan atau swasta
  1.8 Tokoh Pembimbing Rakan Sebaya
  1.9 Lain-lain yang berkenaan
   
2. BAKAT YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN
  2.1 Pencapaian Bidang Muzik
  2.2 Koir
  2.3 Sajak
  2.4 Syair
  2.5 Lakonan
  2.6 Pidato
  2.7 Lain-lain
Jika mengikut pengetahuan saya, SBP di Malaysia 
   
3. KEBOLEHAN ISTIMEWA
  3.1 Pembaca Terbanyak (Anugerah Nilam)
  3.2 Bercerita
  3.3 Pembaca Sifir Terbaik
  3.4 Pembahas Terbaik
  3.5 Lain-lain
   
4. PENCAPAIAN KHAS
  4.1 Kuiz Kesihatan
  4.2 Kuiz Sains
  4.3 Melukis
  4.4 Mencipta laman-web
  4.5 Membaca Al-Quran
  4.6 Berzanji
  4.7 Lain-lain

Sempat juga saya teliti beberapa SBP bagi tujuan pemilihan sekolah yang kita mahu hantar anak kita nanti, saya dapati sekiranya anak kita mempunyai kelebihan tertentu atau ada mewakili apa-apa aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga peringkat negeri atau daerah, pastinya laluan anak kita akan lebih mudah ke SBP kerana kebanyakan sekolah SBP ini mempunyai etos atau kebitaraan yang tersendiri.

Misalnya, jika anak anda pernah mewakili sekolah dalam aktiviti pidato atau bahas sehingga peringkat daerah atau negeri, saya cadangkan pilihlah sekolah yang mempunyai kebitaraan atau cemerlang dalam aktiviti tersebut.Kemungkinan besar, potensi untuk anak anda dipilih ke sekolah tersebut lebih cerah.Ini adalah jangkaan fikiran saya sahaja.Mungkin juga Pengurusan SBP mempunyai kriteria tersendiri menetapkan kelayakan setiap murid.Apapun, Ujian Kelayakan UKSBP turut memainkan peranan penting dalam pengambilan murid.

Jika ibu bapa mempunyai pelbagai soalan berkaitan, ada juga disediakan FAQ yang membolehkan ibu bapa mendapat jawapan berdasarkan soalan-soalan yang kerap ditanya di pautan ini : Soalan Lazim Permohonan Atas Talian Pengambilan Tingkatan 1 dan 4 ke SBP-

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa yang berminat meneruskan persekolahan anak-anak peringkat menengah ke SBP. Insha Allah.


Post a Comment

3 Comments

  1. Salam cikgu....anak sy umur 12 thn tetapi bersekolah di sekolah tahfiz...yg tak ada pencapaian akademik....soalan sy bole lah anak saya memohon utk sekolah ini sbb tiada duduki upsr

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan, kalau mengikut kelayakan memohon ke SBP, antara syaratnya ialah menduduki UPSR dengan keputusan yang baik, jadi berdasarkan kelayakan tersebut, saya dapati anak puan tidak memenuhi syarat kelayakan memohon yang diperlukan untuk ke SBP.

      Delete
  2. Kalau x dpt.xde cara lain ke tuk memohon?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!