Resepi Dan Kisah Brownies Kesukaan Keluarga

As Salam,
Brownies Juga Pujaan Kami Sekeluarga- Saya dan anak-anak memang suka akan pelbagai jenis dessert. Baru-baru ini, saya ada order Brownies dari teman sekolah.Sungguhlah orang kata, Brownies ni asalnya kek coklat yang tak jadi, tapi bagi saya, kepekatan rasa dark coklat daripada brownies ni memang sukar untuk di lupakan.haha.

brownies dengan topping nutella dan caramel, memang mengujakan sesiapa sahaja yang dapat menikmatinya.Thanks to Kak Haizah, salah seorang Cikgu Bakers di sekolah saya:)

Kak Haizah ni memang tiap hari buat pelbagai kek, ko tinggal order je nak makan kek yang mana.Tambah lagi kalau ekau orang Podeksen ( Port Dickson), mehle order dengan kak Haizah ni.Saya dah cuba kek Marble, Kek Coklat moist, Brownies, Blueberry and Oreo Cheesetart dan Kek Carrot.Boleh add dia kat fb, lepas tu ko pm tepilah dia ya:)

Semasa sedang menyiapkan order saya ni, Kak Haizah sempat bertanya melalui wassap sama ada saya mahu tulis apa-apa perkataan atas brownies saya.Saya beritahu, tak payah tulis apa-apa, saya order sebab nak makan anak-beranak.kikih. Sampai macam tu sekali keinginan nak makan Brownies kann.

Tekstur brownies yang nampak padat tapi sangat moist bila masuk ke mulut.Alhamdulillah.

Kat bawah ni saya kongsikan resepi Brownies sukatan cawan, untuk mudahkan saya sendiri kalau teringin nak buat Brownies sendiri kat rumah.heheh.Insha Allah. Korang pun boleh cuba buat sebab depa kata senang je buat Brownies ni, tambah lagi kalau dengan sukatan cawan.Nak tahu sonang ke idak, ekau memang kena cuba buat sendiri lah jawabnya.

Resepi Brownies Kedut Dengan Sukatan Cawan
Sumber resepi : Azlina Ina
Bahan-bahan 
350g coklat masakan
250g butterlite atau buttercup atau margerine (1/2 cawan)
4 biji telur gred A atau B
1 cawan gula perang
1 3/4 cawan tepung self rising blue key ( kalau guna tepung gandum tambah 1 sk baking powder
sedikit esen vanilla
4sb serbuk koko

Brownies ni nampak sedikit chewy kann.Macam cloud nine pun hado ko.:)

Cara-cara Menyediakan Brownies Yang Betul
  1. Cairkan butter dan coklat masakan dengan menggunakkan teknik double boil
  2. whisk kan gula perang dengan telur dan esen vanilla
  3. Masukkan coklat yang dicairkan kedalam bekas telur dan gula perang tadi,masukkan ketika coklat masih panas.
  4. Masukkan 1 3/4 cawan tepung naik sendiri dan whiskan 
  5. Selepas tu masukkan 4 sudu besar serbuk koko dan whiskan sehingga adunan sebati
  6. Masukkan adunan brownies ke dalam loyang yang telah dilapik baking paper
  7. Bakar brownies pada suhu 170c selama 40 min dengan api atas bawah.
  8. Bila masak, renggangkan pintu oven dan biarkan brownies dalam oven 10 min.
  9. Potong brownies bila brownies betul-betul sejuk.
Brownies time ni terletak elok dalam kotak, excited anak-anak dengan mak budak nak ngap.kiki.Pic brownies yang saya share ni ialah air tangan cikgu kat sekolah saya yang juga seorang bakers.Resepi yang saya kongsikan pula, resepi yang saya cari sendiri untuk kemudahan saya bila teringin nak belajar buat brownies sendiri nanti

Orait, kalau anda mahu mencuba resepi ini, bolehlah mencubanya.Jangan lupa kongsikan dengan saya kalau Brownies korang menjadi lawa kedutnya ya:)

Post a Comment

0 Comments