As Salam,
Majlis Graduasi Tahun 6 Puteri Kedua di SKKBSR, Port Dickson-Seingat saya, kali pertama saya menghadiri Majlis Graduasi sekolah rendah, ketika saya menjadi guru di SERI AL Huda, Gombak, sekitar tahun 2004.Ketika itu, masih lagi guru baru dan sedang pregnant anak sulung.
Buku Program bersama doorgift Majlis Graduasi sekolah saya:)
Saya dan puteri kedua, Nur Iman Saqeenah pada Hari Graduasi Tahun 6 di sekolah.
Saya melihat program Graduasi bagi murid tahun 6 ketika itu sangat simbolik dan "terlalu awal" untuk diraikan.Cuma positifnya, ia dapat menguatkan semangat belajar dan mahu berjaya dalam diri murid dan menganggap acara graduation itu adalah moment manis dan indah untuk dikenang, apatah lagi jika kita benar-benar sudah berpenat lelah bagi mengengam skroll di tangan:)
Jika dua tahun lepas, saya dan Encik Suami meraikan graduation day Puteri Pertama kami di Experimental Hall, UIAM, kali ini majlis Graduasi Tahun 6 puteri kedua kami di adakan di sekolah sahaja, lebih sedih tanpa si Ayah menyaksikannya bersama-sama:(
Boleh baca kat sini moment kak Iman meraikan Hari Graduasinya: Graduation Day Kak Iman Di Seri Al Huda-
Jika dua tahun lepas, saya dan Encik Suami meraikan graduation day Puteri Pertama kami di Experimental Hall, UIAM, kali ini majlis Graduasi Tahun 6 puteri kedua kami di adakan di sekolah sahaja, lebih sedih tanpa si Ayah menyaksikannya bersama-sama:(
Boleh baca kat sini moment kak Iman meraikan Hari Graduasinya: Graduation Day Kak Iman Di Seri Al Huda-
Meraikan Eqin pada Majlis Graduasinya di photobooth yang disediakan oleh AJK pentas dan backdrop sekolah saya
Kini,giliran anak kedua saya yang dipanggil sebagai Eqin dalam keluarga, meraikan Hari Graduasinya.Sebenarnya terasa sangat sebak, bila saya hantar gambar Eqin kepada ayahnya yang sedang bekerja, Encik Suami sekadar menghantar emoji "menangis" sebagai balasan.
Di atas pentas bersama Eqin selepas Majlis Graduasi selesai
Yelah, ketika meraikan Graduasi si Kakak, dua tahun lepas, kami meraikannya bersama.Bezanya, Majlis Graduasi Eqin, tidak melibatkan ibu bapa, hanya bernasib baik bagi saya kerana Eqin bersekolah sama dengan tempat saya berkhidmat.Dapatlah peluang bergambar bersama dalam pakaian graduan:)
Bersama Eqin ketika majlis belum bermula:)
Eqin lahir sebagai anak kedua yang mempunyai ragam dan attitude yang tersendiri. Bagi saya, dia anak kami yang istimewa kerana kelebihan yang ada padanya yang tidak dimiliki oleh adik beradik yang lain.
Yup, dia memang malas belajar dan kalau dia kena paksa ulangkaji pelajaran sekalipun, dia akan melakukannya sambil menonton televisyen di ruang tamu.hahaha.Dia memang geng gaduh dan selalu kena bebel dengan saya kalau bab belajar.
Eqin bersama guru dan rakan sekelas 6 Arif di SKKBSR, Port Dickson
Keistimewaannya ialah apabila result peperiksaannya keluar, dia dengan mudah mendapat straight 8A dalam UPKK dan SPRA ( peperiksaan yang diambil ketika di sekolah SERI AL Huda, Gombak) bagi semua lepasan sekolah rendah ABIM di seluruh Malaysia.Sehingga anak ketiga bertanya, macam mana Kak Eqin boleh dapat result bagus macam tu walau tak belajar, saya sekadar ketawa dan menjawab begini.
"Kak Eqin Allah bagi keistimewaan, belajar sikit dah faham.Tapi kita kena belajar banyak dan tekun baru faham, sebab Allah nak bagi pahala lebih kat kita kalau kita sabar dalam menuntut ilmu".
Walau macam manapun, dia seorang kakak yang boleh diharap di rumah.Kalau adik-adik minta dimasakkan telur goreng atau dibuatkan maggi goreng, dialah yang selalu saya harapkan.Semua anak pun ada keistimewaan tersendiri bukan?
Bersama Eqin sebelum acara menerima skroll di atas pentas
Eqin bersama rakan sekelas, yang juga anak-anak rakan guru di sekolah saya:)
Bersama rakan guru dan anak masing-masing, meriah betul kann? Boleh pulak satu kelas semua anak cikgu-cikgu ni:)
Sehingga hari peperiksaan UPSR semakin hampir, Eqin masih relax dan tak tunjuk semangat nak menghadapi peperiksaan.Sabar sahajalah.Kami sedang menunggu keputusan peperiksaan UPSR Eqin yang akan diumumkan pada hujung minggu ini.Doakan kejayaan cemerlang buat puteri kedua saya ya!:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!