Friday, November 02, 2018

November Yang Manis : Blog Cik Matahariku Capai 34 Juta Pageviews

As Salam,
November Yang Manis : Blog Cik Matahariku Capai 34 Juta Pageviews-Alhamdulillah. Agak menarik juga berita gembira ini, tatkala saya hanya sempat buka dashboard Blogger pada sebelah malam dan melihat angka pageviews blog sudah bertukar dari angka 33 juta pageviews kepada 34 juta pageviews.

Pageviews Blog Pada November 2018-Capai 34 Juta Pageviews

Teringat time mula-mula blog saya capai 1 juta pageviews, saya ada kongsikan dalam entri ini : Blog Cik Matahariku Capai 1 juta pageviews-masa itu merupakan tahun ketiga saya berblog, memang banyak benda yang saya belajar dari blog Blogger lain, belajar buat tutorial sendiri, tukar template sebab nak tiru macam template Blogger lain yang lawa-lawa dan menarik.haha.Masa tu, banyak masa dihabiskan depan laptop sebab tengah kemaruk nak bangunkan blog.

Dapat pula, kemudahan internet yang laju di rumah.Kena pulak time cuti sekolah panjang.Memang heaven rasanya.Tapi secara peribadinya, kepuasan berblog itu datang apabila ada pembaca yang benar-benar mendapat manfaat daripada informasi  dan mendapat nilai tambah daripada perkongsian kita dalam blog.

Pembaca Beri Isyarat Blog Kita Diterima atau Tidak
Jujurnya, bila ada pembaca blog yang sanggup hubungi kita atau wassap kita semata-mata ingin berkongsi resepi yang mereka dah cuba dari blog ini.Ada yang bertanya lebih lanjut, ada yang kongsi gambar resepi yang menjadi di instagram dan tag nama kita dan macam-macam lagi.

Ini semua, bagi saya adalah petunjuk bahawa blog saya mendapat tempat dihati pembaca. Alhamdulillah.Tambah lagi kalau ada yang beri komen terhadap entri yang kita publish dalam blog.Saya melihat ini semua sebagai penghargaan daripada kalangan pembaca terhadap keberadaan Blog Cik Matahariku di persada dunia Blogging Malaysia.Ceh gitu.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang melawat dan singgah di blog ini.Saya sedaya upaya berkongsi pelbagai kisah yang dapat beri nilai tambah kepada pembaca blog dan berharap saya tidak perasan atau berlebih-lebihan tatkala menulis hal-hal personal dalam blog sendiri.huhai.

Dengan pageviews bulanan mencapai 1 juta pageviews, saya melihat kejayaan ini bukanlah untuk dibangga-banggakan tetapi sebagai dorongan kepada diri sendiri supaya lebih bagus dan istiqamah membangunkan blog dengan visi dan impian yang lebih jelas.InshaAllah.aamiin.

Rahsia Berblog Dengan Pageviews Juta-juta sebulan
Sebenarnya, bukanlah rahsia sangat.Yelah, dah korang baca ni, satu Malaya bakal heboh dengan status post di blog saya kali ini.kikihkih.Terus terang saya akui, artikel dalam blog ini hampir semuanya adalah tulisan dan fikiran saya sendiri ( dengan izin, ilham dan petunjuk Ilahi ).Elakkan dan jangan sekali-kali copy paste bahan atau maklumat dari sumber lain melainkan kita nyatakan sumber yang kita kongsi dalam blog.

Antara resepi cara buat Begedil kentang yang saya kongsi cara membuatnya step by step dalam blog. Walaupun banyak je Blogger lain buat begedil kentang macam saya, tapi saya akan usahakan Begedil kentang yang saya kongsikan ini betul-betul mudah dan membantu pembaca untuk belajar membuatnya sendiri di rumah:)

Artikel di Blog Cik Matahariku berada di rangking first page enjin carian Google

Selain publish post dengan kandungan original, saya juga sentiasa cuba menulis post dengan kadar panjang patah perkataan sehingga 200-300 patah perkataan ke atas.Inilah yang Google mahukan.Bila kita menulis sesuatu artikel dengan panjang perkataan yang disukai Google, maka banyak artikel daripada blog kita akan berada di first rangking page enjin carian.Mendapat tempat di halama pertama enjin carian Google bukanlah mudah.

Saya banyak tiru macam mana Blogger otai yang pakar dalam SEO menulis blog mereka.Dengan skill penulisan yang dipelajari, lebih mudah untuk kita menguasai rangking first page di enjin carian Google. Kenapa ini semua penting? Logiknya mudah sahaja.Kita tulis dan buat blog, supaya ada readers atau pelawat yang datang dan baca blog kita.Sebelum itu, pembaca kebanyakannya akan mencari pelbagai maklumat tentang pelbagai masalah atau info yang mereka perlu.Pada halaman pertama enjin carianlah mereka akan klik mana-mana tajuk yang sesuai dengan keperluan mereka.

Dari sinilah blog kita akan mula dilawati pelbagai jenis pembaca dan manusia.heheh.Panjang lebor akak ko ni menulis tentang seo, serp dan macam-macam lah.

Dah cukuplah setakat ni dulu.Mengantuk pulak taip blog sensorang ni.Thanks for reading this entry:) Sampai jumpa lagi:)

RANDOM POST :

4 comments:

  1. Tahniah CM .... moga terus sukses ....
    Betullah kan bila ada yg feedback dgn penulisan kita mmg ianya akan jadi semangat untuk terus berkarya gitu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih sis.kadang-kadang dengan feedback dari readers kita tahu bahagian mana penulisan kita yang perlu dibaiki.

      Delete
  2. First of all I want to say fantastic blog! I
    had a quick question that I'd like to ask if you don't mind.
    I was interested to know how you center yourself and clear
    your thoughts prior to writing. I've had a tough time
    clearing my mind in getting my thoughts out.
    I truly do enjoy writing however it just seems like the first 10 to 15 minutes
    tend to be lost simply just trying to figure out how to begin. Any suggestions or tips?
    Thank you!

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)

RANDOM POST