Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pejam celik pejam celik akhirnya sempat dan sampai jugak Pageviews Blog Cik Matahariku ke 1 Juta.Yay! Alhamdulillah.Sangat happy dan bersyukur kerana dengan izin dan kehendakNya saya"terjebak" dalam dunia blogging ni.Pheww.
Blog Tempat Mencurah Rasa
Blog ini ibarat tempat saya menumpahkan rasa dan berkongsi info yang saya ada.Mula-mula berblog memang belajar sendiri-sendiri je.Banyak eksperimen dah saya buat dekat blog ini.Ada yang berjaya dan berkesan.Ada juga yang kurang berjaya dan langsung tak beri kesan.hoho.
Apapun, saya sepatutnya berterima kasih banyak-banyak kepada sesiapa sahaja dan mungkin juga termasuk anda yang sudi singgah dan membaca entri-entri saya dalam blog kecik ni.I juta pageviews itu sebenarnya daripada anda semua yang mungkin sesat ke blog ini dan mendapat apa yang anda cari atau inginkan, atau anda membaca blog saya senyap-senyap ( sebab tak tinggal komen..) atau anda memang memilih blog ini sebagai santapan minda..Tuhan sahaja yang maha mengetahui!
Pengalaman Buat Blog Sendiri
Berapa lama sudah saya berblog? Orang lain dah lama capai 1 juta pv ni.Saya baru nak bikin havoc.huhu.Ok.Saya mula buat blog pada tahun 2010.Tapi cuma buat je.Takdepost apa-apa pun.Sebabnya tak tahu nak post apa masa tu.hehe.
Masuk tahun 2011, time tu pregnant anak ke-4, rasa macam banyak rehat dan masa lapang, jadi kembali tengok blog.Dan secara rasminya pada Julai 2011, barulah saya hantar Post Pertama.Yang kelakarnya, baru je publish, sibuk tengok dashboard dan nak tahu, ada dok orang baca post aku ni..hoho.
Padahal, takde pun buat blogwalking dan promosi blog, manalah ada orang nak tahu blog kita kan..Sedikit demi sedikit saya belajar memperbaiki diri dan menambah ilmu dalam blogging. Sampailah sekarang, masih lagi berusaha belajar mengenai dunia blog.
Terima kasih & Doakan Saya
Sekarang ni, kira masuk tahun ketiga saya sebagai Blogger.AlHamdulilah:) Doakan saya tidak berhenti menulis dan terus diberi kekuatan berkongsi idea, pandangan, informasi dan apa sahaja hal-hal baik kepada anda.aamiin.terima kasih semua..:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!