Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Nasi Lemak Lebih Sedap Dari Biasa

As Salam,
Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Nasi Lemak Lebih Sedap Dari Biasa- Apa lagi yang mak-mak akan buat time cuti sekolah ni kalau tak marathon kat dapur around the clock.huhu.Kadang tu siap sound kat anak-anak, mama dah masak sekali harung dari pagi, pandai-pandailah korang adjust perut tu tang bila nak breakfast atau lunch mahupun dinner.Bajet mak mengelat macam nilah.kihkih.

Orait, post kali ini nak kongsi cara saya buat sambal tumis.Resepi ni bukanlah air tangan saya sendiri melainkan dengan tunjuk ajar Mak Muo time saya baru-baru kahwin dulu.Sadis betul time tu.Buat Sambal tumis yang simple dimple tu pun tak reti.huhai.Bertabahlah kalau korang pun geng macam saya ni ya.

sambal tumis ikan bilis
Nak kata perasan tu, bolehlah jugak.InshaAllah, anggaplah ini adalah pilihan resepi sambal tumis ikan bilis  yang termasuk dalam kategori sodap bak hang!heh.

Kalau ikut kisah silam saya belajar buat sambal tumis ni, bukan setakat sekali dua masak terus menjadi.Dari mula terkial-kial nak make sure sambal ni dah pecah minyak ke belum, dah cukup manis dan masin masam ke belum, dah lulus kat tekak Encik Suami ke belum dan banyak lagilah.huhai.

Sampailah satu level, bila mak mertua, Encik Suami dan anak-anak juga ahli keluarga mulai mengemari sambal tumis air tangan saya, barulah saya confiden nak kongsikan cara saya buat sambal tumis ni dalam blog.

Sebenarnya taklah tara mana pun, just simple step dan yang paling saya suka dengan sambal tumis ajaran Mak Muo saya ni ialah penggunaan bawang merah yang agak banyak.Inilah rahsia kenapa sambal tumis ini menjadi tersangat sedap:)

nasi lemak paling sedap
Sambal tumis nasi lemak lebih sedap dengan resepi yang saya kongsikan ini:)

Kenapa Sambal Tumis Nasi Lemak ini lebih sedap dan Tahan lama ?
  1. Bawang kecil, ikan bilis  dan bawang putih ditumbuk atau blend kasar supaya kita dapat rasa sambal sebenar, bukan hanya rasa cili kering yang diblend sahaja.
  2. Bawang besar digoreng terlebih dahulu sehingga naik bau bersama minyak yang sudah panas.Ia akan membangkitkan aroma sambal lebih mantap.Rasa sambal lebih manis bukan dari gula semata-mata:)
  3. Pes atau perahan asam jawa menjadikan sambal ini harmoni dengan rasa manis.Berbeza dengan penggunaan asam keping, yang kadang-kadang kita terlupa nak keluarkan dari kuali, ia akan meningkatkan rasa masam sambal tumis kita.
  4. Penggunaan air masak yang minima sahaja.Sambal tumis yang sedap tidak berair tetapi menunjukkan "pecah minyak" yang maksima.Guna air yang minima supaya sambal tahan lebih lama.
sambal tumis resepi sedap
Orait,  pic kat atas tu adalah bahan utama yang saya gunakan bagi membuat sambal tumis ikan bilis yang sedap, berlemak manis, masam dan masin yang secukup rasa:) 

Resepi Sambal Tumis Secukup Rasa ( Just Nice )
Resepi asal : Mak Muo Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
satu gengam setengah ikan bilis
2 labu bawang besar
3 cawan cili kering blend ( buat banyak sebab sambal akan tahan lama)
1 sudu  kfc/ sudu teh pes Asam Jawa Adabi Extra
6 sudu makan gula 
Garam secukup rasa
Minyak yang secukupnya 
1 cawan setengah air

Ini juga salah satu tips sambal tumis menjadi lebih sedap iaitu korang kena rajin sikit tumbuk segala mak nenek bawang dan ikan bilis sekali.Setengah gengam bilis tu ko goreng siap-siap.Selebihnya ko kena tumbuk beb.tumbuk jangan tak tumbuk.Nak bagi cepat lumat, ko tabur garam sikit, nescaya mudahlah kerja-kerja menumbuk tu.Kalau nak lagi senang, ko tak payah tumbuk.Mintaklah anak-anak yang tengah cuti sekolah tu tolong ko.Baru depa belajar kehidupan sebenar .heh.

Cara Menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis Yang Sedap
  1. Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dengan lesung batu. Boleh jugak blend kalau korang tak mampu, tapi blend kasar je.
  2. Hiris bawang besar.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya anggaran satu cawan suku atau lebih.
  4. Goreng ikan bilis segengam dan asingkan.Kemudian goreng pula bawang besar yang dah siap hiris tadi.
  5. Masukkan bahan yang sudah ditumbuk atau blend tadi.
  6. Kacau sampai naik bau bawang kemudian masukkan pula cili kering yang dah blend.
  7. Biarkan sebentar.Masukkan gula, garam dan perasakan.Masukkan pes asam jawa.
  8. Masukkan air dalam satu cawan setengah.Kacau dengan perlahan.
  9. Kecilkan api dan biarkan sambal tumis sampai pecah minyak.
  10. Taburkan ikan bilis goreng dalam kuali dan kacau sebentar.
  11. Warna sambal akan berubah merah gelap jika ia sudah pecah minyak.
  12. Cili kering hendaklah direbus terlebih dahulu sebelum diblend supaya sambal tahan lama dan perut tidak meragam jika sambal yang dimasak tidak cukup lama.
Sambal tumis baru sahaja mendidih dan warnanya menunjukkan ia belum pecah minyak lagi.

warna sambal semakin cantik.Masa ni biarkan api kecil sahaja dan sambal dah menunjukkan tanda hampir pecah minyak.Masa part ni kita boleh rasa dah manis, masam dan masin atau belum sambal kita.Practise make perfect:)

sambal tumis pau sambal
taraa.dah siap sambal tumis kita.Masa ni ko dah boleh fikir nak buat apa dengan sambal ni.Banyak benda kita boleh matchkan sambal tumis ikan bilis ni.Antaranya kita boleh makan dengan nasi lemak, bihun goreng, ubi rebus, lempeng, sambal telur rebus, pau sambal dan banyak lagi.

Bagi saya secara personal, memasak itu sebenarnya seni individu.Sebab kekadang ko rasa dah sedap sangat sambal tumis yang ko masak, eh, tetiba orang lain rasa, tak sodap punn.Kalau bab ni, saya pun tak berani jamin sambal tumis yang saya kongsikan ini paling sedap, tapi tiada siapa yang nak marah kalau kita nak try buat ikut resepi ni kann.Apalagi, korang cubalah:)

Selamat mencuba dan semoga berhasil menyediakan sambal tumis seperti yang anda inginkan:)


Post a Comment

5 Comments

  1. Masakan yang sedap, sampai bila2 pun akan teringat2 heheeee... salam Jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..alhamdulillah sis.betul tu, kita makan kat mana-mana pun, kalau dapat rasa macam yang kita bayangkan, wahhh..memang heavenlah..:)

      Delete
  2. Kena cuba ni...tgk gambar pun dah mengancam..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sis, teringat masa first time rasa sambal tumis mak mertua saya, enaknya tak terkata! sejak itu saya belajar buat sambal tumis yang sedap, cubalah resepi ini, pasti tidak menghampakan:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!