Jom Bercuti Ke Genting Highland!

As Salam,
Jom Bercuti Ke Genting Highland!-Baru-baru ini, seorang kenalan, saya bernama Dahlia, berkongsi pengalamannya pergi bercuti ke Genting Highland. Seriously, saya belum pernah ke sana dan teringin sekali untuk menikmati percutian di sana.Wahh, bila baca story mory Dahlia ni, rasa nak pergi sekarang jugak sebab banyak tempat best yang kita boleh lawat walaupun hanya dalam Malaysia.

Snow world Genting Highland-bolehlah kita feel ala snow white kat sini gitu..kihkih-

Apa lagi yang orang pompuan macam kita ni suka selain shopping? Yeahh.Genting Highland juga salah satu port shopping yang korang patut masuk dalam list.haha.

Orang-orang Lembah Klang yang busy bekerja, mesti korang nak getaway at least dalam seminggu tu. Kalau nak lari dari kesibukkan bandar ni saya ada nak suggest kat korang untuk pergi bercuti masa weekend nanti. Tak jauh pun dari Klang Valley, nama tempat tu ialah Genting Highland. 

Haa tak jauh kan. Senang nak ke sana, korang boleh drive, jalan dia pun selamat cuma jangan la buat macam Tokyo Drift. Nak naik teksi atau bas pun ada. Senang dan dapat jimatkan kos dari korang nak pergi luar negara. Sudah semestinya korang terpikir nak bermalam kat mana kan? Saya cuba share kat sini beberapa hotel yang korang boleh stay for the weekend. 


Genting Premium Outlets-tempat shopping best barang branded:)


Yang first sekali mestilah First World Hotel. Location dia memang cun sebab kat sebelah SkyAvenue, tempat shopping and tempat untuk bawak anak-anak enjoy. Cable car Awana Skyway pun ada kat sebelah je kalau korang plan nak pegi ke Genting Premium Outlet untuk shoppind barang-barang branded. Hotel ni adalah hotel terbesar sebab diorang pegang rekod World Guiness of Record so kalau korang tak focus boleh sesat woo.

Staff dia pun agak friendly cuma bilik dia kecik sikit. Tapi kalau dah kat genting takkan korang lepak bilik je kan. Awana Hotel mesti korang kenal kan. Salah satu hotel yang dah bertapak lama kat Genting. Sedikit ke bawah dari puncak. Ini adalah tempat yang nice untuk menjadi sama ada korang pengembara solo, keluarga, atau atas hal bisnes. 

Sky Avenue Genting Mall-Kat sini je macam-macam tempat best korang boleh visit eg: Dinosaur rides, zombies, oddities and a trick art museum.

Hotel ni mewah, sangat mesra pengunjung dan style. Kawasan dia besar, customer service yang terbaik, makanan pun ada pelbagai. Ada free wifi kat setiap sudut hotel so its a great news untuk yang kaki pegang smartfon je. Mempunyai padang golf sendiri, menunggang kuda, memanah dan banyak lagi. Kondo sini besar sekali lagi dengan view yang indah dan decor yang sangat menarik dan indah. Better stay sini lama sikit untuk korang enjoy the view yang nyaman dan indah. 

Next is Grand Ion Delemen Hotel, bilik yang agak selesa dan besar dengan view yang menarik kat bukit Genting serta bufet sarapan pagi yang sedap dan mengenyangkan. Saiz ruang makan sangat besar cukup untuk crowd hotel yang ramai. Kat sebelah ruang makan ada taman dan indoor swimming pool untuk adults dan kanak-kanak. Ada juga ruang kecik untuk taman permainan kanak-kanak di tingkat 6. Senang juga untuk korang setelkan hal Check in dan Check out sebab staff kat sini effisien. 

Twentieth Century Fox Theme Park di Genting

Experience yang akan korang dapat kat sini boleh dikatakan hingga mencium jari muahhhh. Kalau korang nak stay kat tempat yang jauh dari segala noise yang ada, korang boleh check it out Seri Malaysia Genting Highland. Kat sini bilik dia besar, dengan keadaan yang kemas dan selesa dengan harga yang lebih rendah compared dengan other hotel in Genting Highlands. Choice of food pon kira okaylah, sesuai dengan rate yang korang bayar. 

Selain tu, korang boleh pergi shopping kat Genting Premium Outlet sebab dekat je dengan hotel ni. So jimat kat hotel, belanja besar kat shopping. Haha. Genting Grand pulak adalah destinasi bagi korang yang pentingkan kepuasan, gaya dan eksklusif. Sebut camtu je mesti korang menggigil nak tau rate dia kan. Tapi kalau ada extra apa salahnye kan. Digabungkan dengan jaminan bahawa selesa macam kat rumah dengan perkhidmatan yang sempurna dan kemudahan ekslusif. 

Ada orang kata bila korang stay kat sini umpama korang dah rasa syurga dunia. Kalau nak tau betul atau tak korang book la situ. Saya nak nasihatkan kat korang kalau nak book hotel yang saya ceritakan tadi korang book melalui Traveloka, web app atau apps untuk fon korang. Dijamin selamat dan senang nak guna dengan banyak review yang ada untuk tolong korang buat pilihan. Korang boleh jugak compare antara hotel kat situ. 

Experience best dari Dahlia ni saya harap dapat guide korang pilih percutian best kat Malaysia, especially kat Genting Highland.Dekat je kot:) 

Sumber gambar : Ihsan Google-

Post a Comment

3 Comments

  1. nice info but... lebih sopan kalau 'korang' tu di ganti dengan 'anda'...

    ReplyDelete
  2. Looks like a wonderful trip. From this info I saw that Grand Ion Delemen Hotel provides free shuttle bus to First World Hotel. Is it true?

    ReplyDelete
  3. wah bestnya baca pegi genting...teringin jugak nak pegi lepas2 covid ni...tq sharing

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!