Pageviews Blog Cik Matahariku Capai 35 Juta PV- A Meaningfull of Year 2018:)-

As Salam,
Pageviews Blog Capai 35 Juta PV- A Meaningfull of Year 2018-Tatkala melihat views blog all the time kat Dashboard Blogger, saya hampir menjerit kegembiraan. Rasanya baru bulan lepas saya kongsikan dekat post ini : November Yang Manis-akan pencapaian blog ini yang mencapai 34 juta pageviews.Alhamdulillah, kali ini, meski Disember baru menjengah hari yang ke-6, saya mendapat perkhabaran yang mengembirakan sekali lagi apabila dengan izinNya, blog ini mencapai 35 juta pageviews.

Pageviews Blog Cik Matahariku capai 35 juta PV pada Disember 2018:)

Happy or not? Pasti saya happy untuk blog ini dan dedikasi juga kepada suami dan anak-anak yang secara tidak langsung turut menyokong usaha dan minat saya dalam membangunkan blog kecil ini.Kepada anda juga, yang mungkin pertama kali mengenali Blog Cik Matahariku, atau mungkin juga anda yang sedang membaca entri di blog ini, yang tak pernah jemu melawat dan meninggalkan komen di blog, saya sangat-sangat menghargainya.Terima kasih banyak-banyak semua:)

Pageviews Blog Capai 35 Juta PV- A Meaningfull of Year 2018:)-

Bagaimana family menyokong usaha saya dalam berblog?
Sebenarnya, saya tidaklah punya masa tertentu yang saya khususkan untuk berblog di rumah.Asalkan saya sudah siapkan semua urusan rumahtangga, maka barulah saya akan menghadap laptop untuk berblog.Owh. saya agak old school ya, saya tak reti menaip dan publish post melalui apps Blogger mobile.hehhe.

Anak-anak pun turut bagi pendapat,jika ada post saya yang memerlukan pandangan dan kerjasama merekaMisalnya, time shoot gambar di rumah, khasnya bila saya nak buat post tentang makanan yang saya sediakan di dapur.Ada sekali tu, anak-anak sanggup tunggu saya habis shoot gambar kek oren yang panas-panas, sebab saya kata tunggu mama habis ambik pic dulu-haha.

pic kek oren  yang masih panas-panas dan anak-anak terpaksa tunggu sampai saya habis shoot baru boleh ngap.haha. 

 Nampak je macam mudah ambik pic untuk tatapan readers blog, tapi saya agak cerewet dan hanya pilih pic yang lawa dan berkesan je untuk dikongsikan kepada pembaca blog.ceh gitu.tapi nak tanya, lawa ke pic yang saya share kat blog ni?huhu.

kalau pic pasal makanan, saya pentingkan eviden sebenar akan hasil resepi yang saya kongsikan.Kalau saya kata kek oren ni sedap dan moist, maka saya akan pastikan hasil kek yang saya kongsikan sama seperti yang saya sediakan:)

Tu belum lagi si bapak yang sometimes suka kacau time saya sedang menaip di blog.ishh.

Memandangkan saya suka kongsi resepi dari kitchen saya,anak-anak dan suami adalah juri terbaik masakan saya di rumah.Bukan semua yang saya masak di rumah ni mendapat approval dari Encik Suami.Jadi, yang approve sahaja yang saya berani kongsikan dalam blog ini.heheh.

Encik Suamiku yang mempunyai taste agak tinggi dalam bab makanan.Dalam pada tu, bersyukur juga kerana Allah lorongkan jalan melalui ibu suamiku lah, den banyak belajar memasak.Thanks God:)

Pageviews Blog Capai 35 Juta PV- A Meaningfull of Year 2018:)-
Secara peribadi, tahun 2018 banyak mencatat moment indah dan kenangan manis dalam perjalanan hidup saya sekeluarga.Perkara terbaik yang berlaku dalam hidup kita ialah apabila apa yang kita ingini dalam hidup ini sama dengan apa yang Allah mahukan ia berlaku dalam hidup kita.Semuanya pasti tidak sia-sia dan ada hikmahnya yang tersendiri.

Tips Berblog?
Bagi saya, dalam apa pekerjaan atau apa-apa yang kita usahakan, minat yang mendalam atau passion kita terhadap usaha yang kita lakukan sangat penting dan sangat utama.Jarang sekali kita dapat melakukan sesuatu dengan sehabis baik dan paling cemerlang jika tidak hal itu adalah perkara yang kita sukai bukan?

Menyukai sesuatu tanpa paksaan adalah satu perasaan anugerah Allah.Minat dan kesukaan saya terhadap "menulis sesuatu" telah bermula seawal saya mendapat pujian dan hadiah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tatkala usia saya 9 tahun ( darjah 3).Kali pertama karangan atau cerita saya dibacakan dalam kelas iaitu tentang seorang Putera raja yang menyelamatkan seorang puteri yang terjatuh dari atas kuda.Masa tu, buat karangan bergambar.Nostalgia betul ni.haha.


Saya tidak tahu saya terus menulis kerana pujian guru itu atau memang saya berbakat dalam penulisan.Anda mungkin ada jawapannya:)-

Orait, dalam banyak hal, saya menganggap ini rezeki pemberian Allah swt dalam usaha saya berblog.Semoga Allah sentiasa menguatkan jiwa dan kemahuan saya untuk terus menulis yang baik-baik sahaja dalam blog kecil ini.

Doakan saya istiqamah menyintai dan menyukai apa yang Allah sukai.aamiin.

Sampai jumpa lagi, teruskan membaca dan kongsikan yang baik-baik daripada Blog Cik Matahariku:)Semoga Allah merahmati kita semua.aamiin.

Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!