Pengalaman Buat Kek Lapis Asam Manis Haw Flakes Kali Pertama Yang Hampir Berjaya:)-

As Salam,
Pengalaman Buat Kek Lapis Asam Manis Haw Flakes Kali Pertama Yang Hampir Berjaya:)-Penangan cuti sekolah kali ini memang saya bersungguh buat beberapa jenis kek.Ada yang menjadi, ada jugak yang tak menjadi.Tambah-tambah kalau kali pertama saya baru mencubanya.haha.Macam kek Lapis Asam Haw Flakes yang satu ni.Dah lama kot saya berangan nak buat sendiri kek lapis ni. Saya ingat dulu, time kecik-kecik,mak saya rajin buat kek macam ni time malam raya.

Ini kek lapis asam manis haw flakes cheese yang kawan saya buat.Nanti korang bandingkan yang pakar buat dengan chef cobaan buat ya.haha.

Jealous betul saya tengok kecantikan dan ketelitian kawan saya buat kek lapis asam haw flakes ni.Rasanya of course tersangatlah sedap!

Ini pulak Kek Lapis Asam Haw Flakes Kali Pertama Yang Hampir Berjaya saya buat :)-
Rasanya sedap dan moist, plus masam dan manis yang light je.Rupanya je tak semengah mana.

Masa tu, saya cuma tolong susun asam haw flakes ni atas kek.Bila teringat nostalgia tu, teringin betul nak cuba buat sendiri.Kalau ikut cara mak saya dulu, mak saya taklah kukus selapis demi selapis, cara mak saya buat dulu, adunan tu dibuat dalam dua tiga warna, setiap lapisan kita susun asam haw flakes tu, tapi mak saya kukus sekali jalan je.Bila dah masak, takdelah nampak lapisan demi lapisannya tu.

Asam Haw flakes yang merupakan candy food bagi anak-anak kaum cina, dan biasanya dihidangkan time Chinese New Year.Rasanya sedikit manis dan masam.

Kali pertama buat kek lapis asam haw flakes ni memang teruja sangat sebab bahan dan cara buatnya tidaklah susah mana.Saya Failed kat bahagian mengukus kek ni. Baca story mory saya seterusnya, saya akan kongsi.

Orait, malu pulak nak kongsi gambar dan cara saya buat kek lapis asam haw flakes ni kat rumah.kikih.Tapi bila fikir balik, yang penting "the lessons of" dari pengalaman kali pertama saya ni, saya fikir ada baiknya saya kongsikan dalam blog.Mungkin ada readers yang baru nak belajar buat kek lapis ni macam saya, at least pengalaman yang saya kongsikan bolehlah dibuat panduan korang semua ya:)InshaAllah.

Resepi Kek Lapis Asam Manis Haw Flakes Sukatan Cawan
Dicuba : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan
6 biji telur saiz gred A
2 Cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus ( saya guna gula pasir yang diblend)
1 cawan butter
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
2 packet asam haw flakes ( saya guna yang saiz kecil) 

Cara Menyediakan Kek Lapis Asam Manis Haw Flakes Sukatan Cawan
  1. Pukul atau mix butter dengan gula sampai warna jadi kuning pucat. 
  2. Masukkan telur, susu dan esen vanila dalam bekas adunan butter tadi.
  3. Ayak tepung gandum bersama dengan baking powder.
  4. Masukkan tepung ke dalam adunan butter.
  5. Kacau perlahan hingga sebati tepung dengan butter.
  6. Bahagikan adunan kepada dua atau tiga bahagian.Saya cuma buat dua adunan warna iaitu kuning ( adunan asal) dan merah.
  7. Ambil sukatan 7 sudu makan bagi setiap lapisan supaya lapisan sama besar dan terhasil cantik.
  8. Bagi setiap lapisan, susun asam haw flakes mulai bahagian tepi ke tengah.
  9. Kukus setiap lapisan dalam 10-12 minit.Pastikan setiap lapisan benar-benar masak, barulah tambah lapisan baru diatasnya.Kalau kita bakar, boleh bakar dalam 3-5 minit (ikut oven masing-masing) bagi setiap lapisan.
  10. Kalau kukus kek ni, lapisan terakhir, kukus sehingga 20 minit bagi pastikan kek masak semua bahagian.Kalau bakar lapisan terakhir,guna api atas sahaja dalam 140 darjah dalam 20-30 minit ( ikut oven maisng-masing).
Pengalaman Buat Kek Lapis Asam Manis Haw Flakes Kali Pertama Yang Hampir Berjaya:)- 
  1. First saya buat kek ni sebenarnya saya niat memang nak kukus sahaja walaupun ada resepi yang bagitahu kek ni juga boleh dibakar. Jadi dari mula saya mengukus tu, memang takde masalah.Cuma ada resepi yang kata kukus dalam 5-7 minit, pengalaman saya pula dalam 5 minit tu, memang tak masak dan lembik lagi kek saya.Jadi, 10 minit tempoh mengukus adalah tempoh yang paling ideal bagi saya.
  2. Resepi yang saya kongsikan ini memerlukan loyang yang sedikit besar.Bila saya buat lapisan demi lapisan, lapisan terakhir ngam-ngam sampai hujung loyang.Jadi macam kesian kat kek tu kan.hahaha.Jadi, korang kalau nak ikut resepi ni kena guna loyang yang sepatutnya ya.
  3. Dengan sukatan 7 sudu makan setiap warna( saya buat dua warna sahaja), means kita akan dapat 6 lapis dengan selang seli warna.Kalau nak buat 3 warna, pandai-pandailah ko adjust supaya setiap lapisan nampak cantik sama besar gitu.
  4. Kalau nak nampak cantik kek asam haw flakes ko tu, ko kena guna asam haw flakes saiz besar duit syiling 50 sen atau yang petak persegi tu.Time beli ni, saya jumpa saiz yang kecik je.Masa tu tak fikir kesan jangka panjang terhadap kek, bila kek dah siap, baru nampak kekurangannya.huhu.Tengok pic kat bawah.
Asam haw flakesnya nampak sikit je kan.Macam 
kedekut gitu.haha.Padahal asamnya pun ciput je.

5.   Masalah saya timbul time mengukus lapisan kedua akhir. Masa ni lapisan kek saya tak masak-masak.saya tengok air kukusan banyak lagi.tapi tak tahu kenapa lambat sangat dia nak masak.Kot sebab loyang tak berapa besar atau dah overload ke apa, Lastly, saya decide guna oven. Alhamdulillah, lepas masukkan kek dalam oven, dalam 5 minit, kek dah masak dan saya pun letak lapisan terakhir.Saya terus bakar dalam oven.Selepas 20 minit, saya check, kek sebelah dalam tak masak lagi, saya tambah masa membakar 30 minit, guna api atas bawah dengan suhu 170 darjah.Tu yang permukaan kek saya hangus macam kat bawah.kikih.

Penangan bakar kek asam manis.Tapi biarpun atasnya sedikit hangus, bahagian dalam dan bawah kek ni jadi masak elok dan tak lembik macam mula-mula saya bakar 20 minit yang pertama.Lepas sehari, kek ni jadi moist dan yang garing kat atas tu pun dah tak kering macam hari sebelumnya.

Moral of the Story
Saya bersyukur sebab pengalaman kali pertama buat kek lapis asam haw flakes ni memang sangat berharga.Resepi hanyalah panduan, bila kita berhadapan dengan situasi sebenar, kita kena sentiasa positif dan cari peluang supaya kek yang dibuat dapat diselamatkan.ceh gitu:)

Orait, kalau korang nak try buat, boleh ikut resepi ni atau korang boleh pilih nak buat cara kukus atau bakar.Satu lagi, kek ni jugak boleh guna biskut marie atau cream cracker ( korang kena blend bagi hancur sampai jadi macam serbuk gitu).Boleh google resepi yang guna biskut tu bagi gantikan tepung gandum.Saya agak yang guna serbuk biskut tu mesti lagi sedap.hheee.

Thanks reading this entry guys! Sampai jumpa lagi:)-

Post a Comment

5 Comments

  1. I besides think so, perfectly composed post!

    ReplyDelete
  2. Thank you for the recipe , jadi keknya love sangat.Tapi cuma manis walaupun dah kurangkan gula dengan susu pekat pun maniss lagii 😂

    ReplyDelete
  3. wahh..proud of you, mesti kek jadi lawa lapisnya tu..kalau manis, lain kali kalau nak buat lagi kurangkan gula halusnya lah kan, jadi 1 cawan.Tq cuba resepi dalam blog ini :)

    ReplyDelete
  4. Pakai biskut Marie besau tu yg terbaik. Ada bau biskut marie..... Sodap...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!