Blog Capai 36 Juta Pageviews @ January 2019

As Salam,
Sekali lagi syukur pada Allah Taala, blog ini mencapai pageviews yang terbaik setakat ini.Angka 36 juta pageviews bukanlah mudah untuk kita capai, tambah lagi sebuah blog personal yang suam-suam kuku je entrinya.haha.Percaya atau tidak, bilangan post yang dah published di blog ini sejak 8 tahun lalu tak sampai pun 1000 entri.

Boleh tengok kat sini story mory saya dalam edisi  : Blog Cik Matahariku capai 35 juta Pageviews-

Tahun ke-8 berblog yang sangat mengembirakan:) Saya melihat perkembangan blog ini dan berharap Allah terus beri peluang saya memberi manfaat kepada alam dengan berblog.aamiin.

Cabaran Blogger Part Time
Kalau boleh memang saya nak update blog setiap hari.Yelah, dengan pekerjaan kita yang setiap hari menghadap ragam anak murid yang pelbagai, memang banyak benda nak story mory.Kat kepala hotak ni, macam-macam benda nak share dengan korang.Ada yang lucu, sedih dan juga menguji kesabaran.

Cuma keterbatasan waktu yang menjadi cabaran saya. Saya pula sejenis Blogger yang tak boleh duduk menaip dengan aman dan tenang, kalau dalam masa sama, ada kerja lain yang lebih penting saya perlu setelkan.Dah namanya Blogger part time kann.

Orait, kali ini kita dapat cuti hujung minggu yang panjang, sempena Thaipusam.InshaAllah, saya akan usahakan untuk berkongsi lebih banyak cerita nanti.

Iklan Adsense Tidak Muncul di Blog
Meskipun blog ini mendapat pageviews yang agak tinggi, baru-baru ini blog saya hadapi masalah.Sejak dua minggu ini, saya dapati iklan Adsense dalam blog tidak muncul. pening jugak memikirkannya!

Puas sudah saya hantar pertanyaan kepada Google, namun masih tiada respon.Ada juga saya cuba buat apa yang dicadangkan oleh Blogger lain yang pernah alami situasi sama, tapi still tak berhasil.Anyone rakan Blogger yang hadapi masalah sama seperti blog ini? Apa solutionnya? Pls, siapa yang tahu tolong saya!

Doakan yang baik-baik untuk blog kecil saya and happy weekend:)