Hello March, Thanks February:)-

As Salam,
Hello March, Thanks February:)-
Sebenarnya mood ke laut nak menaip post terbaharu.Tapi sebagai diri yang mengaku seorang Blogger kononnya, saya gagahkan diri untuk menaip juga dalam post ini.Chaiyokk. Kalau ikutkan ada dua ke tiga post baru yang dalam draft, dan sedia untuk publish, tapi perangai saya lain sikit.Kalau tak puas hati dengan post yang saya dah taip tu, selagi itulah saya tak akan publish. Dok perap dalam draft jelah jawabnya!

Sebenarnya bulan February kali ini walaupun singkat sahaja, tapi banyak juga aktiviti sekolah yang saya terlibat secara langsung. Ini pic dengan kengkawan guru AJK Kelab Guru.Hari sukan tahun ini, kali kedua kami buat jualan untuk cari dana kelab:) Alhamdulillah, walau tak sampai sehari, tapi pendapatannya agak lumayan!

Tahu-tahu kita sudah berada pertengahan Mac 2019!
Kesibukan awal tahun berlarut-larut sampai pertengahan Mac.Setiap hari, balik jam 5 petang, kadang-kadang ada mesyuarat, bila tiada mesyuarat anak-anak pula ada kelas Chess atau kelas Kafa sebelah petang.haih.Inilah rutin cikgu-cikgu yang ada anak-anak yang masih sekolah.Bertabahlah weii.

gadget baru saya menjelang March:) Tak larat tengok berat badan yang semakin naik berganda-ganda since kelahiran anak ke-5, 6 tahun lepas.Saya pilih untuk berubah.Slowly but surely.InshaAllah:) 

Bila balik rumah, sebelah malam memang sah-sah dah penat.Tinggal tido jelah.hehhe.Hujung minggu macam ni baru mood nak berblog mari.Nampak sangat ke"part time"annya tu.Orait, kesibukan dengan kerja memang semua orang pun sama.Syukurlah ada keroje kan.At the same time, dalam kehidupan orang lain, tengah survive nak dapat kerja yang diingini atau sedang mencari pekerjaan yang sesuai untuk menyara keluarga.Ya Allah, jadikan kami dalam kalangan hambaMu yang tidak pernah berhenti bersyukur.aamin.

Hand Over Kunci Rumah Baru di Cyberjaya

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian kami pada tahun ini, Encik Suami baru sahaja selesai menguruskan pengambilan kunci rumah baru yang dibeli pada tahun 2017

Rumah jenis SOHO ni Encik Suami beli sebagai tujuan pelaburan sahaja.Jadi, hari tu time datang tengok rumah, taklah excited sangat sebab tahu kami tak duduk rumah tu pun nanti.

Rumah ni memang pemaju dah siap fully furnished dan dalam tempoh tiga tahun, kami tak payah fikir macam mana nak bayar rumah ini sebab depa ada satu agreement masa awal beli dulu, dalam tiga tahun pertama, pemaju akan setelkan hal rental rumah.Untuk tahun ini sahaja, pemaju dah bagi cheque ikut amount bulanan yang perlu suami transfer untuk setel bayaran bulanan.best kan??

Kenwingston Square Garden Residence, Cyberjaya.

Hello March!
Syukur.Maasuk bulan ketiga dalam tahun 2019, saya selalu positif, semoga Allah memberikan lebih banyak lagi ilmu-ilmu baru bagi saya dan Suami menguruskan kehidupan kami. Kami bukanlah kalangan hambaNya yang banyak amal soleh, jadi dengan kesihatan dan pinjaman usia ini, kami mohon semoga segala impian dan perancangan kami Allah permudahkan dan kabulkan dengan sesuatu yang lebih baik.aamiin.

Anda bagaimana?
Teruskan positif dengan kehidupan ini.Kadang-kadang dalam hidup kita, memang banyak benda negatif yang Allah datangkan ( negatif mengikut perspektif kita ), namun bila kita terima hal negatif dengan fikiran positif, InshaAllah, hal-hal positif akan datang akhirnya.

Semoga Allah beri kemudahan kepada kita menguruskan tanggungjawab kita dengan sempurna dan tidak menyibukkan kita dengan hal dunia sehingga melupakan urusan akhirat kita.aamiin.Sampai jumpa lagi.:)

Post a Comment

2 Comments

  1. kejap nye masa berlalu. semoga semua urusan kita dipermudahkan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin, kadang kita tak perasan kan masa cepatnya berlalu:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!