Resepi Kek Marble Yogurt Yang Sangat Sedap Dengan Sukatan Cawan.

As Salam,
Kek Marble Yogurt Yang Sangat Sedap Resepi Kawan Sekolah- Kek Marble memang antara kek klasik yang menjadi kegemaran saya selain kek oren. Bagi saya, kek Marble yang sedap mestilah teksturnya yang lembut dan moist, tidak kering dan bau vanila atau coklat yang semerbak. Meskipun sudah banyak resepi  kek marble yang saya sudah cuba, kesedapannya masih tidak dapat menandingi kek marble yang saya pernah rasa dan beli dari seorang rakan guru di sekolah.

kek marble Kak Haizah yang sangat sedap, gebus dan moist. 

kek marble pujaan yang rasanya tidak pernah menghampakan:)

Malah bukan saya sahaja, rakan guru yang lain turut menjadi pelanggan setia kek marble Kak Haizah ni.Pernah juga saya risik-risik kat kak Haizah, apa yang menyebabkan kek marble beliau luar biasa sedapnya, laju sahaja akak ni menjawab, rahsianya pada jenis butter yang digunakan ( iaitu dari jenama yang terkenal dan mahal pula..) dan juga sedikit tambahan yogurt atau susu bagi menjadikan kek marble beliau menjadi lebih lemak dan moist.

 koleksi gambar kek marble kak Haizah ni saya ambil dari facebooknya iaitu : 

kalau tengok pic kek marble yogurt ni kita tahu luarannya pun nampak lembut dan moist kann.

Dengan clue yang Kak Haizah kongsikan, saya pun mulalah mengoogle, kot ada resepi kek marble dengan campuran yogurt.Finally! jumpa ko.Pastinya korang pun happy sebab resepi ni dikongsikan dari Blogger masakan kita Kak Azie Kitchen yang sangat terkenal dan trusted segala mak nenek resepi yang dikongsikannya sedap dan menjadi:)

Jadikan kebolehan anda membuat pelbagai jenis kek sebagai permulaan menjana pendapatan sampingan dari rumah.Bisnes Bakeri yang sangat menguntungkan:)

Nah, kat bawah ni, saya kongsikan Resepi Kek Marble Yogurt Dengan Sukatan Cawan.Resepi ini sebenarnya beliau buat untuk versi cup cake, tapi ia boleh digunakan juga kalau kita nak buat dalam loyang.

Moist Marble Cupcakes@ Kek Marble Yogurt Dengan Sukatan Cawan
Dikongsikan semula oleh : Blogger Cik Matahariku

Bahan bahan:
1 ½ cawan all purpose flour
½ sk baking powder
¼ sk baking soda
¼ sk garam
3/4 cawan butter/margarine (170 gram)
1 ¼ cawan gula kastor (1 cawan sudah memadai)
2 telur gred A
1 sk vanilla extract
½ cawan sour cream atau plain yogurt
¼ cawan unsweetened serbuk koko

Cara cara Menyediakan Kek Marble Yogurt Dengan Sukatan Cawan
  1. Panaskan oven pada suhu 170C.  Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. 
  2. Di dalam bekas lain, putar butter dan gula dengan kelajuan perlahan sehingga sebati dan tingkatkan kelajuan sehingga ringan dan gebu dalam 5 minit.
  3. Kurangkan kelajuan kepada perlahan, masukkan telur satu persatu sambil terus diputar. Masukkan vanilla.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung secara berselang seli dengan sour cream/yoghurt dimulai dan diakhiri dengan tepung. Putar sebati.
  5. Ambil setengah dari adunan dan dimasukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli. Akhir sekali dengan menggunakan pisau, dilorek adunan untuk membentuk corak marble.
  6. Bakar selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak. Biarkan sejuk di dalam loyang selama 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya atas redai.
  7. Untuk cupcake, dibakar dalam 20 minit atau sehingga masak.
Kek Marble Yogurt yang sangat sedap dengan sukatan cawan


Nota Azie:
Utuk rujukan saya di masa depan, gula dikurangkan ke 1 cawan sahaja.

Ambil hanya 1/3 adunan dan dimasukkan serbuk koko kerana saya lebih menyukai kek perisa vanilla berbanding dengan kek coklat. Serbuk koko harus dikurangkan juga.

Semoga perkongsian resepi Kek Marble Yogurt Dengan Sukatan cawan ni dapat mengembirakan korang yang memang hantu kek marble macam saya.heheheh.

Thanks for reading this entry, sampai jumpa lagi:)

Post a Comment

4 Comments

  1. CT penah baca tips la dari someone.. katanya kalo buat kek macam ni kan kena tunggu sehari dua dulu baru makan.. lagi bertambah moist. betul ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut pengalaman saya buat kek marble ni, tak payah tunggu sampai dua tiga hari, selepas sehari pun kita dapat rasa kek ni akan lebih moist sebab bahan yang digunakan.InshaAllah:)

      Delete
  2. All purpose flour tu boleh tukaq pakai tepung gandum tak ? Tak dan nak pi beli all purpose flour, yang ada kat ghumah tepung gandum ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, inshaALLAH, boleh sis..selamat mencuba:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!