As Salam,
Cara Paling Mudah Buat Cornflakes Madu Berkacang Kegemaran Anak-Anak-Maklum saja.Anak saya berderet 3 pompuan dalam usia sedang meningkat remaja iaitu 15, 13 dan 10 tahun.Raya tahun ini depa dah pakat ajak mama buat cookies.Saya pula layankan saja sebab kebetulan memang dah mood cuti dan nak raya kan.Senarai cookies yang depa nak buat pun, yang simple-simple dan sesuai untuk beginner macam anak-anak dan maknya sekali.ahaks.
Nampak sangat mak yang sorang ni memang banyak trick kalau bab buat cookies.haha.Bukan apa, karang kalau buat cookies yang renyah dan macam-macam, sudahnya maklah yang terkontang-kanting siapkan.Budak-budak mudah bosan buat sesuatu kalau ambik masa lama.Depa just nak fun dan happy je.Kannn?
Cara Paling Mudah Buat Cornflakes Madu Berkacang Dengan Sukatan Cawan
Orait, kali ini mak budak sorang ni nak kongsikan Cara paling mudah nak buat cornflakes bermadu dengan kacang goreng.Pheww.Memang mantap rasanya dan confirm bapak budak-budak ni pun suka.
Cornflakes madu berkacang sedia untuk dibakar
Resepi Cornflakes Madu Berkacang
Resepi Asal: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Resepi Olahan : Cik Matahariku
Bahan-bahan (sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan)
1 cawan kacang tanah-goreng dengan minyak dan toskan.(goreng sekejap saja,,dalam 2 minit dan blend kasar) Nak guna kacang tanah yang dah siap goreng atau blend pun boleh anggaran 350g)
1 pack Cornflakes 500g
1/2 tin susu pekat ( kalau suka, tak letak takpe)
5 sudu besar gula
1/2 tin susu pekat ( kalau suka, tak letak takpe)
5 sudu besar gula
5 sudu besar madu
1 cawan mentega/buttercup
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh esen vanila
Papercups secukupnya
Cornflakes madu berkacang selepas digaul hingga sebati dengan butter, madu, susu pekat.Cornflakes kekal rangup, secukup rasa manis dan melekat antara satu sama lain dengan baik:)
Cara-cara Menyediakan Resepi Cornflakes Madu Berkacang
- Cairkan mentega dahulu dan diikuti susu pekat, madu dan gula dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Sejukkan sebentar.
- Cornflakes dihancurkan sedikit ( taknak hancurkan pun boleh )dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.
- Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.
- Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 5-7 minit pada suhu 180c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara dan hasilnya cukup sedap dan rangup.
Tips Cornflakes Madu berkacang kekal Rangup
- Semasa kita masukkan bahan campuran untuk digaul dengan cornflakes, pastikan cairkan butter dulu, diikuti susu pekat ( jika anda suka), madu dan akhir sekali barulah masukkan gula pasir.
- Pastikan campuran butter dan lain-lain tadi telah berbuih barulah ditutup api.
- Sejukkan dahulu bahan campuran madu tadi, barulah digaul dengan cornflakes
Haih.Bertuahnya saya ada 3 anak dara yang rajin menolong time buat cornflakes madu berkacang ni.hehe.Saya cuma tunjukkan sedikit, selebihnya depa dok siapkan cookies ni.Alhamdulillah.
Cornflakes Madu Berkacang Yang Rangup Dengan Sukatan Cawan done:)-Memang sedap bila kita gigit cornflakes akan tergigit sekali kacang tanah tadi.Perfect match:)
Selamat Mencuba Semua:)
1 Comments
Terimakasih banyak infonya,..
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!