As Salam,
Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 5 : Ayam Masak Merah Resepi Istimewa Yang Simple, Sedap dan Menjadi.- Sebenarnya dah banyak resepi juga saya cari kat Google tips dan cara nak buat ayam masak merah yang sedap.Anak-anak saya kat rumah ni pun dah ikut taste si Ayah.Biar masak benda simple katanya, asalkan sedap.gitu.Cabaran besar bagi saya ialah Ayam masak merah ni favourite anak-anak tapi bukan si Ayah.
Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 5 : Ayam Masak Merah Resepi Sendiri Yang Simple, Sedap dan Menjadi.
Selalunya saya memang elak masak ayam merah kalau si Ayah ada di rumah.Tapi bulan puasa ni, bila hero kecik yang baru belajar puasa masuk tahun kedua, mintak mama masak ayam masak merah, kesian pulak ko.Maka dengan bahan-bahan yang sedia ada kat kitchen, maka saya usahakan buat Ayam Masak Merah untuk anak-anak.Tapi kali ini dengan satu lagi misi, nak bagi si Ayah suka juga menu ini.Yup, i try my best:)
Seperkara yang buat saya decide masak Ayam masak merah dengan style saya sendiri sebab kebanyakan resepi ini mencadangkan dimasukkan sos tomato dan sos cili ke dalam masakan ayam masak merah, tapi saya memang tak suka sangat dengan bau sos tomato dalam masakan.Akhirnya, saya create cara saya sendiri, dan u know what (speaking pulaks), my husband makan bertambah-tambah dengan resepi ini.Yay!!!
Anggap sajalah saya upgrade resepi ayam masak merah sedia ada kepada taste yang lebih sedap dan tidak membosankan.haha.
Meh, saya kongsikan Resepi terbaik Ayam Masak Merah untuk korang cuba sendiri kat rumah.InshaAllah menjadi dan pasti menjilat jari.wehh.
Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple, Sedap dan Pasti Menjadi
Sumber Resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan
1/2 ekor saiz sederhana
2 labu bawang besar ( dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar/ditumbuk)
3 ulas bawang ptih (dikisar/ditumbuk)
1 inci halia (dikisar/ditumbuk)
1 inci lengkuas (dikisar/ditumbuk)
3 batang serai (dititik sahaja)
2 1/2 senduk cili kering blend
10 tangkai cili hijau/merah (hiasan)
5 helai daun limau purut ( dihiris/ hiasan)
1/2 cawan air
Minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Pes asam jawa Extra Adabi / perahan air asam jawa
Serbuk kunyit untuk goreng ayam
Bagi saya, kalau resepi ayam masak merah style saya ni, makan dengan nasi tomato, memang akan jadi set nasi tomato yang power.Kalau anda berminat untuk buat jualan, silalah cuba resepi ini ya.InshaAllah:)
Cara Menyediakan Ayam Masak Merah Yang Simple, Sedap dan Pasti Menjadi
- Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Kemudian goreng ayam sehingga ayam jadi lembut dan tak payah garing sangat.
- Untuk menyediakan sos atau kuah ayam masak merah, panaskan minyak dahulu dlm kuali.Boleh guna lebihan minyak goreng ayam tadi.
- Masukkan hirisan bawang besar dan goreng sehingga naik bau.
- Masukkan bahan-bahan yang dikisar/ditumbuk tadi.Kacau sehingga rata dan sebati.
- Masukkan serai yang dititik.
- Masukkan cili kering blend.Masukkan garam, gula dan perahan air asam jawa/ pes asam jawa Extra Adabi dan setengah cawan air.Kacau perlahan sehingga rata.
- Biarkan sehingga terbit minyak dengan menggunakan api perlahan sahaja.
- Masukkan ayam goreng tadi.kacau sehingga rata.
- Taburkan hirisan daun limau purut dan cili hijau/ merah.Tutup sebentar kuali dengan penutup dalam 10 minit untuk dapatkan kuah yang sedap dan benar-benar likat.Apabila kuah ini sedang merenih ( sebab ditutup) maka aroma yang sedap akan terhasil dengan gabungan daun limau purut dan bahan-bahan yang dikisar tadi.Memang mantap weh.
- Done Ayam masak merah dan sedia untuk dihidang:)
Eh, takkan masak ayam merah je kot.Sebenarnya bersama menu ini, saya masak juga terung masak sambal hijau dan buat apam gula hangus.Ada juga bubur lambuk sedap yang suami saya ambil lepas solat Asar di masjid.
Terung ni memang feveret saya dan Encik Suami, masak macam ni pun dah cukup.Makan dengan bubur lambuk, pehh.
Orait, silakan cuba sendiri resepi ini.InshaAllah pasti tidak mengecewakan.Misi nak buat Encik Suamiku suka Ayam Masak Merah dah accomplish.Lepas ni, den dah tak pening kalau anak-anak request menu ni.Alhamdulillah:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!