As Salam,
Bahan-bahan untuk sos kastard:
Cara menghidang Puding Roti Sos Kastard
Puding Roti Sos Kastard Dengan Topping Choclate Chip-Sempat juga saya siapkan puding roti sos kastard untuk Iftar pada hari ke-22 Ramadhan kelmarin.Yelah, buatnya pun senang dan ringkas sahaja.Jadi, bila berbuka tu, saya tinggal hidang untuk keluarga.Anak-anak pompuan semua suka puding roti sos kastard ni, tapi geng lelaki kureng sikit.haha.
Puding Roti Sos Kastard Dengan Topping Choclate Chip:) Rasa puding yang lembut, berkrim dan manis secukup rasa:)
Bab Topping puding roti ni dengan choclate chip ni idea anak-anak pompuan saya.Depa tak gemar sangat makan kismis dan suggest supaya saya ganti dengan choclate chip.Mama layan je anak-anak oi.Nasib baik benda mudah dan tak mahal sangat kan.
Sebenarnya banyak sangat resepi puding roti kastard ni kalau korang cari kat internet.Macam-macam style pun hado.Itu baru bab roti.Belum ko tengok cara buat sos kastard dia.Saya pula, of course saya ambik yang mana akan buat puding roti saya jadi lebih sedap dan of course senang je nak membuatnya.hihi.
Puding roti sementara tunggu menyerap bahan seperti fresh milk,butter dan lain-lain
Puding roti choclate chip selepas dibakar.Makan begitu sahaja sudah sedap oii.
Resepi Puding Roti Sedap Dengan Sos Kastard Yang Berkrim
Sumber Resepi :Iluminasi.com
Resepi Olahan : Cik Matahariku
Bahan-bahan untuk puding roti ( dibakar)
12 keping roti putih gardenia
3 biji telur
2 1/2 cawan fresh milk
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega/ butter yang dicairkan
satu bekas kecil choc chip
Cara menyediakan puding roti ( dibakar)
- Sapu loyang dengan mentega.
- Sapu mentega pada depan dan belakang roti ( kalau suka).Potong roti kepada 4 bahagian. Jika mahu carik-carikkan pun boleh. Susun roti ke dalam loyang rapat-rapat.
- Cairkan butter, kemudian barulah masukkan fresh milk, telur, gula dan esen vanilla ke dalam satu bekas. Kacau-kacau adunan sehingga sebati. Boleh guna sudu, senduk atau whisk. Ada sesetengah resepi dimasak atas api perlahan, tapi saya kacau dalam jug sahaja.
- Curahkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang tadi. Tekan-tekan roti supaya sebati dengan adunan tadi. Biarkan seketika supaya roti menyerap adunan tadi.
- Taburkan coklat chip di atas roti.
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah dalam 30-35 minit atau sehingga warna roti kuning keperangan.Saya lebih suka bakar dari kukus puding roti ni sebab rasanya lebih sedap bila kita siram sos kastard nanti.
Sos kastard yang berkrim dan memang mantap bila dapat makan dengan puding roti
1 tin susu cair
1/2 cawan air
3 sudu besar gula
Secubit garam
2-3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Cara menyediakan sos kastard:
- Masukkan susu cair, air, gula, garam, tepung kastard dan esen vanila ke dalam periuk. Sos kastard ini akan berwarna kuning krim kerana campuran tepung kastard yang menyebabkan warna sos menjadi kuning krim.
- Kacau perlahan-lahan sehingga pekat dan mendidih dengan menggunakan api perlahan.
- Tutup api. Sejukkan.
orait, dah boleh makan dessert ni sejuk-sejuk! selamat mencuba semua:)
- Potong puding roti (bentuk potongan ikut citarasa).
- Tuang sos kastard ke atas puding roti.
- Boleh dihidangkan panas atau sejuk.
Selamat mencuba:)
2 Comments
Saya guna resepi puan untuk buat dessert bagi pada jiran-jiran. Alhamdulillah kena dengan tekak mereka dan saya sekeluarga. Ada yang suruh jual 🤠Salam dari Kuantan.
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih sudi singgah blog dan mencuba resepi yang saya kongsikan.semoga Allah limpahi rezeki yg berganda buat puan sekeluarga kerana menjamu jiran2..harap ada juga tempiasnya kat saya :)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!