As Salam,
Saya juga ada buat review western Food di Restoran King Grill Steak House, Seremban-Kalau nak tahu story mory kami sekeluarga makan di Restoran King Grill Steak House, boleh klik sini ya :
Orait, thanks for reading this entry! God Bless:)
Berbaloi Makan Western di Polperro Steak House, Seremban 2 (S2) sebab Large Portion And Good Taste:) -Hi! Hujung minggu baru ni, lepas hantar Kak Iman balik hostel kat Subang, Encik Suami bawak anak-anak dan wife dia ( den lah tu) pi makan western kat satu restoran area Seremban.Sebenarnya selain suka makan lauk-lauk kampung, I is suka jugak makan western food.yeahh.Ada orang nak belanja, kita ikut jelah kann.kiki.
The best western Food in Town- blok kayu yang korang nampak kat pic tu sebenarnya sign nombor meja.Ada nombor kat belakang blok kayu tu.Jap lagi saya tunjukkan pilihan menu yang kita boleh pilih kat restoran ni:)
Part paling best, bila Encik Ayah kata, nak makan apa? oh yess! its mean, no rules.Poket tengah penuh ke cik Abe.kikih.Padahal, makan western je pun kan.Anak-anak pun dah pandai pilih nak makan yang mana.
Banyak pilihan menu yang korang boleh pilih.Restoran Polperro ni memang best part portion makanan yang depa sediakan.Tak kedekut dan puas hati kalau kita bayar pun.Sedap pun sedap.
Siap ada mix corner food, float dan banyak lagilah.Korang tengok sendiri ek.
Time kami sampai Restoran Polperro ni sebenarnya kami baru lepas cari sedikit barang kat Mydin Mall, solat maghrib kat situ dan terus ke Polperro Steak House.Restoran ni kira dekat je dengan Mydin Mall dan memang senang nak jumpa.Kalau korang jalan-jalan kat Seremban, bolehlah lepak sini time makan sebab restoran ni sangat luas, selesa dan waiters pun rajin senyum.haha.
sempat ambik pic restoran ni pun time otw nak balik lepas makan.Nampak sangat melantak sampai tak henggat! Memang failed nak jadi Food Blogger.Sabo je.
Menu Pilihan kami di Restoran Polperro Steak House, Seremban 2
Orait, mesti korang pun nak tahu, menu pilihan kami sekeluarga malam ni kan.Sebenarnya, taklah semengah mana, masing-masing pun pilih nak ambik nasi.Dah kata orang Muo, side-side sini kalau sehari tak makan nasi memang tak sah oi.
Ini pilihan orang Muo:) Black Pepper Chicken Rice-kemain orang kampung Muo ni makan western kan.kiki.Harganya RM8.90.Rasa nasinya sangatlah sedap, tambah lagi kalau ko makan dengan black pepper chicken dan sos cili dia tu.Memang masyuk beb.Eh, mana tau rasanya ni? den mintak cik Abang suap sikit bagi rasa.Sempat lagi menyibuk kann.
Muka ada senyum tu.Encik Husband I ni memang taste tinggi bab makan-Kalau sedap, dia memang cakap sedap Kalau ko masak kurang apa je, dia memang boleh bagi details apa yang kurang.Lagi satu dia jugak boleh teka jenis bahan atau rempah ratus yang ada dalam satu-satu masakan.Memang tak boleh lawan high taste lidah dia tu.Eh..kemain puji husband sendirik.Dah dia belanja kita makan kann.muehehe.
Anak pompuan pilih Cheesy Butter Chicken Rice-Harganya pun RM8.90 satu set. Budak-budak dah pilih nak menu ni, pada saya okeylah jugak. Nasi yang sama macam Encik Suami punya, cuma korang tengok sendiri cheesy butter chicken dia, portion dia besar okey.Puas hati.
Ini pilihan Abang-Black pepper Chicken Chop-Harganya satu set RM9.90.
Si Abang ni kalau ajak makan kat restoran western, ini jugaklah pilihannya.Suka beno dengan chicken chop.
siap tunjuk thumbs up lagi ko.Padahal belum makan lagi pon.haha.Lulus ko bang masuk review ni.
Macam tulah anak Food Blogger.heh.
Yang ni pulak pilihan adik si budak kemetot.Dia first sekali yang make order kat Ayah.Nampak je pic fish and chip seketoi dalam kad menu tu, terus dia request.Lepas tu, dia orang last habis makan sebab tak mampu nak habiskan sensorang.Portion fish dia memang besar.Harganya RM9.90 satu set.
okeylah tu dik, pandai tunjuk peace.Mama sokong adik tau.haha.Patut tunjuk kat ayah signal ni.
Yang ini mushroom soup n Ginger Bread- kami order dua set, total RM11.80. Inilah pilihan saya.Diet katanya.kihkih.Bagi saya pula, rasa mushroom soup kat restoran ni memang power, dengan kepekatannya, siap ada hirisan cendawan yang boleh kita gigit ( sebab besar) dan roti ginger bread dia memang lembut ( tak keras macam sesetengah restoran western).Nampak tak saiz soup yang depa hidangkan? Banyak kot, rasa tak cukup dengan dua potong roti tu je:)
Minuman pulak saya dan Encik Suami ambik hot drinks Milo Panas and Vietnam White Cofee.Budak-budak ni pulak pakat nak air soya sorang satu tin dengan ais.Pandai tak anak-anak I bajet makan.haha.Ni semua ajaran mak pak kalau makan kat luar.Practise make perfect!yeahh.
seronok ya dapat makan western.Jap lagi balik umah, kita bahagi untung rugi sama rata ya.haha.
Dapatlah seketul pic mama, si tukang review western food kat Restoran Polperro Steak House.Eh, cik mama makan apa je tu.Tak mungkin ambik mushroom soup je kot.
Saya order fish n chip je sama macam si Adik.Kita tak macam orang Muo tu yang pi restoran western pun cari nasi.heh.
Alhamdulillah, perut pun dah kenyang.Bagi saya, lepas dah makan dan rasa menu -menu yang kami pilih tadi, restoran ini antara western restaurant yang boleh direcomendedkan kat korang. Bukan setakat nak makan dengan family, kalau nak buat gathering dengan kawan satu office, kawan satu sekolah pon boleh.Tempat luas kot, parking kete pun mudah.Tandas pun bersih beb.
Boleh juga kalau korang nak tengok review dari customer yang lain, boleh je Google nama restoran ni kat sini : Polperro Steak House Seremban 2 ( Facebook). Restoran ni dibuka start dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.
Total yang Encik Suami bayar untuk makan-makan kami hari ini ialah RM92.40-dengan sedap dan portion makanan yang besar, bagi saya ok sangat dah ni.
Saya juga ada buat review western Food di Restoran King Grill Steak House, Seremban-Kalau nak tahu story mory kami sekeluarga makan di Restoran King Grill Steak House, boleh klik sini ya :
Orait, thanks for reading this entry! God Bless:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!