Welcome Sweet July : Tahun ke-8 Sebagai Blogger Part Time

As Salam,
Welcome Sweet July : Tahun ke-8 Sebagai Blogger Part Time-Asalnya tak tahu nak story apa bila masuk bulan baru,  Julai kali ini. Tiba-tiba bila saya buka blog, terlintas dalam fikiran yang pada bulan inilah secara rasminya dan secara tepatnya saya bergelar Blogger dan mempunyai blog sendiri.Nostalgia betul kann.

Happy Anniversary Blog Cik Matahariku:)

Syukur.
Alhamdulillah.Allah kurniakan kesihatan tubuh badan, Allah pinjamkan ilham dan kesempatan masa untuk saya luangkan menulis blog bagi mengisi masa lapang saya.Sebenarnya, kalau ikutkan macam takde masa lapang sangat, tapi bila kita suka dan minat dengan sesuatu, tanpa sedar, kita akan sentiasa ada masa untuk hal-hal yang kita sukai.Betul kan?

Sehingga kini, hampir 6 tahun saya berblog dengan menggunakan laptop Acer Ultrabook pemberian Encik Suami tersayang:) Keinginan saya untuk memiliki laptop dari jenis yang nipis dan ringan supaya mudah saya bawa ke mana-mana.Meskipun, banyak kemudahan berblog melalui telefon bimbit, saya tetap lebih selesa dengan menaip entri dengan laptop kesayangan ini.

Orait, pengalaman pada tahun ke-8 sebagai Blogger, bukanlah gah atau hebat sangat pun.But, as my hobby dan kini ia juga antara salah satu pasif income saya, maka saya anggap dengan mempunyai blog sendiri merupakan salah satu pencapaian terbaik saya dalam hidup ini.

Yup, meskipun melambak je dan ramai blogger baru yang mula membina blog sendiri, saya anggap itu semua sebagai petanda baik bahawa ramai ahli media sosial yang mula menyedari bahawa dengan berblog juga, mesej atau apa sahaja info yang kita ingin kongsikan, tetap mendapat perhatian netizen.

Menariknya, usia blog ini sebenarnya sama dengan usia kelahiran anak lelaki sulung, yang kami panggil Abang.Masih saya ingat, post pertama saya terbit pada tengahari Jumaat, pada 22 Julai 2011, dan pada petang harinya sekitar jam 7 petang, saya selamat melahirkan baby comel yang kami berikan nama Nur Muhammad Amsyar Iman:)

Saya kongsikan di sini kisahnya : Allah Selamatkan Kamu, Amsyar Iman

Pic ini diambil oleh seorang rakan sekelas semasa zaman belajar KPLI. Masa inilah saya mula mengenali dunia Blog dan menjadi Blogger secara Part time.

Seronokkah Menjadi Seorang Blogger ?
Saya mula belajar membuat blog sendiri ketika melanjutkan pelajaran dalam KPLI, di IPSAH sekitar tahun 2010.Masa tu, banyak masa lapang, selepas solat maghrib, saya akan kebosanan tak tahu nak buat apa.Ketika sambung belajar ni, suami dan anak-anak berada di KL, saya pula tercampak jauh hingga ke Kedah.sob.sob.

Jadi, masa itulah saya mula explore dan mula mengenali Blog.Saya bermula dengan wordpress, tapi kemudiannya saya dapati buat blog dengan Blogspot lagi mudah. Saya hanya menggunakan telefon bimbit ketika explore dan mula buat blog sendiri.

Perkara pertama yang saya sukai sejak mula berblog sehingga sekarang ialah saya bebas menulis dalam blog, tanpa berfikir dan mengambil pusing sama ada akan ada orang LIKE atau komen post saya:)- Perasaan menulis tanpa mengharap balasan inilah yang membuatkan saya lebih selesa berkongsi pengalaman atau apa sahaja info dalam blog berbanding sosial media yang lain.

Perkara kedua tentang menjadi Blogger yang saya anggap sebagai satu bonus ialah sambil menulis dan berkongsi pelbagai info, saya juga dapat menjana pendapatan sampingan atau pasif income dengan hanya berblog.Pada peringkata awal penglibatan saya dalam berblog, saya menggunakan medium iklan Nuffnang sebagai pasif income.Kemudian, selepas membaca melalui pengalaman Blogger lain dan pemerhatian saya, saya mula menyertai Affilliate Marketer dan seterusnya mencuba mohon Adsense untuk blog saya.

Kini, selepas 8 tahun sebagai Blogger Part Time, saya sangat bersyukur kerana Allah lorongkan saya sebagai Penulis kepada Blog saya sendiri.Blog bagi saya bagaikan satu ruang bagi saya melepaskan lelah selepas seharian menguruskan hal kerjaya dan komitmen sebagai isteri dan ibu dalam keluarga.

Menjadi Blogger adalah antara impian saya yang Allah permudahkan dan saya mendapatnya dalam perasaan yang sangat bahagia.Saya mahu jadi penulis, rupanya Allah aturkan saya menjadi penulis bukan untuk sebuah buku, tapi menulis di alam maya.

Hal ketiga yang saya anggap sangat beruntung sebagai Blogger ialah apabila saya mendapat pelbagai respon daripada kalangan pembaca blog, ada yang menghantar wassap, email, dan juga menghantar komen dalam blog berkenaan post yang saya publish. Gembira apabila dengan post resepi, info dan panduan yang kita kongsikan dalam blog, ramai pembaca yang dapat manfaat dan dapat meningkatkan lagi nilai hidup mereka.

Itulah impian saya, menjadikan minat saya ini sebagai amal jariah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan info berguna dalam urusan seharian mereka.

Semoga pada July tahun ini dan masa-masa seterusnya, saya diberikan motivasi yang kuat untuk terus menulis dan berkongsi hal-hal yang bermanfaat kepada semua pembaca yang saya hormati.Doakan juga saya sekeluarga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah dan kasih sayangNya yang tidak bertepi.aamin.

Terima kasih jika anda adalah pembaca setia blog ini sejak lapan tahun yang lalu:)
Semoga Allah temukan kita di akhirat sana dalam limpahan syukur dan bahagia yang tidak bertepi.



Post a Comment

3 Comments

  1. Tahniah.. Teruskan b'blog 😊

    ReplyDelete
  2. Tahniah
    Semoga blog terus bersinar seperti mentari

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, terima kasih sis.semoga terus sudi menyokong blog kecil ini..:)

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!