As Salam,
Okey, setakat ini je cerita masak-masak kita.Harap dapat membantu mak-mak kawasan yang nak masak ikan pacu style saya ni.InshaAllah, rasanya memang sedap, tambah lagi ikan pacu ni fresh dari sungai.Isi ikan ni memang segar dan kalau kita masak berkuah macam ni, dia tetap pejal dan pastinya sedap hingga menjilat jari.heheh.
Selamat mencuba!
Resepi Ikan Pacu Masak Lemak Cili Padi Dengan Belimbing Buluh Yang Sangat Sedap-Pertama kali saya cuba masak ikan pacu ni.Hujung minggu baru ni saya "teman"Encik Suami ke Pasar di Port Dickson.Asalnya cuma beli ikan gelama dan ayam dan beberapa jenis sayur, kebetulan "tercongok" kat meja ikan tu seekor ikan yang bulat dan agar besar saiznya.
Ikan Pacu Masak Lemak Cili Padi Dengan Belimbing Buluh Yang Sangat Sedap
Sambil tunggu orang pasar tu potong dan siang ikan yang kami beli, depa sempat promote kat kami yang ikan depan kami tu, ikan fresh.Ikan sungai dan namanya Ikan Pacu.Akhirnya Encik Suami mintak dibersihkan sekali ikan pacu tu.Nak try makan katanya.
lebih kurang saiz besar macam ni ikan pacu yang kami beli di pasar.Encik suami mintak pakcik kat pasar tu potong dan siang ikan tu siap-siap.
Akhirnya, baru petang tadi saya sempat masak ikan pacu ni ikut selera anak-anak.Depa request masak lomak cili padi.Saya layankan je sebab depa jugak yang nak makan sudahnya nanti kann.heheh.
Ikan pacu yang sudah digoreng dan sedia untuk dimasak lomak cili padi.
Resepi Ikan Pacu Masak Lemak Cili Padi Dengan Belimbing Buluh
Sumber Resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan
1 ekor ikan pacu saiz sederhana ( saya masak 6 bahagian yang sudah dipotong slice)
1 kotak santan jenama Kara
1/2 cawan air
1/2 cawan air
4 ulas bawang merah saiz sederhana (dikisar/tumbuk)
3 ulas bawang (dikisar/tumbuk)
1 inci halia (dikisar/tumbuk)
1 gengam cili padi ( kalau suka pedas boleh tambah lagi) (dikisar/tumbuk)
1 inci kunyit hidup/ satu sudu teh serbuk kunyit babas (dikisar/tumbuk)
2 batang serai yang dititik
4-6 biji belimbing buluh ( boleh tambah kalau suka sedikit masam)
Sedikit miyak
Garam dan gula secukup rasa.
Cara menyediakan Ikan Pacu Masak Lemak Cili Padi Dengan Belimbing Buluh
Sedikit miyak
Garam dan gula secukup rasa.
Cara menyediakan Ikan Pacu Masak Lemak Cili Padi Dengan Belimbing Buluh
- Goreng ikan pacu sehingga nampak kekuningan sahaja, tak payah garing sangat.Sebelum goreng, lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
- Sediakan bahan untuk buat kuah lomak cili padi iaitu masukkan sedikit minyak.Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar/ditumbuk.
- Kacau bahan hingga sebati.Masukkan juga belimbing buluh dan masukkan setengah cawan air.
- Biarkan sehingga naik bau dan terbit minyak supaya cili padi tadi telah betul-betul masak.
- Kemudian, masukkan santan kotak.Biarkan seketika.Perasakan.
- Akhir sekali masukkan ikan pacu yang sudah digoreng tadi.
- Gaul hingga rata, kalau kuah lomak cili padi dah mendidih dah sedia diangkat ikan pacu lomak cili padi tadi.
- Selamat menjamu selera:)
Langkah Demi Langkah Bergambar Masak Ikan Pacu Lemak Cili Padi Dengan Belimbing Buluh.
Sediakan bahan-bahan masakan lemak cili padi macam kat atas tu, korang boleh tumbuk kalau rajin atau blend sahaja. Saya bajet mak-mak mithali, so saya tumbuk segala mak nenek bahan tersebut.Lagi satu sebab nak bagi slim lengan yang dah sado semacam nih.haha. Kunyit hidup takde, saya ganti serbuk kunyit.
Inilah rupa sebenar ikan pacu yang kami beli dipasar PD.Ikan pacu ni sebenarnya sejenis ikan sungai.Kata makcik Google, rasanya lebih kurang bawal sungai.Den pun tak cuba lagi masa ni, jadi belum dapat confirmkan lagi rasanya macam mana.
sempat lagi mak sorang ni ambik pic bagai time masak kat dapur kann.haha.Dah kata Blogger Part Time, kenalah pandai cari peluang nak buat story mory untuk blog.Dah kerja hari-hari masak, tu jelah cerita paling best pun nak kongsi.huhai.
taraaa.dah siap tumbuk segala mak nenek bawang.belimbing buluh tu kalau ekau dapat yang besar saiznya, ko belahlah dua bahagian.Hok saya punya saiz kecik, so saya campak semua dalam kuali.kiki.Serai tu kita titik ja.
Ikan pacu pun dah siap goreng.yay! sebenarnya ada sesetengah orang masak lemak cili padi, ikan tu tak digoreng pun, tapi cara saya, saya suka goreng dulu ikan pacu ni, barulah dimasak dengan kuah lemak cili padi.
Tumis dengan sedikit minyak tujuannay nak bagi cili dan bahan-bahan lain masak elok dan lebih sedap.
Kalau kuah dah agak pekat, rasanya pun semua dah okey, bolehlah kita masukkan ikan pacu yang dah digoreng tadi.
Masa ni bau masakan dah semerbak satu rumah. Tinggal nak layan dengan nasi putih panas, lawan dengan sayur kangkung atau kailan goreng belacan.Pheww.sedap beb.
Orait, inilah hasilnya Ikan Pacu masak lemak cili padi-Kalau nak lagi mantap, boleh masukkan daun cekur yang dihiris nipis.
Okey, setakat ini je cerita masak-masak kita.Harap dapat membantu mak-mak kawasan yang nak masak ikan pacu style saya ni.InshaAllah, rasanya memang sedap, tambah lagi ikan pacu ni fresh dari sungai.Isi ikan ni memang segar dan kalau kita masak berkuah macam ni, dia tetap pejal dan pastinya sedap hingga menjilat jari.heheh.
Selamat mencuba!
3 Comments
first time dgr ikan pacu..sdapnyer..
ReplyDeleteyup sis, ikan ni memang sedap, rasa fresh isinya...boleh try cari di pasar kalau teringin..
DeleteWynn Slots for Android and iOS - Wooricasinos
ReplyDeleteA free app หาเงินà¸à¸à¸™à¹„ลน์ for https://deccasino.com/review/merit-casino/ slot machines from wooricasinos.info WRI Holdings Limited that https://shootercasino.com/merit-casino/ lets you play the popular games, such as free video slots, table games and live casino communitykhabar
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!