As Salam,
Sambal Udang Petai Cili Padi : Lain Dari Yang Biasa Dan Pastinya Lebih Sedap-Wahh.Kemain bagi tajuk kat entri hari ni.Masalahnya resepi yang nak dikongsi ni adalah air tangan sendiri walaupun idea asal dari Mak Muo saya. Harap jangan kecik hati ya readers-readers semua.kikih.
Sambal Udang Petai Cili Hijau : Lain Dari Yang Biasa Dan Pastinya Lebih Sedap:)
Masakan sambal udang petai cili hijau ni sebenarnya saya sediakan di rumah pada dua minggu lepas.Biasanya kalau masak sambal udang, saya tak pernah pun masak dengan cili hijau.Saya masak macam korang jugak, guna cili kering yang diblend.Jadi pastilah warna sambal udangnya merah.
Tapi kali ini, atas permintaan suami, saya cuba masak sambal udang cili hijau.Asalnya time balik kampung Muo tempohari, Mak Muo saya masak sambal udang petai versi cili hijau.Jadi Encik Suami mintak masakkan lagi sambal udang cili hijau seperti Mak Muo tu.Bagi saya, selain rasa sambal lebih sedap sebab bercampur dengan udang yang fresh, gabungan petai pula memang membuka selera.Jadi, overall resepi sambal udang cili hijau ni memang marvellous dan lebih sedap dari yang biasa kalau kita masak dengan cili kering.Yeahh.
warna sambal udang ini tidaklah jadi hijau sebenar sebab adanya campuran udang fresh.
Serve makanan macam ala-ala restoran, padahal masa ni makan kat rumah je pun.haha. Sebenarnya nak shoot pic untuk masuk dalam blog, gigih saya serve sambal udang petai macam ni.Mesti korang tengok pun rasa lapo kann.kiki.
Boleh klik video untuk tengok cara saya masak sambal udang petai cili padi yang mudah dan sedap sangat weii!.haha.
Resepi Sambal Udang Cili Hijau Yang Mudah dan Sedap
Sumber resepi : Mak Muo Blogger Cik Matahariku
Resepi disediakan oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahan
Udang segar dalam 1 kilo ( Ikut bilangan ahli keluarga )
Cili Hijau dalam satu gengam setengah
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 gengam ikan bilis
satu sudu teh atau sudu kfc asam jawa extra Adabi
1 mangkuk kecil petai
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan Sambal Udang Cili Hijau Yang Mudah dan Sedap
- Bersihkan udang dan toskan airnya
- Blend atau tumbuk kasar cili hijau, bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
- Hiris bawang besar.
- Masukkan minyak masak yang secukupnya.
- Masukkan bawang besar yang sudah dihiris.Goreng sehingga naik bau dan warna bawang sedikit sedikit layu.
- Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk dan kacau perlahan hingga sebati.
- Perasakan sambal udang dengan garam dan sedikit gula
- Biarkan seketika sehingga terbit minyak.
- Masukkan udang fresh dan kacau sehingga rata.Bila udang sudah berubah warna kepada oren kemerahan, itu maknanya udang dah hampir masak.
- Akhir sekali masukkan petai.
- Biarkan seketika dan sedia untuk dihidang.
Langkah bergambar Menyediakan Sambal Udang Cili Hijau
Bahan-bahan untuk menyediakan sambal udang cili hijau.
Udang fresh sekitar 1 kilogram atau lebih sikit ikut bajet bilangan ahli keluarga yang nak makan.
Petai ni sebenarnya ikut korang.Nak banyak atau sikit.Petai ini akan menjadikan sambal udnag korang lebih mantap dan menyelerakan.
Nah, persiapan bahan untuk masak sambal udang petai yang mudah dan sedap.
Bawang besar yang sudah siap dihiris.
Bahan-bahan yang dah siap diblend atau tumbuk kasar sahaja.
Pastikan sambal cili hijau telah benar-benar terbit minyak barulah boleh dimasukkan udang yang fresh tadi.
Bila sambal dah cukup masak, barulah kita masukkan udang fresh dan gaul sehingga rata.
Akhir sekali barulah masukkan petai.Kalau saya masak dengan campuran petai, saya tak suka petai ni jadi over cook, lebih sedap kalau petai masih lagi rangup bila kita tergigit time makan nanti.
Biarkan seketika sehingga warna udang menjadi oren kemerahan.Ia petanda yang udang kita sudah masak dan sedia untuk dihidang.
Sambal udang petai cili hijau yang mudah untuk disediakan dan pastinya sedap dari biasa.
Sambal udang petai is done.Alhamdulillah, jemput makan semua:)
Kalau korang rajin tengok kat Youtube, boleh klik link ini untuk cara mudah menyediakan dan memasak Sambal udang Petai Cili Hijau- Boleh klik gambar kat atas.
Selamat mencuba semua:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!