Blog Cik Matahariku Capai 44 Juta Pageviews : Make Things Happened :)-

As Salam,
Blog Cik Matahariku Capai 44 Juta Pageviews : Make Things Happened :)-yay! kesibukan sepanjang Ogos dan September rupanya tidak berakhir di situ.Jadual Oktober saya juga sudah penuh dengan pelbagai rancangan. Opss..jangan salah faham, saya masih kerja jadi cikgu tapi bagi kebanyakan cikgu di sekolah, hampir hujung tahun, semakin banyak sebenarnya tugas yang menanti untuk disiapkan.Bertabahlah ya!

Blog Cik Matahariku Capai 44 juta pageviews pada awal Oktober lalu.Alhmdulillah, semoga Allah permudahkan langkah seterusnya dalam memajukan blog.aamin

Tahu-tahu, kesibukan dua bulan lalu, sampai saya terlepas peluang nak kongsi printscreen pageviews blog ini dah capai ke-44 juta views.Alhamdulillah.Allah jua sebaik-baik pemberi.Dalam semua orang kiri kanan kita sibuk dengan media sosial, perasaan gembira terselit juga sebab blog ini turut menjadi antara "media sosial" pilihan readers yang masih bertahan sejak 8 tahun lalu.

Blog ini adalah "dunia lain" bagi Cikgu Matematik seperti saya.Saya ada mendapat wassap daripada seorang ibu kepada murid saya di sekolah, beliau tak sangka blog yang dikunjungi untuk mendapat resepi adalah kepunyaan salah seorang guru di sekolah anaknya.hihi.Cikgu ada Blog rupanya..segan pun hado.Tapi tulah hakikatnya.Bila ada orang kenal kita, maknanya dunia ini tidaklah sebesar mana kann.


Blog Cik Matahariku Capai 44 Juta Pageviews : Make Things Happened :)-
Sebenarnya banyak benda happy berlaku sejak awal Oktober ini.Harapnya ia berterusan dalam hidup saya.Cumanya, saya mohon semoga kalau saya happy dan bahagia, semua orang yang saya sayang juga rasa begitu:)


Saya fikir tagline " Make things happened " ibarat visi hidup saya dalam tempoh 5-10 tahun ini.Yup, semua orang punya impian.Mungkin ada impian bagi orang lain, tapi ia sudah jadi realiti bagi saya.Mungkin.Mungkin ada doa dan harapan bagi orang lain, tapi ia sudah termakbul bagi saya.Allah jua sebaik-baik perancang. Saya melihat semua pemberianNya bukanlah sesuatu yang sia-sia dan tidak ada makna dalam hidup saya.Oh ya! saya baru sahaja sebulan meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-24 tahun.haha.Muda lagi bukan.#takpayahpercayasangatt.


Saya fikir sudah cukup masa, saya hanya mengikut dan menerima dalam hidup saya.Mesti ada sebab kenapa Allah masih izin saya hidup hingga saya mencatat post ini.Saya ingin pula memberi dalam hidup saya.Bukan lagi jadi manusia yang mengharap orang lain buat untuk kita, melainkan kita pula beri peluang dan ruang kepada orang untuk berjaya atau lebih berjaya dari kita:)

Fokus saya ialah untuk keluarga saya.Untuk anak-anak di rumah dan anak-anak di sekolah.Saya masih ingat waktu usia saya sekitar 9 tahun, ada seorang guru yang menjadi asbab saya jatuh cinta kepada dunia penulisan.Menjadi yakin bila menulis.Menjadi gembira dan rasa berguna dengan hasil tulisan saya.Dia ialah Guru Bahasa Melayu saya, yang kami panggil Cikgu Nora.Guru yang baik dan sopan tutur katanya.


Selepas karangan pendek saya tentang seorang putera raja yang menyelamatkan seorang puteri raja mendapat pujian, ditambah dengan tulisan tangan yang cantik, kemas dan bersih ( menurut guru BM sayalah ketika itu, macam syok sendiri pulak bila menaip begini.haha).Saya tidak lagi ragu-ragu dengan karangan saya di sekolah.

Saya ingin jadi seperti cikgu BM saya itu.Yang tidak pernah pandang rendah pada anak-anak muridnya, yang selalu yakin bahawa kami punya potensi besar untuk digilap.Saya ingin jadi "asbab" kepada "perkara baik" yang berlaku dalam hidup anak-anak kecil saya di rumah dan sekolah.Aaamin.

Blog Ibarat " Perkara Baik Yang Saya Miliki Dalam Hidup "-
Berblog sejak 8 tahun lalu, dengan pageviews 44 juta dan pendapatan Adsense yang lumayan ( eh, karang orang LHDN kejar saya.opss)-Blog ini ibarat antara perkara baik yang berlaku dalam hidup saya. Terima kasih ya Allah yang melorongkan saya ke dunia ini.Dunia seorang penulis "part time" tapi saya mohon semoga jika ada manfaat yang pembaca dapat dari blog ini sifatnya tidaklah sementara sahaja.

Moga-moga ia akan menjadi amal jariah saya buat bekalan di alam sana.aamiin. Jika ada yang mahu tahu, tidakkah rugi bila menulis, pengikut tidak ramai, saya pula bukanlah aktif sangat dalam mengupdate blog ini, maka saya senang sahaja menjawab begini : Seorang penulis sejati tidak menulis mengikut kehendak orang lain, ia menulis mengikut kehendak sendiri dan hati sendiri.

Orait, InshaAllah.Jika berkelapangan, saya kongsikan lagi perkara menarik dan tak menarik yang berlaku dalam blog ini.Doakan semoga impian saya tercapai dengan mudah, diberikan kesihatan yang sempurna dan selalu positif dalam menerima apa sahaja ketentuan hidup.Aaamin.

Sampai jumpa lagi :)

Post a Comment

7 Comments

  1. Byk inspirasi dlm blog cikgu cikmatahari ni utk terus brbloging..tq sharing

    ReplyDelete
  2. Saved as a favorite, I like your website!

    ReplyDelete
  3. Thanks a lot
    . Useful woman !

    ReplyDelete
  4. This article is really a fastidious one it helps new net people, who are wishing for blogging.

    ReplyDelete
  5. Wah hebat.. Tahniah..
    Husniey follow sini #522

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!