Agar-agar Coklat Yang Sedap dan Mudah Disediakan

As Salam,
Agar-agar Coklat Yang Sedap dan Mudah Disediakan- Waktu PKP minggu kedua bagi saya sebagai Guru sedikit sibuk.Kami sudah diarahkan supaya meneruskan PDP dengan menggunakan pelbagai kaedah masa kini, dengan cara yang paling mudah disediakan, dicapai dan mudah dibuat oleh murid.Subuh sapiee wassap Official sekolah tak berhenti berbunyi.Berdengung jugak kepala saya dibuatnya oi.

resepi agar-agar coklat sukatan cawan
Agar-agar Coklat Yang Sedap dan Mudah Disediakan-saya namakan agar-agar ini agar-agar  coklat sebab saya tambah serbuk koko dalam resepi kali ini.Hasilnya warna agar-agar lebih cantik, rasanya lebih sedap dan manis.

Apapun, saya tetap selesa dengan style kerja Work From Home (WFH).Yelah, kot ko stress jap, bolehlah mengelat jap jenguk dapur ke, lepak kat bilik ke..pi balcony ke..hihi.Kalau kat sekolah, pusing-pusing, kantinlah tempat kegemaran saya.hehe.

Hey, malam semalam, saya tak mengantuk lagi walaupun jam dah pukul 11.30 malam. Sudahnya saya turun pi kitchen, dan buat agar-agar.Teringin pulak nak makan agar-agar, walaupun ko tahu ko tetap kena tunggu esoknya baru boleh ngap.haha.

gambar agar-agar milo coklat yang sedap dan cantik
Nak kata gigih sangat tu, idoklah teman oi.Kat kitchen saya kebetulan ada acuan macam tu, saya pun tuang jelah agar-agar yang dah siap didih tu. At least boleh "racun" korang dengan pic yang mengancam ni dan sama-sama buat agar-agar yang sedap sangat ni.mueheh.Jomlah buat:)

At least, esok paginya tinggal ambik kat fridge dan boleh terus ngap kan. Ada sesiapa readers kat blog ini yang suka Agar-agar Milo? Yay!!-kalau ada, kita geng:)

AGAR-AGAR COKLAT YANG LEMBUT DAN SEDAP
Resepi Mudah Agar-Agar Coklat
satu paket agar-agar tali
1.5 litre air masak
7 sudu besar milo
2 sudu serbuk koko
1/2 tin susu pekat 
4 sudu besar gula pasir
1 cawan air panas

Cara Menyediakan Agar-Agar coklat yang lembut dan sedap
1. Masak agar-agar dalam periuk dengan 1.5 liter air.
2. Masukkan sekali 4 sudu gula pasir. Biarkan agar-agar dan gula sampai larut.
3. Sediakan 7 sudu besar milo dan 2 sudu serbuk koko ( campurkan ), satu cawan air panas dan 
    setengah tin susu pekat, kacau supaya larut.
4. Bila agar-agar dah larut, masukkan air milo yang sudah siap dikacau ke dlm periuk tadi. Kacau       
    sehingga larutan tadi semakin pekat @ mendidih.
5. Tuang agar-agar milo ke dlm acuan atau bekas dengan menggunakan tapis.
6. Sejukkan dlm peti ais dlm tempoh 2-3 jam sebelum dihidangkan.

gambar agar-agar milo sukatan cawan
Ini agar-agar Milo yang pernah saya kongsikan dalam blog sebelum ini.Ada yang ingat, saya buat agar-agar gula melaka.Mungkin warnanya seakan air gula melaka.Boleh klik link di bawah untuk melihat Resepi agar-agar Milo sukatan cawan ini-

agar-agar milo resepi cik matahariku
Kali ini saya kongsikan agar-agar coklat iaitu campuran Milo dan serbuk koko.Alhamdulillah, rasanya memang lebih sedap dan lembut di tekak.

resepi agar-agar milo untuk jualan
 Ini pula agar-agar coklat yang saya dah potong-potong untuk dikongsi dengan jiran-jiran berhampiran.

resepi agar-agar milo mudah disediakan
kalau rasa terpikat dengan agar-agar coklat ni, bolehlah buat sekarang ya! hehe.

agar-agar milo kesukaan anak-anak
orait, saya siap potong-potong dalam bekas supaya anak-anak senang nak ambil dan makan.

Thanks read this entry :) Selamat mencuba dan boleh kongsi di ruangan komen jika korang dah buat ya! InshaAllah, sampai jumpa lagi.


Post a Comment

5 Comments

  1. Replies
    1. silakan cuba sis..sedap dan sejuk bila dimakan..:)

      Delete
  2. Replies
    1. ya WP, buat agar-agar time musim panas, makan time dah sejukkan dlm fridge..mmg sedap!

      Delete
  3. 1 paket agar2 yg 25g tu ya puan.?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!