Great Starter February : Blog Cik Matahariku Capai 48 Juta Views:)

Alhamdulillah,
As Salam.Hai! Ada ke peminat atau readers yang tertunggu-tunggu update blog suam-suam kuku ni.kehkeh.Korang kena faham.Cikgu ni memang la kerjanya banyak nau cuti ( itu ikut pendapat ramai oranglah kann ), tapi kerja buat dia pun bukan satu benda je.Tambah lagi kalau ko sendiri "terlebih rajin dan beriya" bila buat kerja tu, memang ada jelah kerja ko yang tak habis-habis.haha,gitu.

Blog Cik Matahariku capai 48 juta pageviews:) Alhamdulillah.

Orait, saya mulakan mukaddimah post kali ini pastilah yang sesuai dengan tajuk kann.Blog Cik Matahariku dah capai 48 juta views.Alhamdulillah. Allah mengurniakan kemudahan yang banyak kepada saya dalam berblog.Masih saya ingat lagi, antara dorongan saya mula menulis dan membina blog ini ialah apabila Encik suami menyediakan wifi di rumah, dan korang pun tahu, bila ada kemudahan internet yang laju, itulah part paling heaven bagi semua blogger se-Malaya.haha.

printscreen yang sempat saya ambik time pageviews blog capai 48 juta views-yang terkini punya pageviews dah 48 juta lebih-InshaAllah, road to 50 million views:)

Kerja menulis blog ini, bukan setakat kita taip cerita, kita akan upload gambar, blogwalking, upload video dan banyak lagi.Benda-benda tu semua memerlukan kepantasan dan kemudahan internet.Jadi, pada tahun-tahun awal berblog, saya terfikir, rasa membazir juga kalau saya tidak bersungguh-sungguh berblog.Bil wifi pun 'ada orang' tolong bayarkan.heh.Saya cuma perlu ambik sedikit masa untuk menulis dan berkongsi dengan readers.

Antara header yang saya pernah guna untuk Blog Cik Matahariku:)

Nah, dari asal Encik Suami tak tahu pun yang saya ada blog, sampai dia sendiri yang bagi idea apa apa yang patut saya share dalam blog, ada masa dia tanya juga pendapatan atau earnings blog ( lain macam jek..hihi), sehinggalah kini, tahun ke-9 saya dalam dunia blog, saya bersyukur sebab secara peribadi, suami faham minat saya dan tahu kalau wife dia sorang ni tengah menghadap laptop, means tengah berbloglah tu.

Untuk kali ini, saya ingin kongsikan kepada korang yang berbakat dalam penulisan, tapi tak tahu nak mula dari mana, buatlah blog sendiri.Tulislah apa-apa yang baik dan sesuai untuk dikongsi dengan readers. Kecenderungan netizen pula, mereka memilih untuk membaca tulisan yang tidak terlalu berat pengisiannya.Gunakan bahasa dan gaya penulisan santai, tapi lebih baik kalau guna Bahasa Melayu standard.

Maksud saya, janganlah korang taip blog tu dengan guna perkataan budak-budak zaman sekarang dengan ejaan yang tak masuk akal dan macam budak tak belajar Bahasa Melayu kat sekolah.Kita yang nak baca pun pening nak faham apa yang dia orang tulis.Ini pandangan peribadi.

Sebagai Blogger, dalam keadaan macam mana pun, tulisan kita melambangkan idea dan cara kita berfikir,Kalau kita bagi pendapat atau kongsi benda yang negatif, ia bukan sahaja menunjukkan persepsi negatif tentang diri kita, tapi blog kita juga akan terpalit sama.Elakkan memburukkan orang lain apatah lagi menabur fitnah.

Eh, dah macam bagi tazkirah pulak gamaknya ni.heh.Bertabahlah ya.Blog kita, kita punya suka nak taip apa.kiki.Orait, sebenarnya, tips nak pelawat tak berhenti datang blog kita ialah kita kongsi hal-hal yang pelawat suka cari atau mahu cari di Google.Kita bukan selebriti yang orang akan google nak tahu lifestyle kita, jadi kalau macam blog akak ni ( suam-suam kuku) kongsilah benda yang khalayak pembaca pasti cari dan tak kisah siapa yang menulisnya.

Misalnya, kita kongsi tempat makan best, pengalaman bersalin kat hospital dot-dot, cara bersihkan baju sekolah yang sangat kotor, cara masak sambal sardin yang pedas dan sedap.Benda harian tapi ramai orang ingin tahu sebab depa nak tahu pengalaman atau apa nasihat kita untuk mereka yang akan lalui atau hadapi situasi sama.InshaAllah, lebih banyak kita baca blog orang lain, lagi banyak input yang kita boleh dapat.Learn from others is learning.

Okey.dah. Post ni sebenarnya dah simpan lama dalam draft, hari ni time check draft post baru perasan, tak publish lagi.Redho jelah korang yang baca post ni ya.Tahu-tahu dah masuk bulan Mac pun.huk aloh.





Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah, Allah tempat sebaik-baik pujian, terima kasih WP selalu drop comment kat sini:)

      Delete
  2. Perghhh power ... memang hebat. Blog saya yang dari 2010 pun tak cecah 40juta PV lagi. Mantap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah tuan HH, blog tuan lah yang dulu sampai sekarang memberi inspirasi kpd saya dlm berblog:)

      Delete
  3. Alhamdulillah tahniah! 48 juta PV! sangatlah WoW compare dengan Mrs. A hahahaa sedeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, jangan risau dan sedih, inshaAllah, akan sampai jugak views blog sis keangka ini dan sy doakan lebih baik lagi:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!