Mudahnya Buat Kuih Keria Gula Melaka Dengan Ubi Keledek Oren @ Sweet Potatoes

As Salam,
Mudahnya Buat Kuih Keria Gula Melaka Dengan Ubi Keledek Oren @ Sweet Potatoes -Hari Selasa lepas, sehari sebelum PKP, Encik Suami beli barang kelengkapan dapur termasuk beberapa makanan favourite dia dan kami anak beranak.Antaranya termasuklah ubi keledek oren.Korang suka tak makan ubi keledek ni.Kalau family saya, ubi keledek hanya laris kalau digoreng cicah dengan sambal kicap Johor atau dibuat kuih keria ( kalau mem rumah rajinlah ).Kalau saya buat pengat atau campur dalam masakan lemak, memang depa dok pandang jelah.huhi.

resepi kuih keria cik matahariku
Mudahnya Buat Kuih Keria Gula Melaka Dengan Ubi Keledek Oren @ Sweet Potatoes 

Alhamdulillah, hari ke-7 PKP, Mood rajin saya datang.haha.Walaupun saya tahu, ubi keledek oren ni kurang sesuai dibuat kuih keria kerana kandungan airnya yang lebih banyak bila di rebus, tapi saya usahakan juga membuatnya sebab kalau tidak mahu menjalar pokok ubi keledek kat dapur saya nanti.hehe.

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Dengan Ubi Keledek Oren
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan :

Ubi keledek oren sekitar 800 gram ( sukatan dua mangkuk sup )
2 mangkuk ( mangkuk sup) tepung gandum ( boleh kurangkan kalau adunan dah ok)
1 tongkol gula melaka
satu sudu makan gula pasir
1/4 cawan air masak
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Step By Step Buat Kuih Keria Gula Melaka Dengan Ubi Keledek Oren @ Sweet Potatoes 

mudahnya buat kuih keria
Potong ubi keledek oren sebelum direbus.Gula melaka tu saya potong semua sekali ya. Jangan tanya pulak awat gula melaka saya kilat semacam, haha.Itu sebenarnya wap dari peti sejuk.Saya simpan gula melaka ni dalam fridge agak lama.Nak buat kuih keria, baru teringat saya ada stok gula melaka yang belum bukak lagi plastiknya.huhu.

kuih keria mudah dan sedap
 Berdasarkan cubaan yang saya buat dengan sukatan ini, saya guna dua mangkuk ubi keledek rebus dan dua mangkuk tepung gandum, saya dapati sukatan tepung perlu dikurangkan lagi.Jadi caranya, bila korang nak try buat nanti, sukatan tepung yang kedua, jangan curah semua dalam bekas, masukkan sedikit-sedikit dulu, hingga sukatannya jadi okey.

Jangan takut bila menguli doh kuih keria ia jadi sedikit lembik, kalau dah macam ni, kira dah okey.Jangan tambah tepung lagi, takut kuih keria jadi liat dan kurang sedap sebab lebih rasa tepung berbanding ubi keledek.

gambar kuih keria ubi keledek oren
Bila dah siap uli tepung gandum dengan ubi keledek, kita bentukkan dia jadi rupa macam donut.Ada dua cara atau tips nak bentukkan kuih keria ni, yang pertama ambik sikit minyak masak sapu kat tangan sebelum kita membulat-bulatkan kuih keria.Cara kedua, saya guling-gulingkan dengan tapak tangan kat atas papan pemotong.Papan pemotong tu kena tabur tepung siap-siap.Kalau yang biasa buat kuih keria, depa memang tahu, adunan atau doh kuih keria ni memang akan jadi sedikit lembik berbanding kita buat kuih donut atau karipap.

resepi kuih keria keledek oren cik matahariku
Jangan lupa tabur tepung atas dulang kuih keria supaya tak lekat.Kalau tidak jenuhlah kita nak bulatkan dia balik sebab lekat kat atas dulang.Resepi ini, korang akan dapat lebih kurang 28-30 biji kuih keria, bergantung saiz yang korang buatlah.

gambar kuih keria dengan ubi keledek oren
Rupa kuih keria yang sudah digoreng dan sedia untuk disira dengan gula melaka.Kalau cara mak Muo saya buat kuih keria, dia akan campur gula siap-siap time uli doh.Jadi kalau tak sira pun takpe, sebab dah sedia manis.

resepi kuih keria ubi keledek oren cik matahariku
Nah, dah siap sira kuih keria gula melaka kita.hehehe.Jemput makan semua:)

Boleh juga tengok-tengok resepi kuih keria gula melaka yang saya pernah buat sebelum ini dengan  menggunakan ubi keledek putih.Bagi saya, rasanya lebih sedap dan bentuknya lebih gebus.hehe.
Klik sini untuk resepi : Cara Mudah Buat Kuih Keria Gula Melaka

Yang ini kuih keria yang saya pernah buat dengan menggunakan ubi keledek putih.Ramai yang cadangkan ubi keledek jenis putih utk dapatkan kuih keria yang lebih sedap dan menjadi.Tapi bagi saya, yang penting jika kita buat kuih keria ni ialah sukatan tepung gandum jangan terlebih berbanding ubi keledek, jika tidak memang potong stim lah.kiki.

Terima kasih singgah blog saya hari ni:) semoga dapat manfaat yang banyak-


Post a Comment

5 Comments

  1. Replies
    1. eh.. betul jugak kann.. makan lagi senang.. hihi

      Delete
  2. Sedap! Tapi belum pernah cuba buat. Biasa beli je :) Tq share resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes sy beli juga kalau takde bhn di rumah.. 😬but kl ada bhn mmg buat sendiri sbb mudah je buatnya..☺️☺️

      Delete
  3. Sedappnye..sy baru siap bentukkn keria keledek oren..harap² jd lah nk sira gula melaka nnt.. InshaAllah 😁

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!