Pokok Kari Tumbuh Subur dan Berbunga Selepas Disiram Air Basuhan Beras

As salam.
Pokok Kari Tumbuh Subur dan Berbunga Selepas Disiram Air Basuhan Beras-Haih.Cuti sekolah kali ini sekali dengan Cuti kuarantin di rumah memang bagi saya peluang yang banyak untuk berkebun.haha.Padahal tanah sekangkang kera pun takde kat rumah ni.Saya baru nak berjinak-jinak menanam dan menjaga pokok.

gambar pokok kari subur dan berbunga
Pokok Kari Tumbuh Subur dan Berbunga Selepas Disiram Air Basuhan Beras

Punyalah kemaruk dan tiba-tiba jadi minat berkebun, sampai saya follow satu Grup Berkebun dari Rumah di Facebook-Bukan tu je, dengan Encik Suami saya invite untuk join grup tu dan paksa dia accept invitation tu.haha.Bertabahlah suamiku. Sebelum saya invite Encik Suami masuk grup yang sama, saya suka spam phone messenger atau wassap suami saya dengan banyak status tentang tanaman sayuran dan apa sahaja yang menarik tentang hal perkebunan.Lama-lama saya macam fed up, sudahnya saya paksa dia join saya.heh.

Orait, pokok kari saya nan sebatang ni asalnya adalah pemberian Abang ipar saya dari Johor Bahru. Yang sebenarnya, saya mintak dia tanamkan dulu untuk saya, bila dah tumbuh, saya mintak dia bagi kat saya. Sebab Abang ipar saya ni memang tanam apa je menjadi dan subur, berbanding dengan adik ipar dia nan sorang ni.haru betul.

Seingat saya dekat setahun jugak pokok kari tu dibawah jagaan saya.Dalam tempoh tu, dua kali mati dan hidup semula pokok kari tu.Mungkin berkat keikhlasan si pemberi dengan niat sodaqoh, pokok kari ni memang legend tau.Jap korang tengok asal pokok ni sebelum saya bagi air basuhan beras.

pokok kari cik matahariku
Ini pokok kari saya sebelum disiram air basuhan beras.Subhanallah.Saya ikut tips kat Grup Berkebun dari rumah di FB, maka saya try siram pokok kari ni dengan air basuhan beras.Alhamdulillah.Sungguh.Allah yang menghidupkan dan mematikan tanam-tanaman.Kita tiada daya upaya pun untuk menyuburkan tanaman ini.

kebaikan dan khasiat daun kari
Sekarang pokok kari saya sudah mula berdaun lebat dan subur selepas saya siram dengan air basuhan beras sekali sehari.Kadang-kadang saya gilirkan dengan siraman air paip biasa.Saya juga letakkan sisa makanan dalam pasu tu seperti kulit bawang dan juga kulit telur.Ini pun tips yang saya ikut dari mereka yang berpengalaman.

Seperkara lagi yang saya suka dengan pokok kari ni, ia banyak khasiat dari pucuk, bunga sehinggalah daunnya.Memang tak rugi kalau kita tanam sepokok pokok kari ni kat rumah.Tapi macam yang saya bagitahu tadi, saya ni bukanlah level pekebun jaya lagi, jadi memang tak dapat rasa hasil lagi daun kari ni.

gambar pokok kari selepas disiram air beras
Bunga pokok kari yang sangat harum baunya, hampir setiap pagi saya akan hidu haruman bunga ini sebelum saya siram dengan air basuhan beras.Terima kasih ya Allah atas nikmat indah ini.aamin.

Bila pokok ni berbunga, bukan saya sorang je yang kejakunan, anak-anak saya pun excited bila nampak pokok tu berbunga termasuklah Encik Suami kesayangan.Kami baru tahu, bunga pokok kari ni rupanya berbau harum macam bunga cina yang warna putih kecik-kecik tu.Subhanallah.

Saya ada banyak permintaan kat Encik Suami supaya sediakan rak tanaman sayuran, sediakan saya tanah untuk berkebun dan temankan saya ke nursery untuk cari benih untuk semaian, dia buat tak layan je.Sebab sejarah saya menjaga tanaman yang sebelum ini memang tak pernah berjaya.huhai.

Ini antara spam yang saya buat kat phone suami.kiki. Mesti dia bengang kan.Tapi saya tahu dia sayang saya n akan tolong saya realisasikan impian saya dalam dunia perkebunan ni.hihi.

Dia cabar saya supaya jaga dan hidupkan dulu pokok kari saya yang nak mati tu.Sabo je.Tu yang saya gigih ikut dan cari grup berkebun bagai.Ahamdulillah.Secara tak langsung, Allah bagi saya ilmu berkebun yang selama ini saya tak ambik port pun.Saya ingat tanam pokok ni semudah abc je.Allahuakbar.

ok.ok.Gigih korang baca post ni sampai bawah ya.Saya ni sejak dapat cuti kuarantin and kena #stay@home je, status saya bukan lagi Blogger part time tau, saya dah bersemangat nak update blog seploh kali sehari tau.ahaks. 

Orait, semoga perkongsian kali ini dapat bagi sedikit info kat korang yang baru nak belajar berkebun macam saya.Ada ke readers saya yang baru nak belajar berkebun? Say hi kat komen please:)

Jaga tanaman korang elok-elok ya!



Post a Comment

11 Comments

  1. Replies
    1. Hi WP!Tolong tunjuk ajar saya tanam sayur dan pokok bunga ya.Terima kasih lawat blog saya:)

      Delete
  2. festimee tengok bunga pokok kari..
    comeyy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..saya pun sama, first time jugak tengok bunga pokok kari..hehe..

      Delete
  3. Pokoknya perlu matahari terik atau redup je sis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ini saya letak pasu pokok kari ini diluar pagar dan direct matahari, tapi nampaknya ia semakin kering, bila saya pindahkan ke kawasan redup berbumbung, gemburkan tanahnya dan buang semua daun yang rosak, siram dua kali sehari selang seli dengan air basuhan beras, alhamdulillah, ia kini sudah subur dan berdaun lebat :)

      Delete
  4. Terima kasih cik matahariku share entry ni. Saya suka baca. Sy pun baru nak jinakkan diri belajar tanam pokok. Ahaha.

    ReplyDelete
  5. Salam sis, saya tanam anak pokok kari asyik mati jer, masih boleh di selamatkan ke,? Gembur tanah then siram pakai air basuhan beras.. air tu kena banyak atau sekadar cukup tanah tu lembap ya?

    ReplyDelete
  6. setakat pengalaman saya tanam dan jaga pokok ni, pokok kari memang tiada masalah jika kita siram air dnegan banyak asalkan pasu pokok tu dapat mengalirkan air dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Air disiram banyak ke sikit? 2x sehari ke 1x je? Utk pokok kari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya saya siram pokok kari ni dua hari sekali, sebelum nak siram utk hari esoknya, check dulu tanahnya.Kalau tanah masih lembap, maknanya tak payah siram lagi.kalau tanah mulai kering, bolehlah siram.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!