Resepi dan Cara Mudah Buat Samosa Rangup Dengan Inti Sardin Dan Kentang

As Salam,
Resepi dan Cara Mudah Buat Samosa Rangup Dengan Inti Sardin Dan Kentang-Alhamdulillah.Semoga Allah beri kemudahan yang banyak kepada kita dalam melaksanakan kewajipan masing-masing.Aaamin.

Kalau nampak saya update resepi dalam post terbaharu saya, bukanlah bermakna saya "boleh makan sedap-sedap dan happy macam tiada apa yang berlaku".

Jom cuba buat Samosa yang rangup dan sedap dengan inti sardin kentang-

Saya juga seperti frontliner atau backliner yang lain, mereka sedang menjalankan tanggungjawab mereka.Saya juga sedang laksanakan kewajipan saya dalam rumah tangga saya.Anda pun begitu kan? bagi mak-mak macam kita, kita ibarat frontliner di rumah kita.

Jadi, jangan gusar kalau nak share resepi yang kita masak, tambah lagi bila kita post kat akaun media sosial kita sendiri.hehe.Bukan semua benda yang kita buat atau kita fikirkan berkaitan wabak covid-19 kita nak share dan cerita kat semua orang kan?Its up to you guys.Allah watch and knows us.

Gigih saya ambik shoot samosa yang tak semengah mana ni, adoii..yang penting samosa ni memang recomendded kat korang buat sebab bahan-bahan pun guna mana yang kita ada dan mampu je.ahaks.

Resepi dan Cara Mudah Buat Samosa Rangup Dengan Inti Sardin Dan Kentang
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan :
1 paket Kulit popia
1 tin sardin
1 labu bawang besar ( dihiris)
2 biji kentang saiz sederhana ( direbus dan dipotong dadu )
5-10 tangkai cili padi ( dihiris)-kurangkan kalau tak suka pedas
2 ulas bawang putih ( dihiris)
1 inci halia ( dihiris)
2 sudu cili kering blend
garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
5 sudu tepung gandum dikacau dengan air ( sebagai pelekat kulit popia)

Step by Step Menyediakan Inti Samosa dengan sardin dan kentang


 orait, pic kat atas tu adalah bahan-bahan yang kita gunakan untuk buat inti samosa yang sedap.eh..opss.Sebenaranya kalau guna bahan apa-apa pun sedap juga.Ikut kesukaan koranglah.Yang penting air tangan masing-masing kan.heh.

Ini pula bahan yang kita perlu hiris, kita hirislah.Kentang tu sebenarnya boleh je kalau korang nak masak sekali dengan bahan-bahan lain.Maksudnya korang tak nak rebus dulu pun boleh.Tapi saya ambik idea rebus kentang sekejap dari youtube- ( jangan sampai empuk sangat nanti susah nak potong dadu).Sebabnya taknak inti kita berair atau kena masak lama sebab nak lembutkan kentang.Kalau kita buat inti samosa atau popia atau karipap, syaratnya ialah inti kena kering.kalau inti berair, ia akan sebab kuih yang kita buat tak cantik atau minyak inti akan keluar.

 Selepas minyak dah panas, masukkan semua bahan yang kita hiris.Kemudian masukkan pula cili kering blend. kacau bagi sebati.

 Kemudian, masukkan sardin dan hancurkan supaya rasa sardin tu nanti sebati dengan bahan yang lain.Kalau korang tak nak isi sardin lumat, korang hancurkan sekadarnya je.Kita buat dia.Tak payah ko straight sangat eh.

 Orait, isi sardin samosa kita dah sebati dengan bahan-bahan yang dihiris tadi.Masa ni ko dah boleh perasakan inti sardin korang.Lagi satu saya,boleh juga masukkan setengah sudu kecil air perahan asam jawa, nak bagi supaya rasa masin, manis dan masam tu blend well.

 Last sekali masukkan kentang rebus yang dah dipotong dadu.Kita masukkan last sekali sebab kentang ni dah empuk just nak blend well dengan bahan-bahan lain.

 Boleh besarkan sikit api supaya inti samosa kita cepat kering dan sejukkan dahulu sebelum kita mula melipat samosa.

Okey, dah siap lipat samosa sardin kentang kita.Ceh.kemain ko lipat samosa ya, kain baju dah siap lipat ke mem?kiki.Sorry tak sempat snap ambik pic cara-cara lipat samosa sebab bateri phone dah kong.Saya share kat bawah video yang saya tengok untuk cara-cara lipat samosa.
Korang klik pic video kat bawah ni ya.

Step by step cara lipat samosa tiga segi.

 Orait, bila korang dah siap lipat samosa sampai habis, bolehlah goreng dengan minyak sederhana panas. Yang penting samosa tu tenggelam dalam minyaklah ya.Karang masak sekerat je pulak samosa kita.

Alhamdulillah. Korang boleh cuba sendiri ya.Saya buat ni pun sebab memenuhi request En Suami sebab sambil dia lepak-lepak main phone, boleh pulak dia terjumpa video orang buat samosa, dan-dan dia forward kat phone Cik Isteri, maka terjadilah samosa inti sardin permintaan Encik Suami.Kata frontliner kan tadi.hiks.

Selamat mencuba semua.Lagi satu, cara lipat samosa ni banyak cara tau.Korang boleh google je kat youtube.Dan juga kulit samosa pun tak semestinya kita pakai kulit popia, kita boleh buat sendiri, uli tepung sendiri jadi kulit popia beb.Yup, kita buat dia kan.haha.

Saya kongsikan ini untuk akak -akak dan adik-adik yang beginner nak buat samosa.Korang yang memang dah jual samosa hari-hari atau ambik  order samosa, boleh kongsi tips kat komen kalau ada cara yang lebih baik dan bernas untuk buat samosa yang rangup dan inti yang sedap.Hokey.

Thanks reading this entry! Sampai jumpa lagi:)

Post a Comment

5 Comments

  1. Replies
    1. yup..samosa ni biasa orang buat makan time minum petang:)

      Delete
  2. sedap, kak ana suka makan samosa ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak..buat banyak dan frozenkan..bleh ulang makan..:)

      Delete
  3. Wahh.. Mau cuba la ni petang.. Masak untuk en suami pulang kerja nnti.. Trima kasih share resepi

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!