Bubur Nasi Sedap Yang Mudah Dengan Aneka Sambal Dan Lauk Pilihan Yang Enak

As Salam,
Bubur Nasi Sedap Yang Mudah Dengan Aneka Sambal Dan Lauk Pilihan Yang Enak- Syukur.Allah masih pinjamkan kita masa untuk melewati hidup hari ini, walaupun kita tak pasti adakah sampai ke petang hari atau cukup sampai di sini.Semoga kesihatan dan kelapangan masa yang Allah pinjamkan ini, kita manfaatkan untuk lebih banyak berbakti kepada ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara.aamin

bubur nasi ayam yang sedap dan mudah
Bubur nasi sedap dengan aneka pilihan sambal dan lauk.

bahan sampingan untuk makan dengan bubur nasi sedap.
Aneka pilihan untuk dimakan bersama bubur nasi.Ada sambal telur pecah dan sambal totok jawa ikan bilis, kacang tanah, bawang goreng, daun saderi dan bawang, telur asin takde, saya ganti telur rebus.hehe.

Orait.Kali ini saya nak kongsi cara saya sediakan Bubur Nasi Feveret Encik Suami dan anak-anak.Entahlah.Kalau ikutkan Bubur Nasi bukanlah menu kegemaran saya, tapi bila dah kahwin dengan orang Muo yang suka makan bubur ni, saya pun jadi terikut pulak.hiks.Dah kita yang tukang masak dan sediakan, lama-lama bila kita pelbagaikan dan upgrade cara bubur nasi itu disediakan, barulah ngam kat tekak saya.

Bubur nasi yang sedap ada pelbagai cara untuk kita sediakan.Macam saya, saya cuma masukkan isi ayam, minyak bijan, carrot dan garam semasa kita masak bubur.Selebihnya saya akan tambah bila kita nak makan bubur nasi tu kemudian.

Resepi Bubur Nasi Dengan Aneka Sambal Dan Lauk Pilihan Yang Enak.
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan
3 cawan beras
satu mangkuk isi ayam dihiris nipis
satu mangkuk lobak dihiris nipis/ potong dadu
2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil garam
Air yang secukupnya.
( Semua bahan diatas dimasukkan semua dalam beras yang dah siap dicuci.Masukkan air ikut paras periuk atau rice cooker.)Saya masak atas dapur gas je.

 ikan bilis dan kacang tanah biasanya saya goreng lebih supaya jimat masa kalau hari lain nak buat nasi lemak atau hidangan lain.

Bawang goreng saya guna yang instant je.Telur ni pulak biasanya saya guna telur asin, tapi telur asin elek, saya ganti telur rebus.heh.

Bahan-bahan Sampingan dimakan bersama bubur nasi.
Satu mangkuk bawang goreng (saya guna bawang goreng yang dah siap pack)
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Telur asin
Daun saderi dan daun bawang dihiris.

Sambal Tumis Dengan Telur Pecah
Telur 5 biji
Cili kering blend setengah mangkuk kecil
Bawang putih 3 ulas ditumbuk
Bawang merah  ulas ditumbuk
Ikan bilis setengah gengam ditumbuk
Air dan minyak yang secukupnya
Garam dan gula.
( Masukkan bahan tumbuk, diikuti dengan cili kering blend.perasakan.Biarkan sampai terbit minyak.Biarkan api kecil sahaja.Bila dah terbit minyak, baru pecahkan telur.Tak payah kacau sangat telurnya, nanti hancur sangat tak lawa sambal telur pecah kita,hehe.Dah nampak kering, angkat dna hidang. )

Sambal telur pecah ni anak-anak yang request.Saya pun suka makan bubur dengan sambal telur pecah ni.Kalau takde benda lain, makan bubur nasi dengan sambal telur pecah pun dah sodap.

Sambal Totok Jawa Ikan Bilis
Cili kering satu mangkuk kecil
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Ikan bilis satu gengam atau lebih kalau suka bilis yang lebih.
Garam dan Gula secukupnya.
( Semua bahan diatas digoreng dan ditumbuk sampai lumat.Sebaiknya tumbuk bilis akhir sekali supaya rasa bilis dapat dinikmati dengan lebih kaw! eh.haha.)

Sambal totok ikan bilis ini benda paling wajib ada stok kat dapur saya sebab ini benda yang En suami "must have" time makan. Dulu masa baru kahwin, jenuh juga saya menumbuk cili kering nak buat sambal ni.Sekarang, anak-anak akan bergilir jadi assistant tumbuk sambal totok ni bila stok habis.heh.Untunglah kann.

Orait, gigih nau saya share cara mudah buat bubur nasi kann.Saya kongsikan ini kot-kot ada geng-geng mak dan anak dara yang macam saya.Dulu masak bubur pun saya tak reti tau.Apatah lagi nak buat sambal totok faveret En Suami tu.

Tapi saya tahu, ramai yang dah expert masak bubur nasi ni kann.Bahan sampingan atau lauk yang nak dimakan dengan bubur nasi ni sebenarnya bergantung kepada citarasa masing-masing.Kalau yang dah memang feveret dia bubur nasi, makan gitu je pun depa dah kata sodap.ya tak?

Tak silap saya, orang kelate panggil bubur nasi sebagai nasi air kan? kotlah korang yang side-side kelate dok tanya ghapo dia masak ni ...huk alohh.Nasi air ko?kiki.Gurau deh.

Post a Comment

4 Comments

  1. Sedap makan ubur nasi gini
    tapi cepat lapo balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah WP, saya ingat bila makan bubur nasi anak-anak cepat kenyang, cepat lapar adalah..haha, mungkin sebab bubur tu cair kan, ia mudah hadam..anak2 dok ulang makan je..

      Delete
  2. bubur memang mudah dan sedap. lagi dapat makan sekali dengan sambal telur pecah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay! sambal telur pecah tu ibarat penyedap bubur nasi kann..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!