Cara Mudah Buat Cucur Bilis Dan Kentang @ Cucur Sayur Yang Rangup, Sedap Dan Kekal Lembut.

As Salam,
Cara Mudah Buat Cucur Bilis Dan Kentang @ Cucur Sayur Yang Rangup, Sedap Dan Kekal Lembut Lebih Lama- Alhamdulillah.Semoga Allah lindungi kita semua daripada jangkitan virus Covid-19 dan kita semua diberi kekuatan untuk terus tabah, sabar dan kekal bermotivasi menjadikan hari-hari tempoh PKP ini adalah hari-hari terbaik yang tidak akan kita sesali walau sesaat apabila kita melepasinya.Aaamiin.

gambar cucur bilis rangup yang paling sedap
Cucur Bilis Dan Kentang @ Cucur Sayur Yang Rangup, Sedap Dan Kekal Lembut 

Sungguhlah cikgu sorang ni. Buat cucur pun nak kongsi kat dalam blog.huhai.Saya dan Encik Suami adalah peminat tegar jemput-jemput bilis atau bawang.Kesukaan kami menurun pada anak-anak.Kalau nak kenang nostalgia time baru sehari berkahwin dengan Encik Suami, makanan pertama yang dia mintak saya sediakan ialah cucur bilis ni.haha.So, this kind of dish meant so special for us.eceheceh.

Cuma akhir-akhir ini, jemput-jemput bilis saya selalu tidak menjadi rangup yang kami sukai.Entahlah.Masalah tepung atau sukatan air atau bancuhan yang tidak betul.Akhirnya, saya cuba olah jemput bilis saya dengan cucur udang style Mak Muo.Rasanya lembut, dan sesedap rasa, ditambah kalau makan sambil cicah sos cili atau sambal tumis.Memang nikmatnya Allah saja yang tahu.

cara mudah buat cucur bilis dan bawang
Cucur Bilis ini lebih sedap kalau kita guna udang kecil.Tapi saya hanya guna bahan yang sedia ada di rumah.Alhamdulillah.Hasilnya tetap gebus, rangup dan lembut.Akhirnya saya dapat atasi masalah cucur bilis saya yang liat dan keras akhir-akhir ini.

Jadi, resepi yang saya kongsi ini adalah ilham yang saya dapat dari rasa dan tekstur cucur udang yang Mak Muo saya pernah buat.Kalau balik rumah Mak Muo, memang taklah saya offer nak bancuh tepung cucur ni, saya takut jadi liat dan keras nanti cucurnya.haha.Tapi dengan resepi ini, saya akan lebih confident untuk sediakan cucur bilis bila balik rumah Mak Muo ( mak mertua saya).ewahh.

Resepi Cucur Bilis Dan Kentang @ Cucur Sayur Yang Rangup, Sedap Dan Kekal Lembut 
Sumber Resepi : Mak Muo
Olahan Resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan
Tepung Gandum 1/2 kilo ( 500g)
Sebiji kentang potong dadu
Seikat daun kucai dihiris
Segengam ikan bilis (ditumbuk atau kisar) / udang kecil ( warna putih )
Sebiji Bawang besar potong dadu
Satu sudu kecil yis Mauripan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Minyak untuk mengoreng
Air untuk bancuhan tepung yang secukupnya.

resepi buat cucur bilis dan bawang
Saya dan Encik Suami boleh habiskan sepinggan cucur bilis ini ketika breakfast pagi sambil berbual-bual di meja makan. Kelembutan dan kerangupan cucur bilis ini kekal lebih lama.

Cara Menyediakan Cucur Bilis Dan Kentang @ Cucur Sayur Yang Rangup, Sedap Dan Kekal Lembut 
1.Masukkan semua bahan seperti kentang, daun kucai, ikan bilis dan bawang yang sudah dihiris ke dalam tepung.
2.Masukkan juga gula dan yis. Gaul hingga sebati.Akhir sekali masukkan garam halus dan gaul semua bahan supaya sebati.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan yang sesuai untuk "dijemput" ke dalam kuali.Bancuhan yang cantik hasilnya ialah apabila kita angkat adunan itu, ia jatuh dengan perlahan.Sebaiknya kita gaul adunan tepung dengan tangan sebab tangan tak akan menipu.hehe.Kita boleh rasa adunan kita masih perlu ditambah air atau tidak.(TIPS)
4. Biarkan adunan tepung cucur tadi dalam 15-30 minit bagi membolehkan adunan berehat dan kita dapat hasilkan cucur yang gebus, bulat, ragup tapi kekal lembut.(TIPS).
5.Panaskan minyak dan bolehlah mula goreng cucur kita.
6. Sedia untuk dihidang.

bahan-bahan buat jemput-jemput bilis dan bawang
Mula-mula, korang masukkan semua bahan yang perlu dihiris termasuk bilis yang saya tumbuk kasar.
Kemudian gaul bagi sebati bahan-bahan tersebut.

gambar cekodok bilis dan bawang yang sedap
 Ini pula bentuk cucur bilis time kita goreng dalam kuali serta minyak panas.
saya tak ambik pulak pic adunan tepung yang saya sediakan.Dok dapur sorang-sorang, tak sempat nak buat semua benda.hihi.

cucur udang rangup dan sedap.
 Selepas diangkat dari kuali, alas pinggan dengan tisu dapur supaya minyak dapat tersejat dengan baik.

cara paling mudah dan sedap buat cucur bilis
Sedia untuk dihidang kepada ahli keluarga:) Selamat mencuba resepi cucur bilis rangup, lembut dan gebus.InshaAllah.

Memandangkan cucur bilis ini merupakan favourite kami sekeluarga, ia antara hidangan yang kerap kami sediakan sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang.

Jadi, selamat mencuba kepada semua, kalau anda ada resepi atau tips nak buat cucur yang lebih sedap ikut versi korang, boleh kongsi kat ruangan komen ya:) 

Thanks reading this entry.Meet sooooon.



Post a Comment

4 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!