As Salam,
Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom-Alhamdulillah.Puas hati betul rasanya bila time cuti PKP ni dapat penuhi keinginan makan Nasi Ayam yang sedap.heh.Korang mesti ada nasi ayam pilihan atau resepi sendiri yang korang simpan sebagai rujukan untuk buat nasi ayam kann.Samalah dengan den ni ha.
Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom-Hidangan tengahari kali ini mendapat pujian semua anak beranak den kat umah ni ha.Thanks to Allah and Che Nom:)
Bertahun kalau masak nasi ayam kat rumah ni, saya guna resepi sedia ada yang saya ambil dari salah seorang Blogger masakan di blognya.Syukur juga sebab kalau takde orang kongsi resepi macam depa, manalah mak-mak yang macam saya ni nak belajar kan.hehe.
But fortunately, tengahari semalam saya terfikir untuk cuba resepi Nasi Ayam yang lain dan automatik saya teirngat salah seorang youtuber masakan yang rajin jugak saya follow resepi yang dikongsikannya dalam channel youtube. Resepi ini dipanggil Resepi Nasi Ayam Che Nom sebab yang kongsi resepi tu namanya Che Nom.Korang boleh search kat Youtube Channel nanti.
Pada saya yang paling sedap dengan resepi ini ialah nasi ayam itu sendiri.Selain cara penyediaan sos sambal dan kicapnya yang semuanya menggunakan air rebusan ayam.Memang sedap sangat.Itu belum lagi part ayamnya yang diperap dengan bahan-bahan tersendiri.walahh.
Resepi Nasi Ayam Che Nom yang saya ambil di Youtube.Sangat sedap dan mudah menyediakannya.
Klik video ini untuk step by step penyediaan nasi ayam che nom yang sangat sedap:)
Resepi ini mendapat views yang boleh tahan banyak iaitu 1.6 million views.
Resepi Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom
Sumber Resepi : Che Nom
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan:
Bahan perap Ayam: 2 sudu besar sos tiram, 2 ulas bawang putih dan 2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam, 1 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar kicap cair.
Bahan untuk nasi ayam: 1/2 senduk mentega,1 kayu manis,5 biji buah pelaga,2 kuntum bunga lawang,2 helai daun pandan,1 batang serai, 3 cawan beras, 4 1/2 cawan air rebusan ayam,Sedikit garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
Bahan untuk sos: 6-8 biji cili merah, 6 biji cili api, Bahan tumbuk halus,2 sudu besar cuka,Garam, Gula dan Sedikit air rebusan ayam.
Bahan untuk kicap: air lebihan perapan ayam,1 mangkuk kecil kicap manis,Sedikit air rebusan ayam
Bahan untuk sup: Lebihan air rebusan ayam,Tulang ayam (jika suka),Karot,Kentang,1 biji bawang besar yg dikisar,1 sup bunjut,1 sudu kecil lada putih, Garam, Gula, Daun sup, Daun bawang
Bahan bahan untuk goreng ayam:Minyak untuk menggoreng,Ayam yang diperap,Sedikit madu.Gunakan madu untuk sapu pada ayam yang sudah digoreng.Tujuan menyapu madu selepas menggoreng ayam ialah supaya ayam tidak mudah hangus atau hitam semasa di goreng.
Bahan-bahan untuk hiasan:Tomato, timun, salad, daun sup dan daun bawang
Nak cerita bab nasi ayam dengan resepi Che Nom ni memang antara nasi paling sedap saya pernah rasa.Saya ni pun pelik sikit.Bab makan nasi ayam, saya tak suka kaler nasinya yang terlampau kuning.Warna kuning light macam ni okey dah, atau biar warna asal. Nasi ni kalau korang makan gitu je pun dah sodap.
Alhamdulillah, dengan resepi ni ada rupa sikit ayam goreng saya.haha.Kalau tak sebelum ni, kaler ayam tu hitam semacam.rupanya, dengan resepi Che Nom, kita tak perap madu sekali dengan ayam yang kita dah rebus tadi.Kita hanya guna madu selepas ayam tu dah siap goreng.Patutlah kaler ayam tu memancar-mancar kan.haha.
versi potong timun kat rumah saya.Kalau potong macam ni barulah anak-anak nak makan.Pelik jugak.Depa tak mau timun yang kita potong bulat macam biasa tu.Maybe depa tak suka ada biji-biji halus timun tu kot.
Sup rebusan ayam.Saya cuma tinggalkan kaki dan leher ayam dalam sup ni.Alhamdulillah, sedapnya sup ni makan dengan nasinya.
Alhamdulillah, syukur Allah pinjamkan rezeki dapat makan sedap-sedap kan.
Orait, selamat mencuba kepada readers semua:) Thanks reading this entry.Till we meet again.sooooon:)
3 Comments
Dapat buat berbuka puasa pun okay ni
ReplyDeleteNyum nyummm.. nnti leh cuba ni.. nmpk sedap..
ReplyDeletesedapnya nasi ayam,idea untuk berbuka puasa ni
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!