Sarapan Pagi Dengan Roti Bun Sosej dan Roti Kentang @ Potato Bread Yang Lembut dan Gebus

As Salam,
Sarapan Pagi Dengan Roti Bun Sosej dan Roti Kentang @ Potato Bread Yang Lembut dan Gebus-Semoga semua readers atau pelawat Blog ini Allah kurniakan kesihatan tubuh badan yang sempurna, sentiasa gembira dan manfaatkan masa terluang semasa PKP ni dengan hal-hal yang baik, yang tidak akan kita sesali  apabila waktu ini berlalu.aamin.

Roti Bun kentang yang lembut dan sedap:) First time saya buat.Ada sedikit penambahbaikan saya nak buat if lepas ni saya buat lagi, iaitu saya akan tambah sukatan gula/ susu pekat supaya rasa roti lebih manis dan sedap.Gebus dia memang menjadi kann.heh.

Roti bun sosej-doh yang sama dengan bun kentang kat atas, cuma yang ini saya letak sosej.Ini request anak-anak.

Hey! korang breakfast apa pagi ni ? Den pon dah naik tepu kepala dok mikir nak masak apa untuk breakfast atau lunch and dinner kan? haha.Cuma saya bernasib baik sikit sebab biasa sarapan pagi lambat, jadi kami akan skip lunch, petang karang lepas asar baru makan, kira dinner teruslah.

 Seronok tengok bun kentang menjadi gebus dan lembut dengan jayanya.Roti kentang ini antara item yang kami wajib beli jika shopping ke Tesco.

Roti bun sosej ni memang lembut dan sangat sedap bila digigit sehingga terasa sosejnya.

Orait, kali ini saya terajin sikit, buat roti untuk anak-anak dan family breakfast.Saya buat sebelah malam.Kalau ko buat pagi-pagi boleh jugak, tapi ko kenalah bangun subuh sapiee.hehe.

Resepi Roti Bun Kentang @ Potato Bread Yang lembut dan Gebus
Sumber resepi asal :Dari Dapur Madiha
Bahan-bahan Doh
(dpt dlm 12 bun kecil)
250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang & rebus)
100 ml susu segar
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)

Resepi Olahan semula : Cik Matahariku
(Dapat dalam 14 bun roti sosej dan 9 bun roti kentang)
1 kg tepung gandum
2 biji kentang saiz sederhana direbus dan lenyek
1 cawan setengah air suam
2 sudu besar susu pekat
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
11 gram yis ( 1 paket )
1 biji telur gred c (dipukul sedikit)

Bahan-bahan Sos kastard
2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar ( saya guna susu cair )
2 sudu besar gula

 Roti bun kentang sudah dibentukkan bulat-bulat dan sedia untuk disapu sos kastard.Masa ni kita dah biarkan dia mengembang.

 Persediaan sos kastard.Kalau suka sos kastard lebih, boleh tambah sukatan bahan ya.

Sos kastard dah siap kita paipkan atas roti bun kentang.Nampak comot sikit sebab kita belum pro lagi kan.hihi.

 Alhamdulillah, menjadi jugak akhirnya,yay!! roti bun kentang yang saya selalu dok beli kat tesco kini dah berjaya saya buat sendiri di rumah.Cuma tak jadi sangat rupanya macam yang kat tesco tu.InshaAllah, nak improve lagi bagi sama sebijik sejebon.

Roti bun kentang lembut dan gebus!

Cara Menyediakan Doh Untuk Bun Kentang Yang Sedap dan Gebus
  1. Rebus kentang sehingga empuk dan lenyekkan.Masukkan sedikit garam semasa merebus.
  2. Sediakan yis (untuk dikembangkan).Ambil secawan air suam, masukkan dua sudu makan susu pekat, dua sudu gula pasir dan yis.Kacau sebentar hingga larut.Biarkan seketika sehingga berbuih.
  3. Sediakan pula sos kastard.Campurkan semua bahan sos custard dalam periuk dan kacau menggunakan whisk hingga semua sebati.
  4. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisk agar tidak bergentel.Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
  5. Dalam bekas adunan, masukkan tepung gandum, 3 sudu makan butter, tiga sudu makan gula pasir dan pecahkan sebiji telur.Gaul hingga sebati.
  6. Masukkan kentang rebus yang dilenyek.Gaul sekali lagi hingga adunan tepung kelihatan berderai.
  7. Masukkan bancuhan yis yang sudah berbuih tadi.Gaul dan uli doh hingga sebati.Bila bekas adunan dah bersih, tangan pun tiada melekat doh, biarkan doh.Tutup supaya doh mengembang.Biarkan dalam 30-40 minit.
  8. Sementara menunggu, sapu loyang dengan sedikit marjerin Bila doh dah naik tumbuk-tumbuk doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekatdi tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda. 
  9. Bulat-bulatkan kan doh tadi dan susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
  10. Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing-masing-saya bakar dalam suhu 170 C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
  11. Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang-perangan.Sapu permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan.
Cara Menyediakan Bun Roti Sosej :
Untuk buat bun roti sosej, semasa kat step 9, ambil doh bulatkan dan gelek doh supaya jadi memanjang dan kemudian lilit kat sosej.Sosej tu jangan lupa rebus atau kukus sekejap.Boleh bahagi sosej kepada dua bahagian atau hiris kepada dua bahagian.Saya buat comel-comel, potong dua bahagian sosej, tapi hasilnya jadi gebus sangat sampai tertutup roti sosejnya.hehe.

 Roti bun sosej dah mengembang setaman.

 jangan lupa sapu marjerin atas loyang ya.Kalau susun rapat-rapat macam saya ni, nanti korang tengoklah hasilnya.Dah macam kembar siam semuanya.haha.

Okey, kita tunggu dalam 25-30 minit atau sehingga warna roti jadi keperang-perangan.

 Macam kembar siam kan.Depa dok berhimpit dalam oven.Lantak situ.sebenarnya nak jimat masa dan tray untk bakar roti tu, tu yang buat sekali jalan.sian depa kann.

Dah siap bakar, boleh simpan dalam bekas bertutup, supaya roti kekal lembut dan tak masuk angin.

Selamat mencuba semua :)-

Post a Comment

4 Comments

  1. W'salam cikgu.
    Wow, hasil kejadian roti Cikgu buat sama yang dijual di kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih.saya baru belajar meroti, untuk anak-anak dan family makan bolehlah ni kann..:)

      Delete
  2. cantik betul hasil roti akak. terbaik! tak perlu risau lah tentang stok roti. anytime boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, kebetulan anak-anak kat rumah memang semua penggemar roti..roti kosong pun depa belasah..hehe..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!