Biskut Oat Cornflakes Rangup Yang Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan

As Salam,
Biskut Oat Cornflakes Rangup Dan Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan-Alhamdulillah.Ramadan semakin kepenghujung, kita masih diberi kesihatan tubuh badan untuk menyempurnakan ibadah puasa yang berbaki beberapa hari lagi. Semoga Allah merezekikan kita semua mendapat Malam Lailatul Qadr-aamin.

Biskut Oat Cornflakes Rangup Dan Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan

Pertama kali saya cuba buat cookies ini dan first time juga merasainya.Wahhh..rasanya rangup yang lembut bukan keras, dengan taste oat dan cornflakes yang semerbak.Tambah lagi ada bau kopi ( nescaffe) bila kita cium bau cookies ni.Sedap sangat weii!

Tatkala En Suami sibuk menguruskan pemasangan wainscoting di ruang tamu, aircond dan autogate untuk rumah yang sudah tiga tahun kami duduki ini, saya pulak ambik mood raya dengan sambung buat cookies lagi.yay!!

Katanya raya di rumah sendiri.hehe.Nak ambik feel raya rumah sendiri.Nanti lepas raya, saya share make over rumah saya selepas pemasangan wainscoting ya.Banyak gambar dalam koleksi, tapi nak publish pasal cookies raya dulu.hehe.

Sebenarnya cookies oat cornflakes ni saya buat sebab ada stok oats dan cornflakes yang masih tak berusik lagi.Biasalah.En Suami suka beli banyak kalau barang tu ada sale.Hari tu saya dah buat cornflakes cookies rangup dalam entri ini : Cornflakes Cookies Rangup yang sedap- 

Resepi ni memang best dengan rasa manisnya yang sedang elok dan mudah pula nak sediakan:)

Jadi, kali ini saya buat oat cookies pula dengan cornflakes.Boleh tengok resepinya kat bawah ya :

Biskut Oat Cornflakes Rangup Dan Sangat Sedap Sukatan Cawan
Sumber resepi : MajalAH Pa& Ma
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahan :
2 cawan butter 
1 1/4 gula kastor
3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
2 cawan oat ( 1 cawan diblend)
1 cawan cornflakes
1 sudu teh nescafee
1 sudu teh Esen Vanila
Colour rice ( 2 botol kecil )

Cara Menyediakan Biskut Oat Cornflakes Rangup Dan Sangat Sedap Sukatan Cawan
  1. Mix butter dan gula hingga kembang ( warna berubah menjadi lebih cerah/ creamy dari warna kuning asal )
  2. Masukkan kuning telur dan mix sekejap
  3. Masukkan esen vanila dan nescaffe
  4. Masukkan oats dan cornflakes
  5. Masukkan tepung jagung 
  6. Masukkan Tepung gandum
  7. Bahan-bahan kering tu boleh dimix perlahan atau kacau dengan spatula sahaja.
  8. Simpan doh dalam chiller dalam 15-20 minit ( covered dengan plastik atau bertutup)
  9. Keluarkan doh dari chiller dan bolehlah dibentuk ikut kreativiti dan hiasan kesukaan.
  10. Sapu loyang atau tray dengan marjerin atau guna kertas baking.
  11. Panaskan oven dalam 5 minit sebelum masukkan loyang.
  12. Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah dalam masa 8-10 minit.( Ikut oven masing-masing)

Step By Step Buat Oat Cornflakes Cookies

 Orait, gigihnya saya ambik pic dan buat preparation untuk share dalam blog tau.haha.Saya niatkan kalau cookies ini menjadi memang saya akan share dan recomended dalam blog ini.Saya tahu perasaannya apabila kita baru first time try buat cookies dengan resepi yang kita sendiri tak pasti kemenjadinnya.Bila saya share macam ni, saya yakin, korang pun akan confident untuk cuba resepi yg saya kongsikan ni.Betul tak ?

 Next step, kita mix dulu butter dan gula kastor

 Mix pula kuning telur-sekejap je tau.

 Ini pic saya dah masukkan oats, cornflakes, esen vanila.Tepung gandum dan tepung jagung saya tak masukkan lagi.

 Selepas digaul sebati dengan spatula campuran tepung jagung dan tepung gandum dengan bahan yang kita mix tadi.

 Rupa doh selepas dikeluarkan dari chiller. Alhamdulillah, doh menjadi sedang elok untuk dibentuk.

 Bentukkan bulat atau boleh guna acuan yang sesuai. Kat rumah saya cuma ada acuan semperit dahlia dan tart nenas je.So, saya pakat dok bulat-bulatkan  je cookies ni.Kita buat dia kann.

 Next step, tekan dengan garfu-senang je kann. Korang jangan risau, saya akan kongsi cookies yang mudah-mudah dan menjadi je dalam blog ni.muehee.

 Sapu kuning telur atas permukaan cookies ni.Korang ada dua choice, sama ada nak sapu penuh satu muka cookies ni atau versi bajet plus malas macam saya ni, kita sapu kat bahagian center cookies jek.haha.Cookies tetap lawa dan menjadi.ewahh.

Finally, kita touch up cookies oat cornflakes ni dengan rice colour.Kalau ikut akhkak nak letak dua tiga ketoi rice je, tapi budak-budak kat umah pakat dituang selambak atas cookies.Lagi sedaplah macam ni mama-itu kata depa.kita layan je.

Dah siapp! lawa tak cookies akhkak ni.Alhamdulillah.Bolehlah korang buat pulak lepas ni.Bahan yang digunakan juga semuanya bahan basic yg ada kat kitchen kita time dekat nak raya ni.ahaks.Dia punya feel kat cookies ni, lepas makan seketoi, rasa tak puas, dan korang akan teringat-ingat dan nak ambik lagi seketoi.eceheceh.


Alhamdulillah.Semoga perkongsian sedikit tentang cara buat Biskut Oat Cornflakes Rangup Dan Sangat Sedap Dengan Resepi Mudah Sukatan Cawan ini dapat beri idea kat korang yang tengah plan nak buat cookies.Selain oat dengan cornflakes, korang boleh juga cuba resepi cookies oat dengan nestum. oat dengan milo, dan oat dengan badam.Cuba google resepi, mesti jumpa:)

Doakan saya dan family mendapat keredhaan Ilahi dan dibawah lindungan rahmatNya yang sangat luas.aamin:)

Selamat mencuba :)




Post a Comment

0 Comments