Resepi Dan Cara Mudah Buat Biskut Cornflakes @ Cornflakes Cookies Azlina Ina Yang Rangup Dan Pasti Menjadi-

As Salam,
Resepi Dan Cara Mudah Buat Biskut Cornflakes @ Cornflakes Cookies Azlina Ina Yang Rangup Dan Pasti Menjadi- Yay! Mode buat cookies raya dah on!Korang pulak mesti dah dua tiga jenis cookies raya yang dah siap kann.Saya bukanlah mood belum datang, tapi isunya ialah banyak nau cookies list yang nak dicuba dan nak dibuat, tapi antara larat dengan tak larat je buat time bulan puasa ni.Tambah lagi kalau menghadap oven kan, haruslah bermandi sauna.kiki.

Biskut Cornflakes Rangup Azlina Ina-versi saya :) Rasanya sedang elok manis, crunchy dan cornflakes tu memang sah-sah menyebabkan cookies ni tak jemu dan muak bila dimakan.

Cornflakes Cookies-Sedap, Rangup dan sangat Mudah disediakan.

 Biskut Cornflakes ini saya buat dengan versi saya sendiri walaupun saya ikut resepi Azlina Ina.Hasilnya tetap memenuhi citarasa saya sebab tak terlalu manis,dan paling saya suka part teksturnya yang bila kita gigit akan terasa cornflakes yang kita dah blend kasar tu.Cubalah buat:)

Orait, Cookies Cornflakes ni saya dah try buat sebelum sebelum puasa hari tu.Tapi yang itu saya buat dengan resepi lain.Kejadian cookies yang first tu sedikit mendukacitakan sebab rasanya terlebih manis, kurang rangup pula.Nasib baik tak buat banyak.

Kali ini saya cuba pula Biskut Cornflakes resepi Azlina Ina, alhamdulillah.Resepi kali ini saya berjaya buat dengan hasil yang sangat memuaskan hati sebab cookies ini menjadi dengan sangat sedap, crunchy sebab ada campuran cornflakes dan pastinya enak dimakan terus tanpa kompromi.Haa, gitu sekali reviewnya.haha.

Ini pula cornflakes cookies tuan punya resepi Azlina Ina- Resepi sebenar boleh klik kat Fb beliau sebab ada bahan yang saya tak letak jadi saya tak mention kat resepi di bawah.

Resepi Dan Cara Mudah Buat Biskut Cornflakes @ Cornflakes Cookies Azlina Ina Yang Rangup Dan Pasti Menjadi-
Sumber Resepi : FB Azlina Ina
Olahan Resepi : Cik Matahariku
( Resepi ini menghasilkan 50-70 pcs cookies ikut saiz Cookies Cik Matahariku)

Bahan A
1 cawan mentega
1 cawan gula perang ( saya guna gula kastor )
1/2 cawan minyak masak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam halus
Nota : Pukul semua bahan A di dalam mixer sehingga sebati.

Bahan B
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung susu
1 sudu teh tepung beras
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Nota : Ayak semua bahan B ke dalam mangkuk lain.

1 cawan cornflakes dikisar ( dimasukkan dalam Bahan A)
2  cawan cornflakes ditumbuk kasar/ diramas ( untuk salutan bahagian luar cookies)

Cara-cara Menyediakan Biskut Cornflakes Rangup Dan Pasti Menjadi
1. Campurkan cornflakes ke dalam bahan A.
2. Perlahan-lahan masukkan pula Bahan B. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan biskut dalam peti ais selama 20 minit.
4. Bentukkan adunan. Gaulkan biskut yang dibentuk dengan cornflakes yang diramas kasar.
5. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu lebih kurang 170 darjah Celsius.( atau ikut oven masing-masing )
6. Siap dan hidang.

Step Bu Step Menyediakan Cornflakes Cookies Yang Sedap Rangup Dengan Sukatan Cawan

 Ini bahan A yang saya sediakan.Bahan-bahan ini korang kena mix sehingga sebati.Kalau ikut resepi asal, kacau dengan whisk atau spatula pun boleh.

 Resepi asal menggunakan pure butter, saya pula gunakan Margerine, gula kastor, telur kuning dan minyak masak.

 Mix hingga kembang Bahan A- sambil mix bahan A, kita boleh ayak siap-siap tepung dan bahan B dalam bekas lain.

 Kemudian, masukkan cornflakes yang dah dikisar sedikit kasar. Gaul bagi sebati.

 Rupa adunan yang dah siap mix iaitu bahan A dengan cornflakes kisar.

 semua bahan dah dicampur dan sebati.Jangan risau sebab doh ini akan menjadi sedikit lembik, tapi selepas kita simpan dalam chiller dalam 20 minit, doh ini menjadi sangat baik dan menjadi seperti yang kita mahukan bagi doh yang sempurna-cehh.gitu sekali.

 Rupa cornflakes cookies yang dah siap dibentuk..Caranya kalau nak bentuk dan saiz cookies macam saya ni, bentukkan bulat-bulat dulu, golek kat bekas yang kita letak cornflakes yang dah diramas tadi, letak atas tray, penyekkan sedikit.Itu kalau ko  rajin macam ai-kalau malas, ko ambik dengan sudu, golek kat cornflakes, letak atas tray-siap jugak. Jangan lupa alas tray dengan kertas minyak atau sapu dengan margerin supaya cookies senang nak dikeluarkan dari tray.

 Bakar biskut cornflakes dalam tempoh 20-25 minit dengan suhu 170 atau 180 darjah atau ikut oven masing-masing.Oven saya guna suhu 170 darjah dalam tempoh 25 minit.

Dah siap! nasib baik time bakar ni tengahari buta, kalau tak puasa dah selamat ngap panas-panas dalam mulut.hhehe.

Resepi yang saya kongsikan ini telah saya olah mengikut bahan yang saya ada waktu buat cookies ni.Maklumlah saya dah excited nak buat cookies ni, tapi En Husband belum nak pi belanja barang lagi.So, saya buat ikut mana yang saya ada sajalah.Kalau korang nak resepi yang complete, boleh tengok kat FB Azlina Ina ya.

 Cookies ini mendapat pujian dari En Suami dan anak-anak.Kira cookies ini menepati taste kami anak beranak.heh.Korang boleh cuba sebagai salah satu list cookies yang wajib try tau:)

Antara favourite budak-budak sebab rasa cornflakes yang meriah dan manis yang sederhana tapi cukup rangup untuk dinikmati.InshaAllah.


Selamat Mencuba readers semua:)


Post a Comment

4 Comments

  1. Anak dara wak pun tadi dah beli bahan2 nak buat biskut konplake ni
    Nanti emak dia tukang ajarlah.
    Bapak dia jadi tukang makan dan komen aje macam juri masterchef tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat minggu akhir puasa ni,memang ramai yg baru start enjin buat biskut raya kan WP. Rasanya semua pak-pak semalaya memang tugasnya jadi juri utk masakan di rumah..

      Delete
  2. Ini antara biskut yg simple tapi sedap, cumanya tak pernah nak cuba tkt tak jadi heheheh

    ReplyDelete
  3. biskut paling mudah dan sedap ni. raya tahun lepas ada buat juga :)

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!