As Salam
Kek Marble Minyak Oren Gebu Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan- Lama jugak saya tak share resepi kek.Ada je saya buat kek time PKP dan PKPB ni, cuma saya tak publish lagi dalam blog.Bila Syawal keempat hari ini, saya agak inilah masa yang sesuai untuk saya kongsikan cara saya buat Kek Marble Minyak Oren Gebu Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan- Tapi kek saya taklah menjadi selawa kek sebenar yang disediakan oleh Azlina Ina.huhu.
Cuma saya yakin, rasanya tetap sama-sangat sedap, moist dan pastinya memikat selera sesiapa yang gemar akan kek minyak.
Cuma saya yakin, rasanya tetap sama-sangat sedap, moist dan pastinya memikat selera sesiapa yang gemar akan kek minyak.
Kek Marble Minyak Oren Gebu Cik Matahariku Guna Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan-ini pula kek yang saya hasilkan dengan resepi yang sama. Kek ini walaupun dibakar tapi teksturnya agak lembap, moist dan lembut.Rasanya sangat sedap.
Ini pula kek yang dihasilkan oleh Azlina Ina dengan resepi yang saya kongsikan.Mulanya saya hairan kenapa kek sis Azlina Ina ni lawa sangat warnanya, rupanya ada satu bahan yang saya tak letak, sebab takde simpanan iaitu oren oil sebab tu warna kek marble minyak Azlina Ina lebih cantik dan gojes.heh.
kek marble minyak kali ini special sikit dia ada gabungan rasa pati oren dan parutan oren.Ibarat gabungan kek marble, kek minyak dan kek oren.wow!
Thanks to sis Azlina Ina yang kongsi resepi kek marble minyak oren kat kita semua-memang best sangat kek ni oii.
kek marble minyak kali ini special sikit dia ada gabungan rasa pati oren dan parutan oren.Ibarat gabungan kek marble, kek minyak dan kek oren.wow!
Thanks to sis Azlina Ina yang kongsi resepi kek marble minyak oren kat kita semua-memang best sangat kek ni oii.
Jangan lupa tonton step by step cara saya sediakan kek marble minyak oren ini dalam Channel Youtube Cik Matahariku, jangan lupa LIKE, Comment and Share ya:)-
Step by Step buat kek marble minyak oren by Cik Matahariku
Resepi Kek Marble Minyak Oren Gebu Cik Matahariku Guna Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan
Sumber resepi : FB Azlina Ina
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahan
5 biji telur gred B
1 cawan gula halus1 sudu besar ovalate
1 sudu besar pati oren sunquick
1 sudu kecil oren oil ( saya tak masukkan)
3 sudu besar parutan kulit limau sunqist
1/4 cawan santan kara
2 cawan tepung self rising ( saya guna tepung gandum)
1 cawan minyak jagung ( masukkan akhir sekali )
1 sudu kecil teh baking powder ( sebab saya guna tepung gandum)
1 sudu kecil baking soda ( sebab saya guna tepung gandum)
1 sudu teh pewarna oren ( saya guna pewarna kuning) )
2 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu kecil emulco coklat.( untuk warna pilihan kek.Boleh pilih warna kesukaan)
Cara-cara menyediakan kek Marble Minyak Oren Gebus Azlina Ina
- Mix sebati semua bahan iaitu telur, gula halus, ovalate, pati oren sunquick, parutan kulit limau, santan.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Mix perlahan.Masukkan juga baking powder dan baking soda.
- Bila semua bahan sudah sebati, masukkan minyak jagung.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu bahagian tambah pewarna oren sementara satu bahagian lagi masukkan dua sudu besar serbuk koko dan 1 sudu kecil emulco coklat.
- Masukkan adunan selang seli mengikut kreativiti sendiri.
- Pastikan lapik loyang dengan baking paper atau lenser dengan marjerin.
- Panaskan oven dalam 5 minit
- Masukkan kek dan set masa 160-170 darjah dalam masa 45-55 minit api atas bawah rak no 1 dr bawah.
- Cucuk kek dengan lidi kalau nak tau kek dah masak atau belum.
- Keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidang.
Step By Step Menyediakan Kek Marble Minyak Oren Gebus Resepi Azlina Ina
Bahan-bahan yang saya sempat snap untuk penyediaan kek marble minyak oren.Selebihnya sila rujuk resepi yang saya kongsikan ya.
Masukkan semua bahan yang dinyatakan dalam resepi kecuali minyak jagung.tepung gandum, baking powder dan baking soda
mix sebati semua bahan sehingga kembang dan berubah warna jadi creamy macam kat bawah.
Masukkan pula tepung gandum, baking powder dan baking soda.
Akhir sekali masukkan minyak jagung dan kacau hingga sebati.
Bahaggikan kepada dua adunan.Bahagian coklat letakkan 2 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu kecil emulco coklat.( untuk warna pilihan kek.Boleh pilih warna kesukaan).Warna kuning tu saya letak satu sudu pewarna kuning biasa brand star.
Masukkan adunan selang seli ikut warna pilihan.
hasilnya selepas kita selesai tuang adunan selang seli ikut warna. Part yang tengah tu, tak proper sikit.huhu.
Untuk hasil akhir, kita lorekkan permukaan kek marble minyak oren ni dengan corak marble-suka hati punya corak.haha.Boleh guna lidi bersih atau chop stick.
tara! dah siap bakar dalam oven dengan suhu sekitar 160-170 darjah dalam masa 45-55 minit api atas bawah rak no 1 dr bawah. Kek ni sangat moist dan gebus walau dibakar. Pertama kali saya cuba buat kek dengan ada bahan santan dalamnya.Rupanya santan ni buat kek kita lebih lemak, moist.
kalau kek marble yang moist macam ni, tambah lagi panas-panas baru keluar oven, memang tak lama hayatnya kat rumah saya ni.kek marble ni favourite kami sekeluarga :)
Kek marble minyak oren ni very recomended kalau korang nak cuba versi kek minyak marble dengan resepi terbaharu iaitu gabungan minyak dan santan, antara bahan yang digunakan.
Orait, selamat mencuba semua :)
5 Comments
sedapnya kek!
ReplyDeletenmpk cantik je hasilnya..
Sedap kek oren! Zaman remaja dulu selalu buat di dapur mak. makan panas-panas hahaaa... tak sanggup menahan aromanya yang sedap. Kek oren jew, takde marblenya kihkihkihhh.
ReplyDeleteSaya suka kek oren! Sedapnya..lps tu marble pula. Alamak
ReplyDeleteHaha...kek marble ada dlm to do list masak² tp tak sempat lg nak buat
Dua kali buat kek marble guna resepi ni,menjadi dan sangat lembut dn gebu kek nya..👍🏻👍🏻👍🏻
ReplyDeletealhamdulillah, ALLAH bagi mudah dan sedap, terima kasih puan:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!