As Salam,
Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan-Saya akui yang saya merupakan peminat tegar tart nenas.Kalau tak raya pun, saya sanggup cari atau order tart nenas sama ada di pasaraya atau dengan peniaga online.
Kerana minatnya saya terhadap tart nenas ini, datanglah pelbagai versi inti tart sekalipun, saya tetap mahukan dan tetap memilih tart dengan inti nenas.Alhamdulillah, setakat ini, walau dah masuk tahun 2020, saya masih setia dengan tart nenas yang klasik.
Kali ini, saya kongsikan beberapa koleksi resepi tart nenas yang saya simpan dalam blog atau saya perolehi daripada pelbagai sumber di FB, yang pasti resepi ini telah diuji dan dibuat sendiri oleh empunya resepi.Harap perkongsian ini dapat membantu sis-sis yang tengah dok mencari resepi tart nenas yang sedap dan mudah disediakan.
Tart Mawar Gebus Dan Sedap sukatan cawan
Resepi 1 :
Resepi Tart Mawar Gebu Dan Sedap Sukatan Cawan
Bahan-bahan buat Pastri Gebu Dan Sedap Sukatan Cawan
Tepung 2 3/4 cawan
Butter 1/2 cawan ( pure butter, Anchor Salted)
Minyak Sapi 1/2 cawan (pure ghee, no added vege oil)
Telur Gred B 1 biji
Garam 1/4 sudu kecil
Cara-cara Menyediakan doh Tart Mawar
- Ayakkan tepung, letak tepi.
- Dalam bekas lain masukkan butter, minyak sapi dan telur. Mix guna whisker sampai sebati. Tak payah kembang.
- Masukkan tepung perlahan-lahan dan gaul guna tangan. Gaul sampai adunan jadi doh. Paling best bila semua adunan boleh membentuk jadi satu doh besar.
- Lepas tu, rehatkan sekejap dalam 15-20 minit dalam peti sejuk.
- Bolelah mula membuat tart.Sediakan inti tart yang sudah dibulatkan terlebih dahulu.Letak inti nenas atas tart mawar.
- Bakar dalam suhu 170 darjah selama 20-22 minit.
Resepi 2 :
Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Untuk Jualan Resepi Azlina Ina
Sumber Resepi : Facebook Azlina Ina
Bahan-Bahan Utama ( Dapat 60 pcs )
3 1/4 cawan gandum (1/4 tu sukatan die kurang dr separuh cawan)
2 sb tepung jagung(supaya tart anda tak keras kejung bila sejuk)
2 sb tepung kastard (supaya tart anda rasa creamy sedap)
2 sb minyak sapi ( supaya tart gebu,gold dan rasa susu sedap )
1 cawan butter
3 sb susu pekat
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Cara Menyediakan Doh Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan
- Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan.Kacau guna senduk sahaja.
- Kemudian,masukkn 1 cawan tepung gandum,2 sb tepung custard,diikuti 2sb tepung jagung
- Kemudian,tuang baki selebih nya tepung gandum tadi.Nota : sukatan 3 1/4 cawan ni bagi sesiapa yang pakai acuan tart kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan.Maksudnya sukatan untuk guna penggelek 3 cawan setengah tepung gandum sebab nak doh keras sikit supaya senang nak gelek.
- Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut.
- Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart.
- Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart.
- Sapu sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven.
- Sapu kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning sedikit untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart.
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit.
- Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah dalam 25 minit ( atau ikut oven masing-masing.
- Kalau nampak permukaan tart dah gold means tart nenas dah boleh diangkat.
Resepi 3 :
Tart Nenas Cheese Gulung Sukatan Cawan Resepi Azlina Ina (Klik Untuk Lihat Resepi Penuh)
Sumber Resepi : Facebook Azlina Ina
Disalin oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan Doh500 gram atau 2 cawan butter
3 sudu susu pekat
3 sb gula halus
2 sudu minyak sapi Ghee
1 biji telur gred A atau 2 biji gred b (ambil telur kuning sahaja)
Esen vanilla
Pewarna kuning lemon
125g cream cheese tatura
4 cawan tepung gandum
1 sudu tepung kastard
Bahan Inti
Jem nenas yang secukupnya.Kalau beli yang ready made, kalau rasa masam, masak balik tambah gula sikit.
Bahan Sapuan Tart nenas
2 biji kuning telur
Keju parut secukupnya
Resepi 4 :
Tart Nenas 7 Bahan Resepi Grup Masak Apa Hari Ni ( MAHN )
Bahan-Bahan Doh
3 1/4 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
2 sdb tepung kastard
1 cawan buttercup
3 sdb susu pekat
2 sdb minyak sapi jenama Gheeblend
1 biji kuning telur
Gunakan Inti nenas ready made beli di bakery.
Resepi Tart Teratai ( Grup MAHN)
Bahan²nya :-
➡ 140 gm butter (apa² brand pn blh)
➡ 100 gm marjerin (sy guna planta@daisy)
➡ 60 gm gula aising
➡ 1 bj kuning telur
➡ 1 sdk esen vanila
➡ 330 gm tepung red rose
➡ 50 gm tepung jagung
➡ Jem nenas secukupnya
Cara-Cara Menyediakan Tart Teratai
➡ Ayakkn kedua² tepung..ketepikan.
➡ Kemudian pukul butter,marjerin n gula aising sampai sebati.
➡ Kemudian masukkn kuning telur n esen vanila,pukul sebati lagi.
➡ Masukkn tepung td n uli sampai jadi doh yg tak melekat di tangan..kalau terlalu lembik,blh tambah tepung red rose sikit demi sedikit.
➡ Bulatkn doh..balut dgn plastik n rehatkn doh dalam chiller untuk 15 - 20 minit.
➡ Keluarkn doh ,canai setebal 3mm n terap mnggunakan acuan biskut jakarta 6 kelopak @ 5 kelopak.
➡ Masukkn dlm mngkuk kertas n susun dlm tray..isikn jem nenas.
➡ Kemudian hiaslah sesuka hati anda,pd yg rajin btlah mcm sy..pd yg x berapa nk rajin blhlah letak manik n sebagainya yg sesuai..
➡ Bakar dlm oven yg telah dipanaskn trlebih dahulu..bakar selama 20 - 25minit @ sehingga masak.
➡ Suhu 170°c @ brgantung pd oven masing²..api atas bawah yer,
➡ Kemudian pukul butter,marjerin n gula aising sampai sebati.
➡ Kemudian masukkn kuning telur n esen vanila,pukul sebati lagi.
➡ Masukkn tepung td n uli sampai jadi doh yg tak melekat di tangan..kalau terlalu lembik,blh tambah tepung red rose sikit demi sedikit.
➡ Bulatkn doh..balut dgn plastik n rehatkn doh dalam chiller untuk 15 - 20 minit.
➡ Keluarkn doh ,canai setebal 3mm n terap mnggunakan acuan biskut jakarta 6 kelopak @ 5 kelopak.
➡ Masukkn dlm mngkuk kertas n susun dlm tray..isikn jem nenas.
➡ Kemudian hiaslah sesuka hati anda,pd yg rajin btlah mcm sy..pd yg x berapa nk rajin blhlah letak manik n sebagainya yg sesuai..
➡ Bakar dlm oven yg telah dipanaskn trlebih dahulu..bakar selama 20 - 25minit @ sehingga masak.
➡ Suhu 170°c @ brgantung pd oven masing²..api atas bawah yer,
Selamat Mencuba semua:)
4 Comments
suka klau tat nenas ni pecah n melt dalam mulut, hehe..
ReplyDeleteKann....
DeleteTerima kasih. Terbaik ♡♡♡
ReplyDeleteterbaik....tq...♡♡♡
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!