As Salam,
Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Sedap, Lembut Dan Manis Secukup Rasa-Kuih Nona Manis ni sudah beberapa kali saya makan sebelum ini.Itupun saya order dari rakan sekolah yang tolong ambik order dari orang lain.Sejak merasa kuih nona manis yang ini, saya terus jatuh cinta dengan kuih yang satu ini.Kuih yang comel dengan warna hijau dan putih.Bukan sebarangan putih, putihnya yang cair dan berlemak itulah yang buat saya teringin untuk cuba buat sendiri dengan rasa yang sama.
Kuih Nona Manis yang lembut dan manis secukup rasa by Cik Matahariku:)
kalau tengok hasilnya, memang puas hati dengan resepi ini. Jika anda penggemar kuih tradisional yang jenis manis lemak seperti kuih nona manis ini, saya recomended untuk korang cuba sendiri kuih nona manis ni.Cair di mulut beb!
Kali ini sempena Iftar hari ke-13, saya berjaya buat sendiri nona manis seperti yang saya sukai-dari segi kecairan tepungnya yang bahagian putih, lembut rasa yang bahagian hijau-pheww.Walaupun pada awalnya saya hampir putus asa kerana hasil kukusan yang pertama tidak menjadi seperti yang saya inginkan.
Fortunately-ceh speaking pulak tetiba-saya guna resepi ini dapat buat tiga kali kukusan.Kukusan yang terakhir saya cuba baiki adunan kuih nona manis ini.Alhamdulillah berjaya jugak akhirnya.yay! Jom saya kongsi resepi nona manis yang saya ambil di Youtube.
Untuk mendapatkan kuih nona manis yang cair atau melting bahagian putihnya, kena pastikan kita kukus kuih ini ngam-ngam ikut masa yang ditetapkan iaitu 15 minit-ini adalah waktu optimum mengukus kuih nona manis.
alamak korang! melting tak tengok part bahagian putih nona manis akhkak ni.heheh.
alhamdulillah, Allah izin kuih nona manis ini menjadi dengan perfect selepas melepasi dua kali kukusan yang kurang menjadi.
Seperti inilah yang saya inginkan sebelum saya buat kuih nona manis ni.Orang kata the power of imagination.ceh gitu:)
Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Lembut Dan Manis Secukup Rasa
Sumber Resepi : Youtube
Dicuba oleh : Cik Matahariku
( Resepi ini menghasilkan 36 biji kuih nona manis)
Bahan-bahan untuk Adunan Hijau2 cawan santan pekat ( saya guna 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air )
1 cawan air
1/2 cawan pati pandan
2 cawan tepung gandum
1cawan tepung jagung
1 1/4 cawan gula
Secubit garam
1 biji telur
Cara Menyediakan Kuih Nona Manis ( Adunan Hijau )
- Satukan kesemua bahan hingga sebati kecuali telur.Bila dah sebati,masak dengan api sederhana sehingga naik wap dan pastikan adunan menjadi pekat atau likat.Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul-ketul.
- Masukkan adunan bersama telur dan blend sekejap untuk mendapat campuran yang sebati.
- Biarkan seketika. Sementara itu oles acuan dengan minyak sebelum dimasukkan adunan yang berwarna hijau.
- Isikan adunan hijau suku penuh dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak . ketepikan dahulu.
Cara Menyediakan Kuih Nona Manis (Adunan Putih)
Bahan-bahan untuk adunan putih
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan gula
Cara membuatnya :
- Satukan kesemua bahan hingga sebati,
- Masak sehingga naik wap dan agak pekat ( jangan sampai berketul ) guna api perlahan dan sentiasa kacau.
- Setelah suam masukkan ke dalam botol sos yg ada muncung.
- Paipkan adunan putih ditengah-tengah adunan hijau sehingga penuh acuan. Kukus selama 10 ke 15 minit. Sejukkan.
- Sedia untuk dimakan bersama keluarga.
Step By Step Menyediakan Kuih Nona Manis Yang Lembut dan Manis secukup rasa
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan kuih nona manis.Semua bahan-bahan yang dalam mangkuk tu saya dah sukat dengan cawan.Bersamaan satu cawan.
Adunan putih yang sudah dibancuh dan sedia untuk dimasak atas api yang kecil dan perlahan.Perlu sentiasa kacau supaya tidak berketul.Kena kacau sampai pekat atau likat.
Adunan hijau yang sudah dibancuh.Sedai untuk dimasak atas api. Disebabkan ini baru kali pertama saya buat kuih nona manis ini, saya masak adunan ini tidak sampai tahap pekat dan likat yang dikehendaki sehingga menyebabkan kuih saya pada kukusan yang pertama tidak berapa menjadi.Kemudian, saya masak lagi sekali atas api dan kacau sehingga pekat, barulah adunan hijau saya menjadi seperti yang saya ingini.Alhamdulillah:)
Inilah rupa adunan hijau yang pekat dan likat.Warnanya akan sedikit berkilat.Isikan adunan hijau pada kadar 3/4 dari acuan.
Ini pula adunan putih yang saya sudah paipkan atas adunan hijau. Nampak sangat tak pro-nya corak putih nona manis saya ni kan.haha.First time try.
Kuih nona manis selepas diangkat dari kukusan.Saya biarkan sekejap atas meja makan.Tahu-tahu bila saya nak keluarkan dari acuan, terkejut tengok ada satu acuan yang dah kena kidnap.Ingatkan anak-anak yang ambik, rupanya bapak anak yang "rembat" dulu.Tak sabo betul dia kann.Itu maknanya apa ya..?
Selamat mencuba semua:)
Orait, selamat mencuba kepada readers yang mahu menikmati keenakan nona manis ini.InshaAllah, resepi ini tidak menghampakan dan pasti menjadi.Asalkan korang sabar dan pastikan adunan dikacau sehingga benar-benar pekat dan likat.Barulah kuih nona manis menjadi dengan jayanya:)
Thanks reading this entry! till we meet again.soooooon.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!