Resepi Rendang Daging Paling Mudah Dan Sedap Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner

As Salam,
Resepi Rendang Daging Mudah Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner-Yeahh.Pastinya korang yang kalangan mak-mak se-malaya sekarang ni tengah sibuk mencari-cari resepi rendang daging yang paling mudah, menjadi dan pastinya sedap untuk hidangan pagi raya seisi keluarga.

Rendang Daging yang sedap bagi saya apabila ia dimasak sekali dengan bahan-bahan yang ditumis-bukan rendang yang dagingnya direbus dahulu-Ini citarasa sayalah.Mungkin lain orang lain cara masak rendang ni.Terpulang kepada selera masing-masing ya:)

Terutamanya mak-mak yang tiap kali raya balik kampung, semua mak depa dah siap masakkan.Tahun ni tak dapat pulak balik beraya di kampung halaman.Sedih memang sedih, tapi kalau itulah yang terbaik, kita patuh sahaja pada arahan PKPB.

Saya juga bukanlah pakar sangat buat rendang daging ni.Tapi sejak PKP, adalah dua tiga kali saya latih masak rendang daging ni.hehe.Anak-anak kurang gemar makan rendang.Jadi saya pun jarang masak.Cuma lately, En Suami request buat rendang daging untuk dimakan bersama pulut kuning.Bila buat macam tu, barulah anak-anak makan berselera.Kena pandai cari side dish yang ngam dengna rendang ni kann.

Rendang Daging yang sedang dimasak-Dah banyak kali juga saya masak rendang dengan resepi ini dan setakat ini tak pernah mengecewakan.

Sedapnya makan lemang dengan rendang lemak dan pedas macam ni time raya kann.

Rendang Daging dengan resepi mudah-semua orang boleh masak rendang dengan resepi ini.

Juadah hari raya rendang and the gang:)

Juadah rendang yang saya sediakan pada hari raya baru-baru ini.

Orait, resepi ini sebenarnya saya ambil dari Blog Kak Lina-Malina PG-yang memang terkenal dengan kehebatan memasak pelbagai juadah yang sedap-sedap.Boleh juga tengok beliau memasak di Channel Youtube beliau.

Ini pula rendang daging air tangan empunya resepi.Nampak menyelerakan bukan?hehe.Saya suka rendang yang macam ni, tidak terlalu kering.

Resepi Rendang Daging Mudah Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner
Sumber Resepi : Lina PG-Teratak Mutiara Kasih
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan - Bahan:
1/2 kg daging pejal (saya guna daging batang pinang)
1/2 kg santan pekat
4 labu bawang besar  (blend)
6 ulas bawang putih (blend)
6 ulas bawang merah (blend)
2 inci halia (blend)
2 inci lengkuas (blend)
10 batang serai (4 btg blend, 6btg ketuk)
15 tangkai cili kering (blend)/4 sudu besar cili giling puteri
2 paket kerisik (1 paket 40g)-
1sk serbuk kunyit
1 helai daun kunyit (racik halus)
2 asam keping
Garam dan gula (lina pg gn 1 sb gula merah)

Cara-Cara Menyediakan Rendang Daging Mudah Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner 

  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar, serai ketuk.Masukkan cili giling dan gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan hingga daging kecut sedikit.
  3. Masukkan santan, kerisik dan asam keping dan sedikit garam (LiNa Pg cuma gn 2sudu kecil garam).
  4. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak.LiNa Pg masak menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
  5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yg diracik.Sesuaikan rasa.Tutup api

Tips Buat Rendang Daging Yang Sedap:
  1. Gunakan daging dari jenis daging pejal atau daging batang pinang supaya bahan-bahan mudah meresap dan lebih sedap rendang dagingnya nanti.
  2. Lagi banyak bahan-bahan kisar yang digunakan sebenarnya lebih sedap rendang tersebut.
  3. Masak rendang hingga terbit minyak, dan guna api kecil sahaja.Pastikan kuali bertutup atau guna periuk yang bertutup.
  4. Jika air semakin kering tapi daging belum empuk, tambah air sedikit demi sedikit.
  5. Ada pelbagai bahan untuk buat rendang mengikut resepi yang pelbagai sebab itu ada rendang yang berwarna kehijauan, ada rendang berwarna hitam dan ada juga rendang yang hasilnya berwarna coklat kemerah-merahan.
  6. Penggunaan kerisik antara tips atau petua yang meningkatkan aroma rendang, namun ada juga rendang yang tidak menggunakan kerisik tetapi masih tetap sedap.
  7. Penggunaan santan boleh juga diganti dengan susu cair atau  yogurt.Boleh pilih mana-mana kesukaan masing-masing.

Selamat mencuba ya! semoga dipermudahkan urusan mak-mak se-Malaya menyediakan rendang daging dipagi raya:)








Post a Comment

2 Comments

  1. Rendang kalau makan dengan pulut kuning macam dalam gambar tu memang best lahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, saya pun suka makan rendang dengan pulut kuning..:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!