Tips Pasang Wainscoting PVC dan Wallpaper Di Rumah Dengan Lebih Jimat Dan Mudah

As Salam,
Tips Pasang Wainscoting PVC Di Rumah Lebih Jimat Dan Mudah-Alhamdulillah. Kali ini perkongsian saya bukan lagi pasal masak-masak atau resepi ya.heh.Saya nak kongsi tentang pemasangan wainscoting dan juga wallpaper di rumah saya yang dilakukan sekitar 10 hari sebelum raya tempohari. Semangat nak raya di rumah sendiri katakan.Kemain Encik Suami saya siap tempah pemasangan wainscoting dan wallpaper walau dalam tempoh PKP.

 Pakej pemasangan wainscoting dan wallpaper oleh Megah Wallpapera nyata sangat memuaskan hati kami dengan kualiti kerja yang sangat kemas dan bersih dan harga yang berbaloi.

Wall di bahagian bilik bawah.

Sebenarnya ini tahun ketiga kami mendiami rumah ini sejak kami buat keputusan berhijrah dari Bandar Kuala Lumpur. Tahun pertama dan kedua, kami hanya menumpukan kepada kelengkapan rumah seperti penyediaan barangan elektrik dan perabot dalam rumah.Itupun "semput" jugak nak menguruskannya sebab bila kita mendiami rumah double storey, semuanya pun perlu double.huhu.Dari kelengkapan bilik tidur, bilik air dan juga ruang tamu dan dapur juga ruang dobi. Masa berpindah dulu pun, kami hanya bawa pakaian dan beberapa peralatan dan kelengkapan yang perlu.Selebihnya kami tinggal di rumah lama yang kini sudah kami sewakan kepada penyewa.

Boleh ikuti perkembangan story mory kami semasa proses memiliki rumah kedua di Port Dickson dan Kisah kami buat Minor renovation di bahagian dapur.Klik post di bawah :

  1. Impian Miliki Rumah Kedua Menjadi Kenyataan
  2. Rumah Kedua Sudah Siap Buat Minor Renovation

 Selepas wainscoting dan wallpaper, barulah nampak berseri sikit rumah kami ni.Alhamdulillah.
Sebelum ni, tengok rumah orang lain lawa dengan wainscoting je kann.

close up wainscoting pvc yang macam real like wood wainscoting. Kita buat dia kann.Pilih yang mana value for money ya:)

Orait, saya kongsi sedikit gambar rumah kami sebelum pasang wainscoting dan wallpaper. Ambik mood dulu ya.heh.

 Ruang tamu pada tahun pertama mendiami rumah ini tanpa wainscoting dan wallpaper.Masa ni serabut jugak nak susun atur sofa 3+2 dan L -shape sofa yang kami beli. Rumah double storey dengan keluasan 22x75 yang kami diami ini agak memanjang ke belakang dan lebar.Masa ni kami tak buat partition bagai.Buat mana yang kami rasa ruang akan lebih selesa dan kemas, yang paling penting praktikal untuk kami sekeluarga.

Ini pula make over tahun kedua. Macam lebih kemas dan mudah untuk anak-anak menonton televisyen.Masih lagi tanpa wainscoting atau wallpaper.

laluan belakang sofa ni ada lagi lebih kurang 4 petak square fit saiz.Jadi, jika ada tetamu, laluan ke bahagian ruang dapur tidak akan terganggu berbanding susun atur yang pertama.

Tips Pasang Wainscoting PVC dan Walpaper Di Rumah Dengan Lebih Jimat Dan Mudah
Saya bukanlah nak share bab teknikal pemasangan wainscoting atau wallpaper, tapi saya lebih nak cadangkan beberapa tips kepada anda yang berminat nak pasang wainscoting atau wallpaper di rumah baru atau rumah lama.Mana-mana pun boleh :)
  1. Kita cakap ni jika anda ada bajet lebih sikit atau memang ada bajet untuk make over rumah supaya lebih sedap mata memandang.Kalau tiada bajet atau kewangan belum mengizinkan, ikut tips saya iaitu pasang dulu impian baru pasang wainscoting.Boleh gitu:).Saya pun buat macam tu:)
  2. Kita boleh pilih nak pasang wainscoting berasaskan kayu, pvc atau foam.Korang boleh decide pasang impian nak waincoting yang mana.Macam kami, selalu utamakan "value for money".Sebab pakej yang kami ambil menawarkan wainscoting jenis pvc, kami tiada masalah.Kalau nak tahu, walaupun wainscoting ni dari pvc, ia tetap kelihatan seperti kayu!malah lebih cantik sebab jimat.haha.betul tak?Lagi satu, kami serahkan kepada yang pakar.Kami just sediakan bajet dan tunggu depa buat sampai siap.
  3. Utamakan kos.Ini sangat penting sebab selepas saya teliti beberapa pengalaman mereka yang DIY buat wainscoting ini, paling kurang 2-3 hari juga untuk siapkan material ni.Ingat ya, kos yang saya maksudkan bukan sahaja wang ringgit, malah masa, tenaga, kemahiran dan kesabaran mental dan fizikal.Tambah lagi kalau korang nak pasang wainscoting selepas rumah didiami macam saya.Pemasangan wainscoting di rumah saya hanya mengambil masa sekerat hari.Depa datang sekitar jam 9 pagi dan siap sebelum jam 6 petang.Tenaga pekerja yang digunakan ialah sekitar 5 orang.Cuba fikir.Jimat ke tidak dengan harga yang bakal saya kongsikan sekejap lagi?
  4. Tentukan area atau ruang yang ingin dipasang wainscoting. Macam kami, of courselah nak utamakan ruang floor dulu.Bilik-bilik dibahagian atas tu, kita kiv dulu.Kata buat ikut bajet kann.Bila kita tahu nak pasang wainscoting area mana dalam rumah kita, ia akan lebih memudahkan kita membuat kiraan bajet berdasarkan keluasan atau lebar dinding rumah.
  5. Buat survey mengenai pemasangan wainscoting, promosi-promosi yang ditawarkan termasuk pakej wallpaper.Kenapa kami pilih pakej dengan wallpaper-sebabnya kami tahu tiada siapa yang sanggup mengecat dinding rumah-tambah lagi dengan hasil yang kemas, cantik dan bersih.Jadi dengan pilihan buat wainscoting dengan wallpaper, kami dah jimat lagi banyak.
Perbandingan antara wainscoting PVC dan foam

Jika korang berminat nak dapatkan pakej combo seperti kami iaitu pemasangan wainscoting dan wallpaper, boleh je korang refer company ni.Just wassap atau contact depa ya.



Ini antara wassap En Suami dengan staff Megah Wallpaperia- So selepas kira-kira dan berdasarkan lebar dan tinggi wall rumah kami, selepas dapat pengurangan atau diskaun ( heh) kami membayar sebanyak RM 5800 untuk pemasangan wainscoting pvc dan wallpaper.Korang jangan bandingkan dengan harga yang depa dok buat DIY di rumah ya :) Ini harga yang kami dapat selepas depa selesai sapu ruang kerja, mop lantai rumah, buang segala lebihan sampah dan sisa pvc dan juga kami dapat lebih kurang satu roll wallaper (balance) yang plain colour sekali tau!Alhamdulillah.

Orait, jom tengok wall rumah kami sebelum dan selepas pemasangan wainscoting dan wallpaper :

Operasi memotong wainscoting pvc dengan mesin khas dilakukan di luar rumah.

First depa buat divider dulu kat wall. Kerja mengukur, membuat garisan dan teknikal yang lain dibuat oleh seorang pekerja.

Second, depa buat pemasangan wallpaper.Pasang wallpaper ni bukan mudah tau.Bagi saya yang tak mahir dan tak pandai bab mendeko ni.Kita kena ukur, kena tampal gam dan kena pandai lekat kat dinding pula.Kena bagi licin tak mengelembung, kena ngam dan betul-betul perfect sambungan setiap wallpaper.

 Ini pula pemasangan wallpaper bahagian sebelah kanan wall dari arah pintu masuk.Korang perasan tak corak wallpaper ni different dengan wall sebelah kiri? Kami pilih design lain tapi dalam tone colour yang sama-Just nak make the feature wall kononnya.So, wall sebelah kanan ni design wallpapernya agak penuh dan meriah!

 Depa start pasang wallpaper dari tengah.Sebab ada kabinet tv tu kan.Kabinet tv tu kami buat tahun lepas.Besar gedabak kemain.Tapi tv nya maintain comel je kat situ.Itu TV kesayangan kot.Belum ada plan nak tukar yang lain.heh.

Orait, dah siap wallpaper untuk feature wall rumah kami. Eh, baru perasan colour wallpaper sedondon pulak dengan colour wood kabinet.okeylah tu kann:)

 Okey, ni pula pemasangan wallpaper bahagian bawah wall.Nampak macam takde apa-apa kan ? Depa guna jenis wallpaper plain white colour.

Kalau kena buat sendiri atau DIY dengan Encik Suami memang kita orang surrender beb!Mahu cramp kepala lutut kalau nak pasang wallpaper yang bahagian bawah ni.Keliling satu ruang tamu pulak tu.Syukurlah kami tak pandai buat DIY benda alah ni semua.haha.Agak-agak kalau buat sendiri boleh siap sekerat hari tak?

 Pakcik ni kira macam ketua projek la.Tugas dia tukang potong wainscoting pvc kat luar rumah.Tengok cara kerja dia memang teliti, sharp dan laju je.Dia yang bagi jaminan boleh siap sebelum kul 6 petang.Inilah yang kita mahukan. Cekap dan cepat.

 Yang ni depa dok perkemaskan wainscoting pvc yang sudah dipasang ke wall.Memang sangat puas hati sebab kerja depa ni walau nampak muda belia lagi tapi sangat kemas, bersih dan teliti.
Yang baju merah tu memang suka mengemas dan buat sepah!adoiilah.

Suka tengok depa susun siap-siap macam ni.Nampak work smart depa ni.Buat kerja dalam satu team, kalau organise well cam ni, memang tak heran boleh siap cepat dan perfect kann.

 Dah siap! heh.Ini versi dah siap kemas semua.

Satu lagi yang saya suka dengan pemasangan wainscoting pvc ni ialah bila kita sentuh dan rasa tekstur dia tak nampak ia macam pvc pun.Sekali tengok ia seakan wainscoting dari kayu kann.Jadi, korang dah boleh pilih nak pasang yang macam mana? Tepuk dada tanya poket sendiri ya:)

Ini versi yang dah siap:) Selamat tinggal wall yang berconteng.haha.Dah tak payah fikir nak cat kaler apa atau nak match warna cat dengan sofa atau langsir bagai.Ini bagusnya bila kita guna wallpaper-kami pula pilih wallpaper yang safe mode-Ruang nampak lebih luas, kemas dan bersih.

Orait, Saya nak belanja video yang Encik Suami buat dalam tempoh proses semasa pemasangan wainscoting dan wallpaper dan selepas depa siap buat semua :)

Video pemasangan wainscoting pvc dan wallpaper sedang dijalankan

Video pemasangan wainscoting pvc dan wallpaper sedang dijalankan

Video pemasangan wainscoting pvc dan wallpaper yang dah complete di rumah kami.

Apapun keinginan anda untuk wainscoting atau wallpaper di rumah anda, saya nasihatkan pastikan buat dengan nilai yang berbaloi- nilai kepuasan diri sendiri, nilai untuk pelaburan wang ringgit atau masa yang anda curahkan dan juga nilai impian anda untuk mendapatkannya.InshaAllah.

Terima kasih ikuti catatan ini sehingga tamat, Maaf jika ada banyak kekurangan dalam perkongsian ini. Semoga bermanfaat kepada seseiapa yang memerlukan info tentang Tips Pasang Wainscoting PVC dan Walpaper Di Rumah Dengan Lebih Jimat Dan Mudah


Sampai bertemu lagi di lain kesempatan, doakan.



Post a Comment

6 Comments

  1. Cantiknya. Suka tengok rumah akak. Kemas je.

    ReplyDelete
  2. Wah, 22x75 luas tu. Saya pun dok budget juga ni, dalam proses beli rumah pertama di subang murni, saiz sama 22x75. Nasib baik jumpa blog ni, latest entry untuk topik ni 😄 kedainya area puchong ke? Maaf la, tak clear gambar tu. Btw, cantik rumah bila dah siap tu. Nampak puas hati sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kedai ni kat area Puchong.Selamat berpindah ke rumah baru nanti :)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!