Design Emas Pulut Dakap 916 Yang Sedang Viral-Jom Cuci Mata :)

As Salam,
Design Emas Pulut Dakap 916 Yang Sedang Viral-Jom Cuci Mata :)- Haa.mesti korang suka entry ni kan.Khasnya untuk akhkak-akhkak dan mak-mak seantero Malaya.Yeahh.Jom, kita pakat viralkan kuih eh,  emas pulut dakap 916 ni.Den ni taklah obses sangat dengan barang kemas ni bagai, tapi kalau Cik Abang ajak pi kedai emas, mintak kita pilih yang mana suka, kita akan taat dan ikut perintahnya lah kan,ahaks.

Saya tahu pasal emas design pulut dakap ni pun sebab time scroll FB ada je member yang share atau up pasal emas ni.Tu yang tetiba rasa berkenan.Mula-mula berkenan dulu, lepas tu kita fikir cara nak bagi boleh dapat gitu :)

yeahh.Mari rapat semua.Ini design pertama yang den nak tunjuk.Jumpa pic ni pun kat FB.
Sungguh emas pulut dakap ni banyak nau design dia.

ni pulak design kedua yang saya jumpa kat FB.Sah-sah lah kalau pi kat kedai emas, lagi banyak design boleh tengok kan.Tapi musim PKPB ni,kita tengok dulu dalam skrin telefon jelah dulu ya.hehe.

Kebetulan, bila cakap pasal emas ni, ia sangat dekat dengan orang kita, masyarakat Melayu.Emas dalam kehidupan masyarakat Melayu sinonim sebagai barang perhiasan.Kalau kita tengok lagi tebal emas depa, lagi meriah rantai, gelang dan cincin yang depa dok pakai, lagi kuatlah andaian kita yang pastinya duit depa berkepuk-kepuk.haha.

Kita tahu, emas sebenar sama ada 916 atau 999, bukanlah jenis perhiasan murahan.Paling kurang jika lagi padu barang kemas atau hiasan emas tersebut, tahulah kita harganya juga makan ribu-ribu.

Saya tengok Encik Suami pun dah rajin update pasal emas dalam FB dia.Yang terkini, Cik Abang share tips nak simpan emas.kemain lagi.Saya dah lama tahu, passion En Suami pasal simpanan dan pelaburan emas ni.Pernah jugak saya bising sebab, dia ada ilmu dan minat, why tak mahu expose,tambah lagi sejak dah jadi Dealer kat PG Gold. Sesekali saya brainwash jugak.Benda bila kita tak usahakan, mana nak dapat hasil kan?

Sebenarnya, saya sangat yakin dan optimis dengan apa yang Allah dah tentukan dan tunjukkan jalan dalam hidup kita.Saya pernah baca dalam satu buku, katanya begini : Jika Allah ilhamkan kita untuk berdoa dan minta sesuatu, maknaNya rezeki kita memang ada untuk hal tersebut.Sama juga bila Allah lorongkan kita ke satu jalan, mesti ada sebab dan hikmah yang Allah nak beri pada kita.

Sambil-sambil tu, meh saya kongsikan Tips yang cik Abang saya kongsi dalam FB dia.Boleh jugak buat panduan, manalah tahu ada kalangan readers blog ini yang mempunyai minat macam Encik Suami saya kan.

 5 Tips Mudah Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan
Ramai orang rasa susah nak simpan emas setiap bulan, walaupun cuma 1 gram sahaja!
πŸ‘‰πŸ» Jom kita tengok 5 tips simpan emas supaya setiap bulan kita wajib menyimpan emas😊
πŸ„ Letak matlamat nak simpan 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving.
πŸ„ Masuk je duit gaji terus beli 1 gram emas. Nak beli pon mudah je, semuanya di hujung jari.
πŸ„ Tak perlu tunggu harga terbaik . Yang penting mulakan simpan sekarang.
πŸ„ Beli emas melalui kaedah akaun emas Gold Accumulation Program (GAP). Ini la kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan.
πŸ„ Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet!

Tips no. 5 ni penting, bukan apa ini lah rahsia aura Gold Magnet! Secara tak sedar kita dah kumpul bergram-gram emas! 😱
Orait, just wassap utk info lanjutπŸ˜‰

Noor Ahadi bin Yateman ( Hadi )
Trusted PG Gold Prority Dealer
http://www.wasap.my/60122765595

#sharingiscaring

Design rantai tangan pulut dakap ni macam-macam style.Ada yang tak sanggup jugak nak try.Bukan apa takut kena libas tangan.haha.

 Kalau Encik Suami korang tak minat benda-benda emas ni ( sebenarnya semua laki pun tak minat emas, sebab takut nak bayornya.haha) jangan pulak korang sebut nama gelang pulut dakap, karang dibelinya pulut dakap yang hok boleh makan tu- korang tunjuk terus pic pulut dakap ni, baru dia faham apa kebendanya pulut dakap.

Ada jugak yang tak minat style rantai tangan pulut dakap ni sebab ia bukan emas yang padu.Maksudnya design pulut dakap ni, disebelah belakangnya kosong, tempat simpan habuk /daki katanya.Tak baik tau.Cuba korang dapat seketoi emas dakap ni, mesti korang suka jugak kann? Masa tu tak fikir tempat simpan habuk ka, daki ka.hamboii.

Beli emas ni jugak bukanlah sekadar untuk perhiasan sahaja kann?Kalau korang bijak laksana, emas ni simpanan paling mantap dan padu yang korang boleh buat.Tapi korang bukanlah beli emas yang hok buat hiasan ni, beli emas jongkong atau bar gold, macam tips yang Cik Abang ai bagi tu, buat misi dalam hidup atau target setahun atau 10 bulan sahaja dengan 1 bulan 1 gram emas.Tapi kita buat senyap-senyap, jangan bagitahu En.Suaami.haha.Kemain hasut member!

Orait, barangkali banyak lagi design emas pulut dakap ni yang tak masuk dalam list pic yang saya kongsi. Set pulut dakap ni bukan takat gelang atau rantai tangan je tau, hok cincin pun depa ada juai.Korang bolehlah cari sendiri design lain yang korang suka.

Anyway, terima kasih banyak-banyak sudi scroll design emas pulut dakap yang saya publish  dalam post.Saya kongsi gambar yang ada kat Google je pun. But, jika ada yang berminat nak buat emas sebagai salah satu simpanan atau pelaburan, boleh wassap nombor yang akhkak share kat bawah ni ya :

Noor Ahadi bin Yateman ( Hadi )
Trusted PG Gold Prority Dealer
http://www.wasap.my/60122765595





Post a Comment

2 Comments

  1. Laaa ingatkan makanan sebab ada perkataan pulut kat situ.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!