As Salam,
Pokok Snake Plant @ Senseveria Plant Yang Cantik Dan Subur Hijau Untuk Hiasan Indoor- Tak sangka tiba-tiba menjadi viral pulak pokok tanaman Indoor yang dikenali sebagai Snake Plant atau Sensevieria Plant ni.Nama Melayunya, orang kita panggil Lidah Mertua.Saya pula, kebetulan masa awal bulan Mac tempohari, sebelum PKP dilaksanakan, saya memang ada membeli beberapa pasu pokok Snake Plant dari sebuah nursery yang agak berhampiran dengan rumah.
Pokok Snake Plant @ Senseveria Plant Yang Cantik Dan Subur Hijau Untuk Hiasan Indoor
Asalnya saya beli pokok Snake Plant tu untuk hiasan outdoor kawasan Bilik BOSS ( Bilik Skim Pinjaman Buku Teks ) di sekolah. Hampir sebulan lebih pokok ini saya tinggalkan dan tidak bersiram.Apabila masuk PKPB, dan Guru Besar juga beri kebenaran untuk ke sekolah, saya ambil peluang ini untuk ambil beberapa fail dan juga angkut sekali pokok snake plant yang saya tinggalkan.
MasyaAllah.Happynya saya bila dapat tengok pokok snake plant ni masih subur, cantik dan daunnya juga hijau subur.Benarlah pendapat yang mengatakan Pokok Snake Plant ini sangat mudah dijaga dan masih tumbuh subur walau tidak disiram hampir sebulan lebih.
Pic ni diambil semasa kali pertama saya ke Nursery di Pekan Lukut, Port Dickson untuk membeli Pokok Snake Plant.Sepokok snake plant ini saya beli dengan harga RM 18.Memang dah lama saya aim snake plant ini sebagai hiasan outdoor Bilik SPBT di sekolah.
Masa ni saya tak confident nak pindahkan snake plant ni ke pasu baru, jadi saya mintak tolong adik nursery tu tolong setelkan.Mengada betol akhkak sorang ni kann.haha.
Okey, dah setel semua pokok pindah pasu, kita posing jap lah.hehe.
Sekarang ni, dah dekat dua bulan lebih, saya perasan snake plant ni dah mula membiak.Ada beberapa batang anak pokok snake plant yang tumbuh dalam pasu yang sama.Seronoknya bila tengok tanaman ini bertunas dengan subur kann.Tak sabar nak pindahkan ke pasu yang lain anak pokok yang tumbuh subur tu.Masalahnya den tak reti sangat cara yang betul nak pindahkan anak pokok snake plant ni.Karang tak memasal mati kering semua pokok.huhu.
Nampak tak tu sepohon snake plant yang tumbuh berasingan? tulah anak pokok snake plant yang dah membiak. Tahu-tahu je dah tinggi macam tu.Agaknya masa saya tinggalkan dekat sebulan kat sekolah tu yang dia bertunas.Subhanallah.Allah yang Maha besar, Yang menghidupkan dan Mematikan semua makhluknya.
Walaupun snake plant ni banyak jenis, saya memang suka sangat dengan jenis yang ini, dengan warnanya yang hijau gelap dan kuning terang tu.Gabungan wana yang sangat sejuk mata memandang kann.Tambah lagi kalau dapat background cat putih macam tu.Terus naik seri snake plant sebagai hiasan indoor plant dalam rumah.
Ramai yang share dan viralkan tentang kelebihan snake plant ini yang boleh mengurangkan habuk dalam rumah.Betul ke? Saya pindahkan snake plant ni dalam rumah baru-baru sahaja, selepas operasi pasang wainscoting dalam rumah.Tak perasan lagi habuk dah berkurang ke belum dalam rumah.Tunggu sebulan, saya update pasal ni.heheh.Tapi jika kajian dah dibuat, maknanya betullah tu kot kann?
Orait, bagi sesiapa yang menyukai minat yang sama macam saya, yang suka sangat dengan snake plant ni, memang betul sangat yang pokok ini mudah sangat dijaga.Sejak saya pindahkan dalam rumah, saya dah tak siram sangat pokok ni melainkan spray sikit-sikit je.Seminggu sekali saya letak diluar untuk dapat direct cahaya matahari.
Pokok ini memang akan membusuk dan boleh mati jika disiram setiap hari atau terdapat berlebihan air dalam pasu atau medium tanahnya. Memandangkan ia juga cepak membiak, kita kena rajin pindahkan anak pokok yang tumbuh ke pasu baru supaya ia tidak menganggu tumbesaran pokok induk.
Sebenarnya, memang jimat jika kita tanam pokok snake plant ni.Bayangkan sepokok snake plant ni RM18, tapi selepas ia membiak, kita dah jimat banyak.Dalam satu pokok induk, snake plant ni boleh tumbuh dan membiak lebih dari satu anak pokok tau. Lepas ni akhak buat bisnes pokok snake plant jelah.Modal sekali je.ahakss.
Saya tidak pasti setinggi mana daun Pokok lidah mertua ni boleh tumbuh, yang saya pernah lihat di Google, ada yang meninggi sekitar 12-15 cm.Boleh tahan jugak kan tingginya.Asalnya pokok ni memang lawa kalau buat hiasan pagar atau laman rumah.Tapi saya lebih suka jadikan ia indoor plant sebagai pokok hiasan.
Thanks reading this entry, boleh kongsi dengan saya kalau korang pun ada tanam pokok snake plant kat rumah sebagai hiasan indoor atau outdoor ya! Kongsi kat komen, okey:)
6 Comments
femes dh pokok ni skrg..
ReplyDeleteteringin jgk nk tanam tp tu la.. xtertanam smpai skrg.. haha
saya pun dulu asalnya tak minat pun berkebun ni, cuma bila tahun 2017, berpindah tempat kerja, dok dengan makcik yang suka berkebun, sejak itu minat berkebun datang..
Deletepokok viral ..
ReplyDeleteGood Idea.. kawan office pun Ada Taman kat rumah dia ..cantik sangat. Memang Paran ngan waktu PKP ni.. saya pun nak Cuba untuk rumah saya.tunggu nk pergi beli tanah her..
ReplyDeleteSaya tanam dalam beberapa pasu besar letak di porch. Sangat senang jaga. Sesuai untuk mereka yang tak banyak masa untuk gardening.
ReplyDeleteSaya tanam dalam pasu pasu besar letak di porch. Sangat senang jaga. Sesuai bagi mereka yang tak banyak masa untuk gardening.
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!