Resepi Mudah Kuih Seri Muka Durian Yang Sangat Sedap Dan Pasti Menjadi

As Salam,
Resepi Kuih Seri Muka Durian Yang Sangat Sedap Dan Pasti Menjadi-Haih.Dekat dua minggu blog ini tak berupdate.Macam nilah rupa gayanya bila life dah back to normal.haha.Den dah masuk sekolah.Dah pi kerja macam biasa.No more work from home.huwaa.Rindu life work from home.Apapun amanah dan tanggungjawab tetap kena tunaikan.

resepi mudah seri muka durian dengan sukatan cawan
Kuih Seri Muka Durian ni bila kita buat sendiri memang berbaloi sebab rasa durian tu memang berasa sangat, dengan pilihan sama ada nak manis atau kurang manis.Resepi yang saya kongsi ini memang sedang elok manisnya:)

seri muka durian resepi cik matahariku
Enaknya kuih seri muka durian:) lapisan durian yang sangat lemak dan sedang elok manisnya.Lapisan pulut yang lembut, lemak manis dan masin yang secukup rasa.Terbaik resepi ini.

gambar seri muka durian yang cantik dan sedap
Seri Muka durian kali pertama yang saya sediakan ini rupanya menjadi kesukaan tetamu yang datang berkunjung ke rumah pada hujung minggu lepas. Masing-masing dok puji dan kata sedap.whoaa.Saya berterima kasih sangat kepada insan yang berkongsi resepi seri muka durian ini.Jadi saya kongsikan pula dalam blog supaya  readers blog ini mencubanya pula:)

Orait, tak sabar nak kongsi resepi Kuih Seri Muka Durian yang paling meletup.wahh.kemain.Sejak mula musim durian, saya dah pasang angan-angan untuk buat sendiri kuih seri muka durian.Asbabnya saya dah lulus buat kuih seri muka pandan yang lembut dan lemak manis yang saya kongsi dalam post ini : Tips Buat Kuih Seri Muka paling sedap dan Menjadi- Jadi keyakinan untuk buat seri muka versi Durian IOI ( ewahh..) semakin bertambah kuat dan tinggi.InshaAllah.

Boleh juga tengok sharing saya dalam youtube channel Cik Matahariku tentang cara dan tips buat seri muka durian yang sangat sedap ini : Jangan lupa subscribe ya:)

resepi seri muka durian yang sangat sedap di Channel Cik Matahariku

 waduhhh.isi durian dimakan begitu sahaja sudah enak, apatah lagi kita upgrade jadi kuih seri muka yang dimakan bersama gandingan pulut.Bayangkan keenakan seri muka durian ini ya..:)

Semoga gambar durian ini menjadi suntikan semangat korang supaya gigih untuk cuba buat sendiri seri muka durian seperti yang sudah saya usahakan.Senang dan pasti menjadi,InshaAllah!

Sebelum tu, saya dapat resepi terbaik ini daripada grup Masak Apa Hari Ni Official di FB.Memang best resepi ni dan sangat recomended kepada sesiapa yang nak cuba buat sendiri, walaupun baru pertama kali mahu mencuba.

seri muka durian paling sedap dan berlemak
wei.Korang nampak tak tu lapisan pulut yang lembut dan lapisan durian yang sedang elok teksturnya, tak keras sangat atau lembik.Jomm, mari kita berjemaah buat seri muka durian ni.Kebetulan memang tengah musim buah durian sekarang.stok tengah banyak.heh.

Resepi Kuih Seri Muka Durian Yang Sangat Sedap dan Pasti Menjadi
Sumber resepi : Grup Masak Apa Hari Ni Official
Dicuba oleh  : Cik Matahariku
Bahan-bahan lapisan pulut
3 cawan beras pulut
2 cawan santan ( 1 kotak santan kara 250ml + 1 cawan air )
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
1 helai daun pandan diikat
Cara Menyediakan Lapisan Pulut : 
Rendam beras pulut sehari semalam.( saya hanya rendam sekitar 1 jam sahaja).Toskan pulut yang sudah direndam.Sapu loyang dengan sedikit minyak.Letakkan plastik sebagai alas loyang.Masukkan beras pulut dalam loyang, masukkan santan, gula, garam dan minyak dan kacau hingga sebati.Kukus beras pulut dalam tempoh masa 20-25 minit atau sehingga beras pulut telah benar-benar tanak.

Bahan-bahan Lapisan Durian ( Kuning)
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung kastard
1/4 tepung beras
1 cawan gula
3 cawan santan ( 1 kotak santan kara 250ml + 2 cawan air)
perisa durian / pewarna kuning ( jika suka)
2 biji telur ( saya guna gred c)
1 sudu teh esen vanila ( saya tambah, resepi asal tak letak)

Cara Menyediakan Lapisan durian (Kuning)
  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga sebati.
  2. Jika blender tak muat untuk blend semua, masukkan dua cawan santan dahulu ( 1 kotak santan kara + 1 cawan air ).
  3. Masukkan bahan yang sudah blend dalam periuk atau pan, tambah satu cawan air baki yang 3 cawan tadi.
  4. Gunakan api perlahan dan kacau hingga sebati.Tutup api jika sudah terlihat ada gentelan tepung.Jika adunan tidak licin atau bergentel, boleh blend sekali lagi.
Penyediaan Seri Muka Durian
  1. Angkat beras pulut yang sudah siap dikukus.Padat-padatkan beras pulut supaya dapat hasilkan kuih seri muka durian yang berlapis cantik.
  2. Cakar-cakar permukaan pulut dengan garfu.Tujuannya supaya lapisan durian atau lapisan yang berwarna kuning dapat melekat elok dengan pulut.
  3. Letakkan pulut yang sudah dikukus atas pengukus dan biarkan dalam 3-5 minit.Kemudian masukkan pula lapisan durian ( yang berwarna kuning).
  4. Kukus kuih seri muka durian dalam tempoh 45 minit atau sehingga 1 jam
  5. Gunakan api perlahan semasa mengukus dalam tempoh 30 minit yang pertama.kemudian boleh gunakan api yang sederhana besar.
  6. Gunakan aluminium foil untuk menutupi loyang bagi menghalang wap air masuk ke dalam loyang.Boleh juga balut penutup pengukus dengan kain lap bersih..
  7. Boleh cucuk lapisan atas dengan garfu untuk memastikan seri muka dah masak elok.Jika seri muka durian anda sudah masak,angkat penutup kukus dan biarkan seketika sehingga permukaan seri muka menjadi kering ( tanpa air wap ) dan licin berkilat.
  8. Jika seri muka durian anda sudah benar-benar sejuk, bolehlah potong mengikut cara yang  disukai.
  9. Sedia untuk dihidang sebagai minuman petang sekeluarga.
Langkah Bergambar Buat Seri Muka Durian Yang Sangat Sedap

seri muka durian resepi cik matahariku
 Lapisan beras pulut yang sedia untuk dikukus.

cara buat seri muka
 Lapisan durian sedang dimasak atas api yang perlahan.Kacau perlahan adunan ini sehingga ada gentelan tepung baru tutup api.

pulut kukus durian
 Pulut yang sudah siap dikukus dan siap dipadat-padatkan. Jangan lupa cakar permukaan pulut supaya lapisan durian melekat elok atas pulut.

mudahnya buat seri muka durian
 Masukkan atau tuang lapisan durian atas pulut.Jika mahu lapisan yang cantik, sebelum tuang lapisan durian, biarkan pulut atas pengukus dalam 3-5 minit, kemudian barulah tuang lapisan durian.

seri muka durian yang menjadi
rupa atau kejadian seri muka durian sesudah dikukus dan sedang menunggu masa untuk disejukkan. Bila seri muka dah benar-benar sejuk, barulah boleh dipotong.

orait, jika anda peminat seri muka durian, jangan lupa untuk cuba buat sendiri dengan resepi ini ya.InshaAllah menjadi dengan jayanya!

Selamat mencuba semua :)


Post a Comment

17 Comments

  1. Wah sedapnya perasa durian..tapi tempat saya ni duriannya selalu sold out.kna tggu balik kg la nmpk gayanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah memang sedap ni cikgu:)kalau selalu sold out, kena cuba beli durian online..norma baharu..heheh..

      Delete
  2. Replies
    1. ini durian sebenar tau WP, original seri muka durian..gitu:)

      Delete
  3. sedapnya kalau dapat makan ni kak oi.... dana niat ada nak buat serimuka biasa tapi sampai sekarang tak terbuat-buat, ini dah kerja lagi lah payah nk buat... dah mula malas hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Dana, bila dah kerja, dah penat..nak masak macam-macam pun malas..

      Delete
  4. Dah boleh meniaga ni nampaknyya hihi..... cantik kejadiannya CM...
    Suka jugak makan kuih seri muka ni tapi tulah dia malas nak membuatnya. Durian pun lama tak pekena ni...dah teringin tahap nak mencari doyak malam ni jugak gamaknya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, InshaAllah kalau ada kesempatan teringin juga buat bisnes ni dari rumah..hheee..

      Delete
  5. menariknya. tak pernah makan kuih seri muka perasa durian. mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza kena cuba sendiri baru tau sedapnya seri muka durian ni..:)

      Delete
    2. itulah kan kak. nak membeli tak tahu mana nak beli. Nak tak nak kalau nak rasa memang kena cuba buat sendiri. Boleh lah ikut resepi akak ni kan.

      Delete
  6. salamm..

    adoiii.. so tempting lah durian tu. nnt kalau rajin teringin gak nak buat. tq for sharing ye.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih resepinya. Sedap ni .

    ReplyDelete
  8. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    ReplyDelete
  9. uishh,betul menggoda selera ni.Nak buat tak tahulah berapa tahun lagi baru menjadi, dapat tengok jela telan air liur

    ReplyDelete
  10. menggodanya warna dia! Pandai la akak buat kuih ni. Mesti terasa durian tu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, terima kasih utk resipi.semiga dimurahkan rezeki puan.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!