Tips dan Cara Masak Rendang Ayam Supaya Lebih Sedap dan Tahan Lebih Lama

 As Salam,

Salam Syawal ke-4 saya ucapkan jika ada kalangan readers yang baru sahaja singgah dan "beraya" di blog saya.hehe.Lama saya tak update resepi dan kongsi masakan saya di sini walaupun setiap hari dan malah sepanjang Ramadan tempohari tiada sehari pun saya gantung kuali atau periuk. Cuma akhir-akhir ini, mood atau semangat menaip blog seakan semakin merudum.Doakanlah saya supaya rajin-rajin update blog ini dan jangan malas-malas okey.


resepi rendang ayam paling sedap dan mudah
Gambar Rendang ayam ini ketika baru sahaja disebatikan dengan semua bahan-bahan kisar dan bahan rempah tumis. Sebelum diperasakan, belum diletak kerisik dan juga belum masukkan gula kabung/ gula melaka.


gambar rendang ayam yang sedap
Gambar Rendang Ayam yang sudah siap dimasak, sudah diletakkan kerisik, santan pekat dan diperasakan. Juga sudah dimasukkan gula kabung/ gula melaka dan air asam jawa.

InshaAllah.Kali ini saya nak kongsikan cara saya menyediakan dan memasak Rendang Ayam, salah satu hidangan raya ( yang sekarang bukan sahaja time raya kita jumpa, hari-hari biasa pun kita boleh makan rendang ayam ni. Jika di rumah, saya agak jarang masak menu ini kerana ingin mengekalkan tradisi supaya ia hanya dimasak jika ada perayaan atau sambutan istimewa.hehe.Kecuali jika ada permintaan Encik Suami, maka saya akan masak juga walaupun pada hari Raya Deepavali atau Wesak.kiki.


resepi rendang ayam Cik Matahariku
Rendang Ayam versi Cik Matahariku :)


rendang ayam cili padi
Alamak! kalau dapat rendang ayam macam ni, saya nak makan sensorang tau, tak mau kongsi dengan sapa-sapa.haha.

Mari saya kongsikan terlebih dahulu Resepi Rendang Ayam Yang Sedap, Mudah disediakan dan Pasti Menjadi khasnya kepada para beginner yang baru first time nak belajar buat rendang.Toksah takut sangat dengan anggapan yang mengatakan buat rendang ni leceh, remeh atau susah.Asalkan ko rajin, buat atau masak apapun boleh menjadi dengan cemerlang.Ceh gitu:)-Yang kata susah dan leceh tu sebab ko malas kenn.haha.


Resepi Rendang Ayam Yang Sedap, Mudah disediakan dan Pasti Menjadi khasnya kepada para beginner

Sumber resepi : Cik Matahariku

Saiz hidangan : Untuk 5-7 orang dewasa

Bahan-Bahan : 

Ayam saiz sederhana ( 1 ekor )

Bahan-bahan untuk dikisar

7  ulas bawang merah 

5 ulas bawang putih 

2 inci halia 

1 inci kunyit hidup 

1 inci lengkuas 

5 batang serai 

1 sudu makan jintan manis

3 sudu makan ketumbar

1 gengam cili padi ( kalau suka pedas)

Bahan-bahan lain :

1/2 cawan santan kara

1 cawan air

1 paket kerisik atau 3 sudu makan kerisik

3 sudu makan cili kering blend

1 keping gula melaka / gula kabung

Garam secukup rasa

1 labu bawang besar dihiris

Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga ( satu set sahaja )

2 batang serai diketuk

Daun limau purut secukupnya ( dihiris )

Daun kunyit secukupnya

1  1/2 sudu makan paste asam jawa Adabi atau1 keping asam keping

Minyak untuk menumis


Cara Menyediakan Rendang Ayam Supaya Lebih Sedap dan Tahan Lebih Lama

1. Cuci bersih ayam dan toskan seketika.

2. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.

3. Panaskan minyak untuk menumis.Masukkan hirisan bawang besar, serai ketuk dan diikuti rempah tiga sekawan.Bila dah naik bau bawang dan lain-lain, masukkan bahan kisar termasuk cili kering blend.


5.Kacau semua bahan hingga sebati dan hingga terbit minyak. Tujuannya supaya rendang ayam kita akan tahan lebih lama dan lebih sedap.


6.Selepas terbit minyak, masukkan ayam diikuti santan dan air, perahan air asam jawa dan juga gula kabung.Gula kabung juga menjadikan rasa rendang lebih istimewa berbanding kita guna gula biasa.Kacau sehingga sebati.


7.Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Tutup kuali atau periuk supaya wap air dapat mereneh dan menjadikan ayam rendang kita empuk dengan elok dan bukan hancur.Pastikan hanya guna api kecil dan sederhana.


8.Biarkan sehingga ayam empuk dan kuah memekat.Pastikan guna api sederhana sahaja.Rendang ayam yang sedap, penuh dengan rasa bahan campuran bawang dan rempah ratus yang kita guna.Jadi jangan kedekut guna bahan ketika memasak rendang:)


rendang ayam makan dengan pulut kuning
Rendang ayam sangat enak kalau dapat dimakan bersama pulut kuning.Yang ini memang faveret saya dan Encik Suami :)

Tips dan Cara Masak Rendang Ayam Supaya Lebih Sedap dan Tahan Lebih Lama


1. Lebihkan minyak ketika mahu masak rendang ayam tapi kurangkan kuantiti air kerana ayam itu sendiri akan mengeluarkan air tatkala dimasak. Ini salah satu cara supaya rendang ayam kita tahan lebih lama.


2. Pastikan bahan kisar dan rempah ratus yang kita tumis telah sebati dan sehingga terbit minyak terlebih dahulu, barulah dimasukkan ayam, santan dan perahan air asam jawa.


3. Tutup kuali atau periuk semasa merendang ayam, supaya wap air rebusan yang akan melembutkan isi ayam.Dengan cara ini, bahan-bahan yang kita gunakan akan meresap ke dalam isi ayam dan menjadikan rendang ayam kita lebih tasteful :)


4. Pastikan guna kerisik yang fresh supaya rendang jadi tahan lebih lama, selain gantikan gula pasir dengan gula melaka atau gula kabung.Rendang yang dimasak dengan gula kabung/ gula melaka atau gula nise ( orang kelantan panggil dengan nama ini ) sebenarnya mempunyai rasa yang lebih umphh.


5.Jangan lupa iringi masakan kita dengan selawat dan Bismillah atau boleh amal surah Al Kautsar :) InshaAllah, semuanya dengan izin Allah.

langkah masak ayam rendang yang pedas
Rendang harus dimasak sehingga kuahnya memekat dan mengeluarkan minyak menunjukkan yang ia sudah siap "direndang" dan sedia untuk dihidang :)

gambar ayam rendang yang cantik dan sedap
Rendang ayam bukan sahaja enak dimakan bersama lemang atau ketupat, ia juga sedap sebagai lauk pencicah untuk dimakan bersama roti canai, lempeng atau jemput-jemput atau cucur bilis.


Bagi saya juga, rendang ayam atau daging mestilah mempunyai rasa yang kuat.Maksudnya tidak boleh tawar atau kurang masin, ada rasa pedas dan sedikit manis dan sedikit masam akan menyeimbangkan rasa rendnag yang berempah itu.Tambah lagi sedap jika bahan masakan yang digunakan "tidak kedekut" supaya rasa ayam yang direndang lebih berasa. Ini kerana rendang adalah sejenis lauk pauk yang biasanya dimakan bersama lemang, nasi himpit, ketupat nasi atau ketupat palas.Ia dimakan secara dicicah dan amat sedikit memakannya dengan nasi putih.Namun bukanlah kesalahan jika mahu dimakan bersama nasi putih, nasi lemak atau nasi ayam.eh.Ikut citarasa masing-masing.heh.


Selamat mencuba resepi rendang yang saya kongsikan.Kalau korang dah cuba dan berjaya masak rendang yang sedap, jangan lupa kongsi kat komen dan share kat akaun media sosial korang dengan link Blog CikMatahariku okey :)


Sampai jumpa lagi :)



Post a Comment

6 Comments

  1. uuuiiishhhh rendang ayam dengan pulut kuning tu menggodanya !! nyumss sngt nampak..

    jemput join GA di blog
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis, memang best kalau dapat makan rendang ayam dengan pulut kuning kann.. hehe..

      Delete
  2. Akak belum bt rendang ayam lg raya ni, dok bt rendang daging je raya 1 aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy buat rendang ayam ni pun time raya ke empat sis.. raya pertama hari tu masak rendang daging..selamat hr raya sis🥰

      Delete
  3. Nak tanya kenapa rendang kadangkala rasa pahit. Apa mistake? Boleh tolong?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!